
Selain Mohd Safee, kelab yang dikemudikan oleh Misha Ravodic juga bakal mempertaruhkan beberapa tonggak importnya seperti Christopher Doig (Scotland), Juan Andres Nohuera Ramirez (Paraguay), Dramane Coulibaly (Mali), Troy Hearfield (Australia) dan Jhon van Beukering dari Belanda.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Afandi Hamzah selepas kejayaan menganjurkan perlawanan persahabatan di antara skuad kebangsaan menentang Myanmar baru-baru ini, pihaknya sekali lagi bersedia menganjurkan perlawanan persahabatan bertaraf antarabangsa di Kota Bharu.
“Perlawanan ini pasti menjanjikan aksi yang menarik kerana bakal menemukan penyerang kelab Pelita Jaya, Mohd Safee Sali dan penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dimana mereka merupakan rakan sepelatih dalam skuad kebangsaan ketika ini.
“Perlawanan persahabatan ini diadakan bertujuan untuk menghargai sokongan peminat bola sepak Kelantan yang sentiasa berdiri teguh memberi sokongan kepada pasukan sepanjang musim ini. Selain itu, perlawanan ini juga dijangka menarik minat rakyat Indonesia yang bekerja di negeri ini.
Norshahrul Idlan Talaha |
Menurutnya, bagi peminat yang menyimpan dua keratan tiket perlawanan Kelantan menentang Perak (14 Jun) dan Malaysia menentang Myanmar (18 Jun), mereka hanya perlu hadir ke pejabat Kafa untuk menukarkan keratan tiket tersebut dengan kad jemputan.
“Mereka yang mempunyai keratan tiket tersebut boleh mengemukakan kepada pihak Kafa selewat-lewatnya pada 7 Julai. Sekiranya mereka hanya mempunyai satu keratan tiket sahaja, mereka perlu membayar separuh harga ketika membeli tiket itu.
Safee Sali |
Sementara itu, Afandi juga turut mengumumkan Kelantan bakal menguji tiga pemain import iaitu dua dari negara Croatia dan seorang lagi dari Bosnia Hersegovina dalam perlawanan persahabatan tersebut.
“Kita buat persediaan awal (memilih pemain) sekiranya Liga Malaysia pada tahun depan membenarkan kembali penggunaan pemain import. Ini merupakan percubaan pertama kita dan saya fikir perlawanan ini cukup sesuai bagi kita menguji pemain import tersebut,” katanya.
-Sinar Harian
1 comments:
akhirnya berkesudahan seri 1-1, namun Kelantan telah mempamerkan aksi-aksi menarik walaupun tanpa beberapa tonggak pemain utama...Perlawanan menyaksikan Kelantan pertama kali memperkenalkan pemain import tinggi lampai untuk musim yang akan datang...
Post a Comment