Thursday, October 25, 2012

Melabur Dalam Emas Fizikal Cara Saya

Thursday, October 25, 2012
Hampir setahun lebih sudah berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Bermula dengan membeli dinar emas Kelantan Alhamdulillah kini nilai emas dimiliki sudah mencecah RM lima angka.

Amat tertarik dengan dinar Kelantan kerana designnya yang cantik dan mudah didapati tambahan pula ia adalah dinar keluaran oleh Kerajaan Kelantan sendiri.

Setelah sedikit berpengalaman dalam bidang ni. Melalui kajian dan pengalaman melabur dalam emas, terasa juga ada kelemahan jika hanya membeli emas dinar Kelantan sahaja.

Hari ini saya melangkah setapak dengan mencuba pula membeli emas Public Gold. Agak lama meneliti dan membuat perbandingan dengan produk-produk emas yang ada dalam pasaran. Tapi tergerak hati untuk memilih emas public gold.

Bermodalkan RM7,384.00 sahaja, saya membeli emas public gold yang pertama iaitu sekeping dinar PG bernilai 10 dinar. Berminggu-minggu memantau harga emas yang naik turun. Setelah membuat keputusan, terus beli memandangkan emas hari ini berada pada harga yang terendah berbanding sebelum ini. Satu keping dinar bernilai 10 dinar dipilih kerana spreadnya yang rendah iaitu sekitar 5.0% sahaja di samping tidak dikenakan kos penghantaran berbanding jika membeli Public Gold bar, I-Series dan D-Series. Mengetahui nilai spread penting untuk memaksimumkan keuntungan apabila kita jual balik emas tersebut. Spread refer to the difference between selling price and buying price.

Ni dia gambar emas Public Gold saya yang pertama,



0 comments

Monday, September 10, 2012

AYAT-AYAT CINTA

Monday, September 10, 2012
♥ AYAT-AYAT CINTA ♥

Ya ALLAH…Peluklah hati ini di saat ku mulai gelisah dlm penantian penuh kesabaran ini, terkadang hatiku merasa rindu pd dia insan yg ku cintai dlm diamku…Ya Rabb...Biarlah ku simpul dlm stiap doa-doa dlm istikharahku kpdMU rasa ini agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yg akn bertaut bertahta dan brsemi indah krn RedhaMU…Ya Rabb…Tuntunlah hati hmba agr hnya mahu mnrima
CINTA seorng insan yg benar2 PilihanMu bukan semata-mata Pilihan Nafsuku…Ya Rabb…Bila dia memang baik utk kami, agama kami, masa depan dunia dan akhirat kami, mmpu mmbimbing dan mmbawa kami lbih dekat kpdMu, maka dekatkanlah diri dengannya dan satukanlah kami dalam prnikahan yg sakinah, mawaddah, warrahmah…Tapi klau bukan dia yg trbaik, maka jgn biarkan kekaguman kami mnjadi suka apalagi cinta…Jadikanlah kekaguman kami spt org lain kagum kpdnya…Engkaulah Maha membolak-balikkan hati kami, maka kami titipkan rasa ini, kami serahkan semuanya kpdMU, krn semua ini adalah milikMU…Amin Ya Rabbal A’lamin. - Bercinta Selepas Nikah

0 comments
Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments

Wednesday, April 4, 2012

Preve Model Baru Proton

Wednesday, April 4, 2012
PUTRAJAYA - Teka teki nama sebenar model kereta terbaru Proton akhirnya terjawab apabila Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan Proton Preve sebagai model terbaru keluarannya yang selama ini menggunakan kod P3-21A.

Nama Preve yang diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) ini membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, nama tersebut juga adalah seiring dengan hasrat Proton untuk membawa Proton Preve ke peringkat global.
“Jika ingin ke peringkat global, nama yang dipilih juga haruslah sesuai dan bersifat antarabangsa. Justeru itu, kami memilih Preve bagi membuktikan ianya lebih bermakna,”katanya selepas majlis pandu uji Proton Preve bersama media disini, hari ini.

Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Proton Preve disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta tambahan.

Menggunakan enjin 1.6 Liter, dan teknologi RESS (kejuruteraan boleh dipercayai dan sistem keselamatan) yang akan memastikan pemanduan dan pengendalian yang cemerlang, model ini turut direka bagi mencapai standard kualiti seperti Jepun.

Didatangkan dengan tiga varian pada harga bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000, dan enam pilihan warna, Proton Preve akan dilancarkan sedikit masa lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Proton Preve akan mula memasuki pasaran Asia dalam tempoh tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia dan menyasarkan jumlah eksport menyumbang lebih 30 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan model Proton untuk tahun ini.



0 comments

Wednesday, March 14, 2012

test

Wednesday, March 14, 2012

Test


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments

Tuesday, February 28, 2012

Menara Sireh Bakal Dimajukan

Tuesday, February 28, 2012
KOTA BHARU - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Kelkon Sdn Bhd dan Ara Asa Property Management Sdn Bhd menandatangani perjanjian usaha sama bagi memajukan Menara Sireh.

Pengurus Besar Kelkon, Jawahir Dollah, berkata, Menara Sireh adalah hotel dan apartmen setinggi 30 tingkat yang terletak di Kampung Sireh, di sini.

“Pembangunan komersil 30 tingkat ini bernilai RM100 juta dan majlis pecah tanah akan dimulakan pada pertengahan tahun ini dan projek ini turut mengambil pelabur dari Kuala Lumpur.

“Ia dijangka dijangka siap pada 2015 dan perjanjian usaha sama dengan rakan niaga baru ini diharap dapat membantu memacu pembangunan dan ekonomi di Kelantan,” katanya selepas majlis tandatangan perjanjian usaha sama yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Kumpulan Kelkon, di sini.

Pada majlis itu, perjanjian berkenaan ditandatangani wakil Ara Asa Property Managemnet Sdn Bhd, Ng Wai Boon, wakil PKINK, Sabri Abdullah dan wakil Kelkon Sdn Bhd (anak syarikat PKINK Sdn Bhd), Jawahir Dollah dan turut hadir, Pengerusi Kelkon, Wan Ismail Wan Jusoh.

Jawahir berkata, melalui projek berkenaan, ia mampu menarik pelabur luar dan selepas ini, lebih banyak projek pembangunan akan menyusul untuk membangunkan Kelantan.

“Kami tidak menafikan masih ramai pelabur luar yang ingin melabur di negeri ini dan kami bersyukur kerana apabila mendapat peluang ini, mereka terus mengambilnya,” katanya.

Katanya, dengan perjanjian usaha sama tersebut, ketiga-tiga pihak mengharapkan pembangunan ekonomi di negeri ini dapat dijalankan dengan baik.

Sumber : Sinar Harian

0 comments

Monday, February 27, 2012

KELKON Tetap Berdaya Saing Sepanjang Tempoh Berakhir 2011

Monday, February 27, 2012
Pada tahun 2011, Kelkon, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mencatatkan anggaran keuntungan daripada keseluruhan aktiviti berjumlah RM1.2 juta. Keuntungan tersebut diperoleh hasil dari sumbangan aktiviti pembinaan projek-projek dan operasi Kelmix, anak syarikat milik penuh Kelkon yang bernilai RM38 juta. Dalam tempoh tersebut, Kelkon giat menjalankan pembinaan 10 buah projek yang terdiri daripada sebagaimana berikut :

1.      Jalanraya Bertingkat Pasir Mas
2.      SMK Sungai Petai
3.      SMK Badang
4.      Jambatan Pengkalan Cina
5.      SK Che Latiff
6.      Bangunan pejabat Wakaf Bharu
7.      Dewan Serbaguna Pas Bachok
8.      Banglo Ulu Sat Machang
9.      Bangunan Pejabat MD Jeli
10.  Jalanraya Bertingkat Pasir Mas (Fasa II).

Kelkon telah berjaya menyiapkan separuh daripada projek-projek yang dijalankan sepanjang tempoh 2011. Di antaranya, Bangunan Pejabat Pas Kawasan Wakaf Bharu, selain daripada kerja-kerja yang ditangguhkan, projek ini siap sepenuhnya pada 16 Julai 2011. Projek Jalanraya Bertingkat Pasir Mas pula di antara projek yang berskala besar telah berjaya disiapkan iaitu pada 28 Ogos 2011. Tiga buah projek sekolah juga telah berjaya disiapkan dalam tahun 2011 iaitu Sek. Men. Badang, Bangunan Tambahan Sek. Keb. Che Latiff, dan Sek. Men. Keb. Sungai Petai,  iaitu masing-masing pada 5 Oktober, 30 November dan 18 Disember 2011.

Jalan Bertingkat Pasir Mas
Hasil daripada penyiapan projek Jalanraya Bertingkat Pasir Mas, Kelkon telah berjaya mendapat kepercayaan untuk melaksanakan Fasa II bagi projek tersebut yang melibatkan jalanraya susur keluar dari Pasir Mas ke Meranti. Projek tersebut bernilai RM4.8 juta telah pun dimulakan pada 1 Oktober 2011 dan dijangka siap pada 30 September 2012.

Sepanjang tahun 2011, Kelkon sentiasa giat mencari lokasi-lokasi yang berpotensi untuk dimajukan di seluruh Kelantan. Terbaharu, Kelkon telah menjadi ”project initiator” kepada projek pembinaan Menara Sireh setinggi 30 tingkat yang terletak di kawasan Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Kelkon melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menandatangani perjanjian usahasama dengan ARA ASA Property Development bagi menjayakan projek tersebut. Menara Sireh dijangka akan dimulakan pembinaanya pada pertengahan tahun 2012.

0 comments

Thursday, February 9, 2012

JOM TENGOK DRAMA "49 DAY"....

Thursday, February 9, 2012
A young woman named Ji Hyun was enjoying absolute bliss as she was about to be married with her fiancé, but her perfect life is shattered in a car accident that left her in a coma. She is given a second chance at life by a reaper, but it comes with a condition: she has to find three people outside of her family who would cry genuine tears for her. In order to do this, she borrows the body of Yi Kyung, a part-time employee at a convenience store.

0 comments

Monday, January 16, 2012

Cara Ketua Polis Kelantan Menangani Rakyat Tempatan Ke Mundok Tidak Ekonomik & Merugikan

Monday, January 16, 2012
Dari sudut potensi pelancongan, Bukit Lata boleh dibangunkan menjadi satu pusat ekonomi dengan kehadiran pelancong-pelancong dari luar. Secara faktanya Bukit Lata sudah mula dikenali oleh masyarakat luar dan kini sudah mula berkembang.

Negeri Kelantan kini telah hilang satu daripada eko-pelancongan terpenting iaitu daerah Bukit Lata yang bersempadan dengan Mundok, Thailand yang terkenal sebagai tempat membeli belah.

Pengumuman Ketua Polis Kelantan beberapa minggu lepas tentang larangan ke Mundok melalui Bukit Lata agak tidak ekonomik dan merugikan.

Bayangkan kawasan Bukit Lata yang sebelum ini menerima ratusan pelancong malahan ribuan setiap minggu kini sudah lengang ekoran daripada ancaman ancaman Ketua Polis Kelantan untuk mengenakan kompaun sebanyak RM10,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali kepada mereka yang ingkar.
Rakyat setempat yang terdiri daripada golongan peniaga dan pengusaha bot penumpang kini telah hilang punca pendapatan.

Ketika Bukit Lata mula menampakkan potensi satu daerah pelancongan yang dapat dikembangkan, Ketua Polis Kelantan dengan kuasanya telah mengeluarkan arahan menghalang rakyat tempatan daripada melakukan aktiviti harian mereka.

Ketua Polis Kelantan dengan kuasa yang ada sepatutnya mengangkat kepada pihak berwajib supaya menyediakan kemudahan yang sewajarnya.

Jika dikatakan mereka yang menyeberangi sungai Golok untuk ke Mundok adalah tidak sah, wujudkanlah satu kompleks imigresen atau pos sementara bagi mendokumenkan mereka yang keluar masuk. Caranya tentulah ada. Jika Ketua Polis Kelantan seorang yang bijak, beliau tentu dapat memikirkannya.
Jika aktiviti bot tambang dikatakan tidak selamat, kuatkuasakanlah penggunaan lessen-lesen bot penumpang kepada mereka agar mereka mematuhi aspek keselamatan seperti menyediakan jaket keselamatan dan tidak mengambil penumpang secara berlebihan.

Kenapa Ketua Polis Kelantan cepat melatah? Apakah beliau merasakan keadaan sudah tidak dapat dikawal?
Bayangkanlah, rakyat setempat ada yang mempunyai keluarga hanya diseberang Mundok. Untuk pergi ke laluan Rantau Panjang, Pengakalan Kubor, Tumpat dan Bukit Bunga, Tanah Merah adalah sangat jauh dan tidak efektif.

Saya percaya Kerajaan Thailand adalah terbuka dalam permasalahan ini. Apa pun masalah yang mungkin timbul, sudak pasti pihak atasan kedua-dua buah Negara boleh duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Dari sudut potensi pelancongan, Bukit Lata boleh dibangunkan menjadi satu pusat ekonomi dengan kehadiran pelancong-pelancong dari luar. Secara faktanya Bukit Lata sudah mula dikenali oleh masyarakat luar dan kini sudah mula berkembang.

Kerajaan boleh mewujudkan satu Kompleks Perniagaan di kawasan Bukit Lata yang berhampiran dengan Mundok. Galakkan kepada peniaga-peniaga tempatan untuk berniaga di sana. Barangan yang ditawarkan mestilah standing dengan barangan yang ada di Mundok. Sudah pasti Bukit Lata akan berkembang menjadi pusat pelancongan kerana pengunjung-pengunjung sudah pun tersedia ada pada setiap hujung minggu malahan setiap hari. Dalam jangka masa panjang tidak mustahil Bukit Lata pula yang akan lebih dikenali oleh warga Thailand. Diketahui bahawa rakyat Thailand lebih mempercayai produk-produk buatan Malaysia terutamanya makanan yang lebih berkualiti dan lebih terjamin status halalnya.

Hasilnya akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi penduduk setempat dan akan wujud satu peluang pekerjaan bagi penduduk manakala Kerajaan Negeri pula akan memperoleh pendapatan hasil daripada kegiatan ekonomi penduduk Bukit Lata.

Tindakan menghalang rakyat tempatan daripada terus ke Mundok ternyata satu tindakan mengejut yang boleh mematikan kegiatan ekonomi rakyat Kelantan dan ternyata amat merugikan.


0 comments
Related Posts with Thumbnails