Sunday, August 28, 2011

Salam Terakhir...

Sunday, August 28, 2011
Ingin menyucapkan Salam Aidilfitri kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga Aidilfitri kali ini akan bertambah ceria walaupun saya sendiri sebenarnya agak xde mood nak braye tahun ni. Kalau dulu  anda seorang diri, raya kali ini mungkin sudah berdua, kalau dulu berdua sekarang mungkin sudah bertiga, berempat, berlima dan sebagainya. Berbahagialah disamping insan yang tersayang.

Salam terakhir kepada Ramadhan kali ini yang akan melangkah pergi tidak lama lagi. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan.




0 comments

Monday, August 22, 2011

Envious 97

Monday, August 22, 2011
Sometimes we might suffer
and then we should recovered
I thought I was recovered
But maybe I'm not

How hard to describe
just nothing match to figure out
Please forgive me
I never meant not to knowing and
sharing what is yours
I, even can't hear one word
envious come to my heart
coz u're the only one I like

If the time possibly return
u're the 1st I want to "meet"
From the moment I don't know what to do
all I do is just loving you

-ffataah

0 comments

Sunday, August 21, 2011

Dinar: Masa lancar RM323, Hari Ini RM809

Sunday, August 21, 2011
KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.

Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.

Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.

- Harakahdaily
 

0 comments

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan : Demi Masa

Tuesday, August 2, 2011
Gambar Hiasan
Allah S.W.T telah bersumpah dengan masa di dalam Al-Quran melalui firmannya dalam surah Al-Asr yang bermaksud :

[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Mari kita lihat contoh di bawah :

Berapa lama anda telah tidur sehingga anda berumur 28 tahun?

Nota :   Umur anda sekarang                 -           28 tahun
            Purata tidur dalam sehari           -           8 jam
            1 tahun bersamaan                    -           365 hari
            1 bulan bersamaan                    -           30 hari
            1 hari bersamaan                      -           24 jam

Anda sekarang berumur 28 tahun bermakna anda telah hidup di dunia ini selama 10,220 hari (28 X 365 hari).

Katakan purata anda tidur dalam sehari adalah 8 jam. Bermakna pada umur 28 tahun anda telah tidur selama 81,760 jam (10,220 X 8 jam).

81,760 jam adalah bersamaan 3,406 hari ATAU 113 bulan ATAU selama 9 tahun 5 bulan. Ini bermakna selama ini anda telah tidur selama 9 tahun 5 bulan.

Tiba masanya kita bertanya kepada diri sendiri, Adakah ibadat kita benar-benar telah mencukupi untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. seterusnya melayakkan kita mendapat balasan Syurga ataupun sebaliknya.

Sedangkan selama umur kita, 9 tahun hanya dihabiskan untuk tidur bukannya beribadat, sembahyang malam, membaca Al-Quran dan sebagainya.

Umur umat Nabi Muhammad S.A.W. pula hanyalah sekitar 60 tahun. Maka, masih ada baki 32 tahun untuk kita beribadat sekiranya kita dipanjangkan umur. Kita juga mungkin akan terleka dan terus tidur untuk 9 tahun lagi bahkan lebih.

Namun, Allah tetap pemurah. Kita dikurniakan bulan Ramadhan, bulan yang mulia yang padanya dilipatgandakan pahala melebihi berbanding bulan-bulan yang lain.

Di dalamnya terdapat malam ”Lailatul Qadar” yang bersamaan dengan 1000 bulan ataupun lebih kurang 83 tahun. Masyaallah...umur kita pun belum tentu sampai ke angka tersebut. Bertuahlah jika kita mendapat malam tersebut.

Inilah peluang kita untuk menebus masa yang telah kita sia-siakan sebelum ini. Jika tidak kita akan berada dalam kerugian selama-lamanya sebagaimana firman Allah dalam ayat di atas.

Selamat Datang Ramadhan!!!


0 comments
Related Posts with Thumbnails