Sunday, December 12, 2010

Jalan-Jalan Gi Ganu...

Sunday, December 12, 2010
Bergambar atas pelamin
Dua tiga menjak ni tenet agak slow kt kawasan ni. nak update blog pn jadi xde mood. Arini nampaknya agak laju skit blh la post menda skit. dah agak lama x update.

Singgah di Jertih utk sarapan
Ada satu cerita nk bgtau. semalam telah bermula perjalanan kami sekeluarga dari rumah kat pasir mas menuju ke kemaman terengganu. ada majlis pertunangan anak saudara lelaki dengan orang kt sana. Banyak cerita, banyak cabaran kitorang hadapi sepanjang perjalanan sehari suntuk pergi balik ke sana. Walaubagaimanapun, alhamdulillah majlis telah pun sempurna dan menunggu pula majlis perkahwinan yang dijangka akan diadakan pada bulan April tahun hadapan.

Singgah di Kuala Ibai
Paling tidak dapat dilupakan apabila kereta myvi yang dipandu oleh anak suadara telah terjatuh ke dalam lopak air ditepi jalan. skema weh ayat..............................ha lepas tu tayar die tergantung terus sebab tepi jalanraya tu tinggi. terpaksa ditolak. masa tu hujan plak lebat gile ditambah dengan angin kencang. habis semua basah kuyup termasuk aku. malangnya kitorang ni x bawak pun pakaian utk tukar. terpaksa pakai baju yang walaupun da basah...sadis tul...tapi xpe blh dijadikan pengajaran dan pengalaman..huhu. perjalanan semalam memakan masa hampir 24 jam. bermula pukul 6.30 pagi kitorang bertolak hari Sabtu dan selamat tiba ke rumah semula pukul 3.00 pagi Ahad. Letih...nasib baik aku amik cuti.........




0 comments

Friday, December 3, 2010

Bumi Arab...

Friday, December 3, 2010
Bumi Arab...terangan-angan nk menjejak kaki ke bumi Arab. Harap2 suatu hari nt akan sampi jgk aku ke sana. Amat tertarik dgn tanah arab mungkin sebab disanalah tmpat lahirnya para nabi dan rasul. Bertuahnye klu aku dapt g sana...insyaallah klu ada rezki..hehe...x salah kot berangan2....

Pergi melancong mgkin salah satu cara..tp agama Islam sndri pun suruh kte gi sana klu mampu, mane lg klu bukan ke Mekah buat haji.

0 comments

Tuesday, November 30, 2010

Singgah Jap...

Tuesday, November 30, 2010
Singgah kat cni jap. lum smpat lg nk update cite yg menarik. Klu rakan-rakan blogger sekelian ada pe2 permintaan blh le tinggalkan msg kt shoutbox. Insyaallah klu da berkesempatan nt akan dimskkan ke dalam post2 yg akan datang.

0 comments

Saturday, November 27, 2010

Ok, X Ok, Ok...

Saturday, November 27, 2010
Agak lama x mengupdate blog ni. Seem like 2 3 menjak ni agak kebizian sket plus ngan mood yang x berapa best. Kepada follower2 belog ni mintak maaf yer sbb lme x story mory kt sni. 

Skg ni bru je bru je abiskan tugas sempena Expo Cheng Ho kt Kota Bharu. Ari ni Sabtu so duk rumah je sambil buke tenet n update belog yang dh bersarang agaknya ni. Hujan plak tu siap bantai tdo jap td.

Cakap pasal mood plak kadang2 kte rasa ok tapi kadang2 x ok. Malaslah nk cite pasal mood yang x ok tu nt x ceria plak blog ni asyik post mende yg sedey2 jer...he. yg ptg skg mood tgh ok...

0 comments

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha Yer...

Tuesday, November 16, 2010

0 comments

Friday, November 12, 2010

Simple Human

Friday, November 12, 2010
Until the sign clear in mind. Until the door been opened up. The true come in lightly. Spread to all the blank. The way has been built. Nothing much to worry, afraid of any, rushing the clock swingging.

Step further to climb. The ladder of humanity. Being apart of community. Exceeding their life growing. Me as I am. Whoever may hard to understand. But me as I am just like a simple human.

0 comments

Wednesday, November 10, 2010

Fesyen Tudung Menyerupai Biarawati Kristian

Wednesday, November 10, 2010

0 comments

Saturday, November 6, 2010

might 'U' is me..

Saturday, November 6, 2010
I know what I'm doing may be dumb
I know I should not be staring at the sun
But the thought of you leads me to temptation
It's the same whatever side you're on
Separated we are delicate and small
And the space between needs a retention

I see you right in front of me as close as you can get
And I pray that you won't leave this daydream yet

And it might seem much too far to get back to where you are
But it's close enough with an ocean size love
So if you can't reach out to me
Send a sign across the sea and I'll pick it up with an ocean size love

I don't have to worry anymore
If I really need you I'll go to the shore
And the thought of you there is my protection

I see it right in front of me
A vision in my head
And I know this is as real as a daydream gets

And it might seem much too far to get back to where you are
But it's close enough with an ocean size love
So if you can't reach out to me
Send a sign across the sea and I'll pick it up with an ocean size love

You make no sound but I can hear you in the wind
I can see this never ends
Like the sea
Like you for me

And it's close enough with an ocean size love
So if you can't reach out to me
Send a sign across the sea and I'll pick it up with an ocean size love

And it might seem much too far to get back to where you are
But it's close enough with an ocean size love
So if you can't reach out to me
Send a sign across the sea and I'll pick it up with an ocean size love

0 comments

Friday, November 5, 2010

Jaringan-Jaringan The Red Warriors Juara Piala Malaysia 2010

Friday, November 5, 2010
Kepada sape-sape yang terlepas menyaksikan jaringan Kelantan ketika Piala Malaysia 2010 yang lepas, jom saksikan video ini. Video yang memaparkan bagaimana jaringan-jaringan cantik berstatus 'world class' oleh The Red Warriors. Jaringan yang telah mengesahkan mereka sebagai juara Piala Malaysia 2010 yang melabuhkan tirai baru-baru ini. Jom saksikan...

0 comments

Thursday, November 4, 2010

Musim Banjir Kembali

Thursday, November 4, 2010
Musim banjir sudah kembali. Seawal bulan November nampaknya agak awal banjir datang pada tahun ini. 

Walaupun banjir yang dah masuk hari ke tiga mulai surut, namun ianya baru fasa pertama. Mungkin sebagai tanda amaran untuk fasa-fasa seterusnya yang mungkin lebih besar.

Untuk fasa pertama ini agak bernasib baik kerana air hanya mencecah paras betis di halaman. Pun begitu, menyusuri jalan masuk ke kampung, air sungai telah memenuhi disepanjang jalan. Semua kenderaan ringan sudah tidak dapat melalui jalan masuk ke sini.

Di luar guruh sudah berdentum kembali dan langit mulai gelap seperti membawa hujan yang mahu dicurah untuk ke sekian kali. Setelah diberi dua hari yang agak cerah. Cukup untuk membuat persiapan apa-apa yang patut.

Mengambil pengalaman yang lepas. Dua bulan terakhir mengikut kalendar Masihi menjadi lumrah kedatangan musim banjir. Pengakhirannya boleh membawa kepada awal tahun berikutnya di bulan Januari.


0 comments

Wednesday, November 3, 2010

Gambar Kemeriahan Penyokong The Red Warriors Menyambut Ketibaaan Wira Mereka Membawa Pulang Piala Malaysia

Wednesday, November 3, 2010



0 comments

Sunday, October 31, 2010

 Julang Piala Malaysia: Kelantan Isytihar Cuti

Sunday, October 31, 2010
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.

Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.
"Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat.

"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.


Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

0 comments

Kelantan Catat Sejarah, Muncul Juara Piala Malaysia 2010

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kelantan melakar sejarah negeri apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini Sabtu malam.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.

0 comments

Saturday, October 30, 2010

Akhirnya Piala Malaysia Milik Kita - Syabas The Red Warriors!!!

Saturday, October 30, 2010

0 comments

Gendang Serunai Irama Silat - Warisan Seni Budaya Kelantan




Agak seriau bulu roma dengar alunan serunai dan gendang silat dalam video ni. skali skala saje nak dengar muzik2 mcm ni. Klu kt klate ni orang main gendang serunai atau "main teri" sebagai salah satu cara berubat orang sakit. Zaman sekarang pun masih ada lagi golongan orang tua-tua yang mengamalkannya. 

Sesetengahnya memang percaya dengan cara perubatan sedemikian dan yakin penyakit mereka akan sembuh apabila melakukan rawatan sedemikian. Sesetengahnya pula menganggap ia satu ikhtiar perubatan apabila sesuatu penyakit tidak dapat disembuhkan dengan cara rawatan perubatan biasa.

Secara logik mana mungkin seseorang itu akan sembuh setelah hanya bersilat dengan diiringi gendang serunai dan bacaan 'mentera2' tertentu. Jangan sampai kita menjadi taksub terhadap unsur-unsur lain selain daripada Allah S.W.T. sehingga terjerumus kepada syirik..nauzubillahi min zaalik...

Pun begitu irama silat ni merupakan satu warisan budaya yang amat berharga dan patut dijaga. Selagi mana ia tidak dicampur aduk dengan unsur-unsur tahyul dan syirik, ianya tidaklah menjadi satu kesalahan.



1 comments

Thursday, October 28, 2010

Thursday, October 28, 2010
- Doa Solat Tahajud

0 comments

Wednesday, October 27, 2010

Muhasabah dri sblom kawen! let's check out! [10 Sifat Calon Suami Yang Baik]

Wednesday, October 27, 2010

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


0 comments

Sunday, October 24, 2010

Kalaulah Haiwan Pon Ade FACEBOOK

Sunday, October 24, 2010
hehe...cuba bayangkan semua binatang di atas muka bumi ni ade fesbuk....hehhe...rase2nyer ape komen2 atau post2 kat STATUS mereka yg macam korang punyer tu...hehehhe..agak2nyer bunyi lebih kurang macam ni la...

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

psstt : ape komen korang..??????..hehehe

-http://amazinggila.blogspot.com

0 comments

Entry Xde Tajuk....

Malam ni xde entry..entry bola dah. entry pasal kete pon dah..tgh cri idea pekemenda lg nk taruk kt cni...sambil-sambil cari idea tu..sambil dengar lagu indo...Group nama "Hijau Daun" tajuk lagu dia Aku dan Airmata...best lagu ni...lagu ni xde kena mengena ngan aku pon...eh ade kot...ooo xde3...ah peduli ade ke x...janji layanzzz....

So xde pape entry mlm ni just dengar lagu jer....

Erk...rupe2nye dah jadi entry pon.....hahaha....dengarkan lagu daripada Hijau Daun...Semoga terhibur...



0 comments

Saturday, October 23, 2010

Price List For INSPIRA..Booking Now!!!...tolong promote hehe...

Saturday, October 23, 2010
*PRICE LIST ABOVE FOR EAST MALAYSIA , DEDUCTION RM2,500 FOR PENINSULAR*


0 comments

Di Ambang Sepak Mula The Red Warriors Vs Kedah

Malam ini di Kota Bharu akan menyaksikan satu perlawanan timbal balas di antara The Red Warriors (Kelantan) Vs Sang Kenari (Kedah) bagi menentukan siapa yang layak ke final Piala Malaysia, setelah minggu lalu keputusan seri 0 - 0 dalam perlawanan di Kedah.

Kelebihan beraksi di tempat sendiri, malam ini harapnye The Red Warriors tidak akan menghampakan para penyokongnya termasuklah gue...hehe. abih ayat skema..

Penuh la Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam ni rasanya..tadi aku sempat gi ronda-ronda KB. Kt stadium pe lagi sudah ramai yang membanjiri. gerai-gerai alatan jenama Red Warriors pun berderet2 tumbuh...suke plak nengok...sebagai tanda sokongan sempat juga beli satu sticker kenderaan tema The Red Warrior VIP RM5.00...hehe

X best klu cakap saje xde gambar....ok ni dia beberapa gambar yang dang aku snap tadi....tengok la suasananya...GOMO THE RED WARRIORS GOMO!!!

Deretan gerai2 barangan jenama The Red Warriors
Orang ramai mengambil peluang berkunjung di gerai

Merah
Deretan kereta para penyokong The Red Warrior memenuhi medan parking stadium

0 comments

Friday, October 22, 2010

Conteng2 Malam Kat Blog...

Friday, October 22, 2010



Kat mana letak Pejabat MARA KB ek..nk bawak adik esok ni sbb ada exam sana.. macam dekat2 jer bangunan dia. Akukah yang tak perasan...emm...

So esk akan menghala ke KB..sape2 nk ikut boleh....

Hah da dapat...memang dekat pon...

KELANTAN DARUL NAIM 
Pengarah MARA Negeri Kelantan 
Tingkat 6 & 7, Kompleks MARA 
Jalan Dato' Pati, 

15000 Kota Bharu, Kelantan


Itu saja cerita untuk malam ni. tiada kena mengena dengan yg hidup ataupun yg telah tiada... 

ffataah: coz dis is my blog


0 comments
Due to some technical problems my page will be under maintenance until all the problems been fixed.

Thanx all for ur support...:)))

0 comments

Thursday, October 21, 2010

Sape Kenal "Hijau Daun"

Thursday, October 21, 2010
2 tiga menjak ni jadi suke dengar lagu rentak cenggini x tau kenape..malam2 pe lagi youtube la nak cari semua lagu2 yang best. Yang pastinya lagu indo...ni dia satu lagu yang jarang2 kite dengar kumpulannye pun jarang2 dengar.. tapi lagu ni ok, best....lagu ni bukan lagu baru pon tapi ntah la kot2 da fofuler satu masa...Jom layanzzz........




Di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku



0 comments

Wednesday, October 20, 2010

Dia...

Wednesday, October 20, 2010
Lama kunantikan
Belum pernah menemukan
Meskipun telah tertulis
Seawal kejadian

Aku rindu padanya
Walaupun belum pernah berjumpa
Aku tidak kenal dia
Tapi aku rindu dia

Dia
Datang dan pergi
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Dia
Andai pernah kita berjumpa
Andai memang kita bertemu
.............

0 comments

Monday, October 18, 2010

Mana Satu Lebih Baik?

Monday, October 18, 2010



Dah lama berkenan menda alah ni. DSLR. Haa..entry kali ni aku nak tanya skit kalau ada sape2 yang memang arif pasal camera DSLR....Antara banyak2 jenama mana satu agaknya yang lebih baik Canon @ Nikon @ Olympus @ Sony...?? Ni contoh model DSLR dari jenama2 tersebut...emmm best kn?

Canon
Nikon
Olympus
Sony



0 comments

Sunday, October 17, 2010

Cuti-Cutian PhotoSnap...

Sunday, October 17, 2010
Let's the Pics tell the story...


0 comments

INSPIRA...nICE nAME, gUD lOOKInG dESIGN fOR nEW pROTon mODEL

Mitsubishi EVO, antara model kereta yang menjadi idamanku. daydream lol..hehe...Bagi aku Mitsubishi terkenal dengan design model kereta yang memang up to date dan lain dari yang lain berbanding model-model kenderaan lain. (yang sewaktu dengannya).

Sebut je EVO aku memang minat, yang best adalah EVO VIII, EVO IX dan Lancer EVO X...dari segi designnya. Performance mereka ni xyah cakap memang best habis even aku x penah merasa pon lg..hehe..

Rakyat Malaysia sekarang bertuah kerana walaupun x dapat nak memiliki Mitsubishi EVO X, kita blh ada yang sama dengan model ni dengan keluarnya model Proton INSPIRA. Model yang boleh dikatakan sebijik dengan EVO X. Paling penting harganya murah berbanding Mitsubishi. Performance bagi model Proton sekarang ni plak dah semakin bagus dengan adanya R & D daripada Proton. Banyak kelemahan-kelemahan Proton sebelum ini telah diperbaiki.

Haa ni dia model terbaru proton INSPIRA...aku google tdi utk taruk kat post ni. Proton belum lagi menunjukkan sepenuhnya gambar model keluaran kali ni tapi tengok gambar ni pun dah rasa mengujakan...Jom Tengok!!



0 comments

Thursday, October 14, 2010

Oh Yeah....Cuti-cutian Lagiii........

Thursday, October 14, 2010
Oh yeah...finally our vacation is on..for dis time we are going to D'rizan resort, somewhere at Besut offshore. Hope everything will be gorgeous, the place, the weather, the chalet n lot of fun will we have...

The plan have been scheduled about two weeks ago but due to some unavoidable technical problems, it has been delayed..to dis week. 

Hahaha.... mungkinkah aku dh excited nk gi esk ni sampai intro pun lain mcm jerk jadinya...hehe. Sebenarnya kitorang geng2 ofis dah lame x keluar jenjalan ramai2 ni...last skali masa gi Cameron Highlands beberapa bulan yang lepas..

Masa dah abis waktu ofis tadi kitorang pun gi lah cari barang-barang keperluan dekat Tesco Kota Bharu. Sempat ambil dua tiga snap sebelum camera henset low battery...

Org nk amik gamba candid nyo pkat posing plok...

Pilih-pilih barang tu msk dlm trolley weh..
Ehemm....(batuk :))
We are moving by tomorrow morning. Insyaallah untuk entry akan datang akanku update dengan aktiviti-aktiviti kitorang yg cambest kt sana...Ok cau...cin...cau...

0 comments
Related Posts with Thumbnails