Monday, May 30, 2011

Maskahwin Dinar, Bakal Isteri Pasti Suka..:D

Monday, May 30, 2011
Berapakah nilai maskahwin anda kepada isteri tercinta yang sekiranya sekarang berjumlah RM11,111.11, pada 20 tahun akan datang?

Tampak jumlahnya sungguh menarik bukan. Mungkin anda berasa bangga kerana jumlahnya adalah tinggi pada masa kini.

Pada 20 tahun akan datang nilai wang hantaran anda yang berjumlah RM11,111.11 itu mungkin nilainya hanyalah sama dengan RM1,111.00 sekarang. Jadi anda tidak lagi boleh berbangga pada masa itu dengan jumlah tersebut.

TETAPI, jika RM11,111.11 anda tukarkan sekarang dengan Dinar, anda akan mendapat 15 ½ Dinar (1 Dinar bersamaan RM716.00 – 30 Mei 2011). Anda jadikan ia sebagai maskahwin. Nilai 1 Dinar pada tahun hadapan dijangka akan meningkat kepada RM1000.00. Jadi pada masa itu nilai maskahwin anda sudah menjadi RM15,500.00 (15.5 Dinar X RM1000.00). 20 tahun akan datang anda kiralah sendiri. Isteri mana yang tak suka kan?

Apa tunggu lagi, dapatkan Dinar dan Dirham anda sekarang dan jadikan sebagai maskahwin sebelum harganya melonjak lagi..:)


0 comments

Makan Malam : Makan-Makan Tengah Malam

Buat julung-julung kalinya Kelantan Golden Trade mengadakan majlis makan malam bersama pengedar-pengedar Dinar dan Dirham Kerajaan Kelantan dan para penyokong-penyokong Dinar Dirham pada 25 Jamadilakhir 1432H bersamaan 29 Mei 2011.

Berlangsung di Hotel Renaissane Kota Bharu, kira-kira 120 pengedar-pengedar sah dan tetamu-tetamu kehormat diraikan pada majlis tersebut.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Ybhg Tn Hj Ir Mustafa Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), CEO Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Ybhg. Prof. Umar Ibrahim Vadillo (Gambar) dan Pengurusnya Pn. Nik Mahani Mohamad.

Pada malam tersebut pihak penganjur telah menhadiahkan sebanyak 10 Dirham kepada tetamu-tetamu yang Berjaya menjawab soalan-soalan kuiz ringkas.

Kebangkitan sistem kewangan Islam berasaskan Dinar dan Dirham kini telah pun bermula bahkan mula memasuki fasa kedua di Negeri Kelantan ini. Sama-samalah kita menjayakan agenda Ummah ini..

Kegunaan Dinar dan Dirham :

1.    Perdagangan Antarabangsa
2.    Jual beli
3.    Pembayaran gaji dan zakat
4.    Mas Kahwin
5.    Pelaburan
6.    Gadaian
7.    Simpanan
8.    Perhiasan
9.    Hadiah

Kelebihan Dinar dan Dirham :

1.    Kalis inflasi
2.    Tiada unsur riba
3.    Mudah dibawa
4.    Tidak mudah rosak
5.    Masih bernilai walaupun dikerat-kerat
6.    Diterima di seluruh dunia
7.    Mudah ditukar kepada wang kertas



0 comments

Sunday, May 29, 2011

Emas : Tak Kenal Maka Tak Cinta

Sunday, May 29, 2011
Siapa sangka zaman sekarang siapa sahaja boleh memiliki emas. Emas bukan lagi menjadi barang perhiasaan untuk golongan wanita sahaja. Tetapi kaum lelaki juga kini boleh memiliki emas.

Kalau kaum wanita mahukan emas sebagai bentuk barang perhiasan. Kaum lelaki pula mahukan emas untuk simpanan nilai ataupun kekayaan.

Dengan serendah RM716.00 pada hari ini anda boleh memiliki sekeping emas tulen dengan berat 4.25 gram ataupun 1 Dinar. Mampu bukan? Kini emas bukan lagi menjadi hakmilik golongan kaya sahaja.

Kenapa Emas?

Emas merupakan medium pelaburan yang terbaik untuk simpanan nilai wang anda. Ini kerana nilai emas dalam jangka masa panjang akan terus meningkat. 1 Dinar emas yang kini berharga RM716 pada hari ini tidak mustahil akan melonjak kepada harga RM1000.00 tahun hadapan. Pelaburan yang amat berbaloi jika anda membeli emas sekarang. 

Apa tunggu lagi, mulakan langkah pertama anda membeli emas. Anda pasti akan teruja....


0 comments

Saturday, May 14, 2011

Lawak2...

Saturday, May 14, 2011

Bagi mengelakkan blog ni dihuni oleh sarang labah-labah. aku nk share lawak skit...jom kte gelak...(credit to Jom Kite Gelak Sampai Pengsan)

 


Penjual telur yang terlampau.....

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan? "

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

0 comments

Sunday, May 8, 2011

Epilog

Sunday, May 8, 2011
Guruh berdentum, petir menyabung. Apakah hujan akan turun petang ini? Pun begitu, matahari masih memancar terik. Angin kala bertiup membawa hawa yang panas. Tiada kedinginan.
Duduk bersendirian, fikiran kosong, pandangan dilontar jauh namun tiada apa yang menarik perhatian.
Si Matabiru berteman, merengek manja, berbaring memejamkan mata. Sesekali mengiau minta perhatian. Ah…untungnya engkau punya tuan. Boleh bermanja-manjaan.
Angin bertiup lagi. Hawanya kini semakin sejuk. Matahari sudah diliputi awan. Gelap dan mendung. Guruh bersambung sambil, petir menyabung.
Seketika mula, hujan tumpah ke bumi. Tanah yang tandus seolah menari-nari seronok menerima sang hujan.
Anak muda menunggang sambil temannya membonceng. Kesana-kemari menyusuri jalan berturap. Alahai ke manakah tujuan?
Pepohon melambai. Liuk lintuk ditiup angin seolah menegur menyapa. Ada lagi sang rama-rama lagaknya tergesa-gesa. Mencari bunga. Sebentar lagi hujan mungkin akan lebat. Tidak punya waktu lagi untuk mendapatkan madu nanti.
Dedaun kering terbang ditiup angin. Jatuh dari dahan-dahan tinggi. Menyentuh bumi dan berlalu pergi.
Sekian.

Jumaat, 6/5/2011. 4.15 p.m.

0 comments
Related Posts with Thumbnails