Thursday, October 28, 2010

Thursday, October 28, 2010
- Doa Solat Tahajud

0 comments

Wednesday, October 27, 2010

Muhasabah dri sblom kawen! let's check out! [10 Sifat Calon Suami Yang Baik]

Wednesday, October 27, 2010

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


0 comments

Sunday, October 24, 2010

Kalaulah Haiwan Pon Ade FACEBOOK

Sunday, October 24, 2010
hehe...cuba bayangkan semua binatang di atas muka bumi ni ade fesbuk....hehhe...rase2nyer ape komen2 atau post2 kat STATUS mereka yg macam korang punyer tu...hehehhe..agak2nyer bunyi lebih kurang macam ni la...

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

psstt : ape komen korang..??????..hehehe

-http://amazinggila.blogspot.com

0 comments

Entry Xde Tajuk....

Malam ni xde entry..entry bola dah. entry pasal kete pon dah..tgh cri idea pekemenda lg nk taruk kt cni...sambil-sambil cari idea tu..sambil dengar lagu indo...Group nama "Hijau Daun" tajuk lagu dia Aku dan Airmata...best lagu ni...lagu ni xde kena mengena ngan aku pon...eh ade kot...ooo xde3...ah peduli ade ke x...janji layanzzz....

So xde pape entry mlm ni just dengar lagu jer....

Erk...rupe2nye dah jadi entry pon.....hahaha....dengarkan lagu daripada Hijau Daun...Semoga terhibur...



0 comments

Saturday, October 23, 2010

Price List For INSPIRA..Booking Now!!!...tolong promote hehe...

Saturday, October 23, 2010
*PRICE LIST ABOVE FOR EAST MALAYSIA , DEDUCTION RM2,500 FOR PENINSULAR*


0 comments

Di Ambang Sepak Mula The Red Warriors Vs Kedah

Malam ini di Kota Bharu akan menyaksikan satu perlawanan timbal balas di antara The Red Warriors (Kelantan) Vs Sang Kenari (Kedah) bagi menentukan siapa yang layak ke final Piala Malaysia, setelah minggu lalu keputusan seri 0 - 0 dalam perlawanan di Kedah.

Kelebihan beraksi di tempat sendiri, malam ini harapnye The Red Warriors tidak akan menghampakan para penyokongnya termasuklah gue...hehe. abih ayat skema..

Penuh la Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam ni rasanya..tadi aku sempat gi ronda-ronda KB. Kt stadium pe lagi sudah ramai yang membanjiri. gerai-gerai alatan jenama Red Warriors pun berderet2 tumbuh...suke plak nengok...sebagai tanda sokongan sempat juga beli satu sticker kenderaan tema The Red Warrior VIP RM5.00...hehe

X best klu cakap saje xde gambar....ok ni dia beberapa gambar yang dang aku snap tadi....tengok la suasananya...GOMO THE RED WARRIORS GOMO!!!

Deretan gerai2 barangan jenama The Red Warriors
Orang ramai mengambil peluang berkunjung di gerai

Merah
Deretan kereta para penyokong The Red Warrior memenuhi medan parking stadium

0 comments

Friday, October 22, 2010

Conteng2 Malam Kat Blog...

Friday, October 22, 2010



Kat mana letak Pejabat MARA KB ek..nk bawak adik esok ni sbb ada exam sana.. macam dekat2 jer bangunan dia. Akukah yang tak perasan...emm...

So esk akan menghala ke KB..sape2 nk ikut boleh....

Hah da dapat...memang dekat pon...

KELANTAN DARUL NAIM 
Pengarah MARA Negeri Kelantan 
Tingkat 6 & 7, Kompleks MARA 
Jalan Dato' Pati, 

15000 Kota Bharu, Kelantan


Itu saja cerita untuk malam ni. tiada kena mengena dengan yg hidup ataupun yg telah tiada... 

ffataah: coz dis is my blog


0 comments
Related Posts with Thumbnails