Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang  mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya.  Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.  Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat  ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya  baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang  lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan,  melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas  mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh  menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan  tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5.  Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan  bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat  perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7.  Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun  dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai  rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9.  Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10.  Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau  masa kecemasan.
 

 

 
 Posts
Posts
 
 


 


 
 

 
 


 
 
 

0 comments:
Post a Comment