Hampir setahun lebih sudah berjinak-jinak dengan pelaburan
emas. Bermula dengan membeli dinar emas Kelantan Alhamdulillah kini nilai emas
dimiliki sudah mencecah RM lima
angka.
Amat tertarik dengan dinar Kelantan kerana designnya yang
cantik dan mudah didapati tambahan pula ia adalah dinar keluaran oleh Kerajaan
Kelantan sendiri.
Setelah sedikit
berpengalaman dalam bidang ni. Melalui kajian dan pengalaman melabur dalam emas, terasa juga ada kelemahan
jika hanya membeli emas dinar Kelantan sahaja.
Hari ini saya melangkah setapak dengan mencuba pula membeli
emas Public Gold. Agak lama meneliti dan membuat perbandingan dengan
produk-produk emas yang ada dalam pasaran. Tapi tergerak hati untuk memilih
emas public gold.
Bermodalkan RM7,384.00 sahaja, saya membeli emas public gold
yang pertama iaitu sekeping dinar PG bernilai 10 dinar. Berminggu-minggu memantau
harga emas yang naik turun. Setelah membuat keputusan, terus beli memandangkan
emas hari ini berada pada harga yang terendah berbanding sebelum ini. Satu keping
dinar bernilai 10 dinar dipilih kerana spreadnya yang rendah iaitu sekitar 5.0%
sahaja di samping tidak dikenakan kos penghantaran berbanding jika membeli
Public Gold bar, I-Series dan D-Series. Mengetahui nilai spread penting untuk
memaksimumkan keuntungan apabila kita jual balik emas tersebut. Spread refer to
the difference between selling price and buying price.