Thursday, October 6, 2011

Kuwait Finance Terima Anugerah Terbaik

Thursday, October 6, 2011
Kuwait Finance House (M) Bhd., (KFH Malaysia) telah menerima anugerah Penyedia Produk Konsumer Islam Terbaik melalui akaunnya, KFH Gold-Account-i di anugerah Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2011 (KLIFF).

KFH Malaysia dalam kenyataannya di sini berkata, anugerah KLIFF bertujuan menghargai sumbangan individu atau institusi di dalam industri kewangan Islam.


“Kami sangat gembira kerana memenangi anugerah tersebut menerusi produk inovasi kami iaitu KFH Gold-Account-i.

“Produk tersebut memberi peluang kepada pelanggan membuat pelaburan emas walaupun bukan secara fizikal,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamelah Jamaluddin.

KFH Gold-Account-i merupakan akaun emas pertama di Malaysia yang terbuka kepada orang Islam dan bukan Islam. Ketika ini lebih 3,000 pemegang akaun direkodkan dengan lebih 700 kilogram emas telah dijual.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails