Friday, November 5, 2010
Jaringan-Jaringan The Red Warriors Juara Piala Malaysia 2010
Posted by ffataah at 9:04 PM Friday, November 5, 20100 comments
Thursday, November 4, 2010
Musim Banjir Kembali
Posted by ffataah at 8:27 PM Thursday, November 4, 2010Musim sudah kembali. Seawal bulan November nampaknya agak awal banjir datang pada tahun ini.
Walaupun banjir yang dah masuk hari ke tiga mulai surut, namun ianya baru fasa pertama. Mungkin sebagai tanda amaran untuk fasa-fasa seterusnya yang mungkin lebih besar.
halaman. Pun begitu, menyusuri jalan masuk ke kampung, air sungai telah memenuhi disepanjang jalan. Semua kenderaan ringan sudah tidak dapat melalui jalan masuk ke sini.
Di luar guruh sudah berdentum kembali dan langit mulai gelap seperti membawa hujan yang mahu dicurah untuk ke sekian kali. Setelah diberi dua hari yang agak cerah. Cukup untuk membuat persiapan apa-apa yang patut.
Mengambil pengalaman yang lepas. Dua bulan terakhir mengikut kalendar Masihi menjadi lumrah kedatangan musim banjir. Pengakhirannya boleh membawa kepada awal tahun berikutnya di bulan Januari.
0 comments
Wednesday, November 3, 2010
Gambar Kemeriahan Penyokong The Red Warriors Menyambut Ketibaaan Wira Mereka Membawa Pulang Piala Malaysia
Posted by ffataah at 11:21 AM Wednesday, November 3, 20100 comments
Sunday, October 31, 2010
Julang Piala Malaysia: Kelantan Isytihar Cuti
Posted by ffataah at 8:11 AM Sunday, October 31, 2010KUALA LUMPUR, 31 Okt: Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.
Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.
"Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat.
"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.
Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.
0 comments
Kelantan Catat Sejarah, Muncul Juara Piala Malaysia 2010
Posted by ffataah at 8:07 AMKUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kelantan melakar sejarah negeri apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini Sabtu malam.
Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.
Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.
Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.
Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.
Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.
Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.
0 comments
Saturday, October 30, 2010
Akhirnya Piala Malaysia Milik Kita - Syabas The Red Warriors!!!
Posted by ffataah at 11:00 PM Saturday, October 30, 20100 comments
Gendang Serunai Irama Silat - Warisan Seni Budaya Kelantan
Posted by ffataah at 6:13 PMAgak seriau bulu roma dengar alunan serunai dan gendang silat dalam video ni. skali skala saje nak dengar muzik2 mcm ni. Klu kt klate ni orang main gendang serunai atau "main teri" sebagai salah satu cara berubat orang sakit. Zaman sekarang pun masih ada lagi golongan orang tua-tua yang mengamalkannya.
Sesetengahnya memang percaya dengan cara perubatan sedemikian dan yakin penyakit mereka akan sembuh apabila melakukan rawatan sedemikian. Sesetengahnya pula menganggap ia satu ikhtiar perubatan apabila sesuatu penyakit tidak dapat disembuhkan dengan cara rawatan perubatan biasa.
Secara logik mana mungkin seseorang itu akan sembuh setelah hanya bersilat dengan diiringi gendang serunai dan bacaan 'mentera2' tertentu. Jangan sampai kita menjadi taksub terhadap unsur-unsur lain selain daripada Allah S.W.T. sehingga terjerumus kepada syirik..nauzubillahi min zaalik...
Pun begitu irama silat ni merupakan satu warisan budaya yang amat berharga dan patut dijaga. Selagi mana ia tidak dicampur aduk dengan unsur-unsur tahyul dan syirik, ianya tidaklah menjadi satu kesalahan.
1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Aktiviti (1)
- Al-Kulliyyah (1)
- Alat jimat Minyak (2)
- Anak Tupai (1)
- Baitul Izzah - Langit dunia (1)
- Bunga api (1)
- Dato' Hassan Din Al-Hafiz (1)
- Facebook 'Melayu Babi' (1)
- GPMS (1)
- Guang Eng (1)
- Hari Raya Aidilfitri (3)
- Imam Masjid Al-Azhar (1)
- Imam Muda (1)
- Kelkon (2)
- Kelmix (1)
- Ketupat Daun Kelapa (2)
- Ketupat Nasi (1)
- Khutbah Jumaat (1)
- Lailatul Qadar (1)
- Luh Mahfuz (1)
- Max Power Controller (2)
- Menara Sireh (1)
- Mercun (1)
- MPC (2)
- Namewee (1)
- PKINK (2)
- Politik (1)
- Price list (1)
- Proton (1)
- Proton Inspira (1)
- Qaryah Ramadhan (1)
- Ramadhan (2)
- Semasa (1)
- Sentimen (1)
- Syeikh Asyraf Hamed Hasani Al-Husaini (1)
- tanda-tanda malam Lailatul Qadar (1)
- Tembak (1)
- Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi (1)
- Wee Meng Chee (1)
















