Dalam entri saya sebelum ini yang bertajuk “Manipulasi Emas Untuk Memaksimumkan Pendapatan”, saya telah menceritakan dua langkah bagaimana nak memanipulsikan emas bagi menjana pendapatan.
Pada entri kali ini saya sekali lagi ingin berkongsi dengan anda semua satu lagi langkah bagaimana hendak memanipulasi emas untuk memaksimumkan pendapatan.
Bagaimana?
Langkah 3 :
Kelebihan kaedah ini adalah anda tidak perlu menyimpan sendiri emas anda dan ianya selamat di Bank kerana KFH akan menyimpan emas yang anda beli bagi pihak anda. Keselamatan emas anda adalah terjamin.
Saya sendiri telah menggunakan kaedah ini dan Insyaalah ianya salah satu pilihan pelaburan yang baik. Untuk makluman, selain KFHG-I, anda juga boleh beli emas melalui Public Bank Gold Investment Account (GIA) dan Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA).
Saya memilih KFHG-I kerana KFH merupakan perbankan Islam sepenuhnya dan lebih yakin dengan status halal produk-produk yang ditawarkan oleh KFHG-i. Mencari yang halal itu fardu ke atas kaum muslimin.
Namun terpulang kepada anda untuk memilih Public Bank ataupun Maybank. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.
Pengalaman pertama :
Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk membuka akaun emas ataupun membeli emas melalui akaun pelaburan. Namun setelah difikir-fikir, ilmu dah ada tinggal lagi adalah tindakan.
Alhamdulillah saya telah Berjaya membeli sebanyak 25 grams emas di KFH pada harga RM152.89/gram pada 27 Jun 2011. Masa yang agak sesuai untuk membeli emas kerana harganya menurun pada masa tersebut sebelum dijangka melonjak lagi selepas ini.
KFH akan memberikan satu certificate kepada kita sebagai tanda kita telah membuka Akaun KFHG-i. Di dalamnya akan dipaparkan jumlah grams emas anda yang ada di dalam akaun.
Namun pada hari saya beli emas di KFH, mereka telah kehabisan sijil jadi mereka hanya memberikan saya slip penyata akaun sebagaimana gambar. Tak kesah lah sebab saya boleh datang lagi untuk mengambil sijil yang sebenar. Paling penting saya perlu membeli emas tersebut pada masa dan harga yang betul.
Kesimpulannya, jika anda mahu menggunakan kaedah ini anda perlu ada emas untuk digadaikan.
Bagaimana nak dapatkan emas?
Caranya adalah, belilah dinar ataupun gold bar yang banyak ditawarkan di pasaran sekarang. Mulakan langkah anda sekarang!! :)
INFO :
a. Minimum belian pertama emas di KFH adalah 10 grams.
b. Jika belum ada Saving Account di KFH, hanya perlu tambah RM20.00.
c. Baki minimum emas perlu ada dalam akaun KFHG-I jika hendak jual adalah 2 grams sahaja.
d. Kurang dari 1 jam untuk proses buka Saving Account dan membuat belian emas pertama.
0 comments:
Post a Comment