Monday, June 20, 2011

Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan "Fulus"

Monday, June 20, 2011
"Prof. Umar Ibrahim Vadillo yang juga merupakan CEO Kelantan Golden Trade dalam tulisan beliau menjelaskan, dalam sistem kewangan Islam, fulus bukanlah sejenis wang, kerana wang yang sebenar hanyalah emas dan perak.

Fulus tidak boleh diterima untuk membayar zakat mahupun membuat dan membayar balik pinjaman. Fulus digunakan untuk membuat transaksi yang lebih kecil daripada 1 Dirham.1 Dirham bersamaan 2.975 grams perak, tetapi untuk membuat bayaran 1/100 Dirham bermakna anda hanya memerlukan 0.029 grams perak. Jumlah yang agak kecil dan sangat tidak praktikal. Dengan sebab itulah fulus diperkenalkan.

'Fulus' tidak mempunyai standard sepertimana Dinar dan Dirham kerana ia hanyalah untuk kegunaan tempatan. Ini bermakna Kerajaan yang berlainan akan mempunyai fulus yang berbeza."


Setelah berjaya memperkenalkan Dinar dan Dirham dan diterima baik di Negeri ini, Kerajaan Negeri Kelantan melalui anak syarikatnya, Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. mengambil satu lagi initiatif untuk memperkenalkan 'fulus'.

Belum dapat dipastikan tetapi menurut sumber terdekat dan boleh dipercayai, Kerajaan Negeri Kelantan tidak lama lagi akan memperkenalkan satu lagi alternatif kepada wang kertas tersebut dan dikenali sebagai 'fulus'.

Prof. Umar Ibrahim Vadillo yang juga merupakan CEO Kelantan Golden Trade dalam tulisan beliau menjelaskan, dalam sistem kewangan Islam, fulus bukanlah sejenis wang, kerana wang yang sebenar hanyalah emas dan perak.

Fulus tidak boleh diterima untuk membayar zakat mahupun membuat dan membayar balik pinjaman. Fulus digunakan untuk membuat transaksi yang lebih kecil daripada 1 Dirham.1 Dirham bersamaan 2.975 grams perak, tetapi untuk membuat bayaran 1/100 Dirham bermakna anda hanya memerlukan 0.029 grams perak. Jumlah yang agak kecil dan sangat tidak praktikal. Dengan sebab itulah fulus diperkenalkan.

'Fulus' tidak mempunyai standard sepertimana Dinar dan Dirham kerana ia hanyalah untuk kegunaan tempatan. Ini bermakna Kerajaan yang berlainan akan mempunyai fulus yang berbeza. Cadangan Kerajaan Negeri Kelantan adalah untuk memperkenalkan fulus yang ditempa daripada logam kuprum ataupun tembaga.

Jika Dinar dan Dirham mempunyai nilai yang besar iaitu 1 Dinar sekarang bersamaan lebih kurang RM700.00 dan 1 Dirham bersamaan RM30.00.Untuk menggunakan Dinar dan Dirham bagi transaksi yang agak kecil mungkin mengalami kesukaran. Justeru, bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Kelantan memperkenalkan 'fulus'.

'Fulus' diketahui adalah rendah nilainya berbanding Dinar dan Dirham. Oleh itu, sangat sesuai untuk digunakan dalam transaksi yang lebih kecil di mana Dinar dan Dirham tidak sesuai digunakan.

Apa yang ingin ditekankan oleh Kerajaan Negeri adalah penggunaan ketiga-tiga jenis bentuk matawang tersebut akan diterimapakai bagi mengelakkan masyarakat terus menerus menggunakan matawang kertas yang mempunyai unsur riba. Sebagaimana Allah mengisytiharkan perang ke atas golongan yang mengamalkan riba dalam ayatnya yang bermaksud :

"Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."

Al-Baqarah (279).

Dengan sebab itu jugalah Kerajaan Negeri Kelantan melalui anak syarikatnya, Kelantan Golden Trade yang diberi tanggungjawab tersebut, mengambil langkah ini demi membebaskan masyarakat daripada dosa riba.

By : ffataah


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails