Tuesday, June 21, 2011

Kos Melaksanakan Ibadat Haji Semakin Murah

Tuesday, June 21, 2011
Jangan terkejut jika anda diberitahu kos untuk melaksanakan ibadat haji semakin murah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Kerajaan Malaysia melalui Tabung Haji sentiasa mengumumkan kos melaksanakan  ibadat haji setiap tahun dan dijangka kosnya akan naik untuk tahun-tahun akan datang.

Jadi di mana murahnya kos melakukan haji? Ya, kosnya akan semakin murah Dan ianya adalah kebenaran, Tetapi hanya jika anda menyimpan wang untuk melakukan haji dalam bentuk Emas.

Saya ingin membuat perbandingan kos haji untuk  9 tahun lepas iaitu bermula 2002. Kos menunaikan haji pada tahun 2002 adalah sebanyak RM13,500.00, sebagai contoh anda menukarnya kepada dinar, anda akan mendapat sebanyak 90 dinar (1 dinar = RM150.00 (+-) pada 2002).

Kos haji pada tahun ini dianggarkan berjumlah RM23,000.00, ditakdirkan anda hanya berpeluang menunaikan haji pada tahun ini setelah menyimpan dari 2002, kini anda perlu menambah sejumlah RM9,500.00 ke atas simpanan anda pada tahun 2002.

Tetapi katakan anda telah pun menukar wang anda pada tahun 2002 kepada dinar. Anda kini mempunyai 90 dinar. (dahulu dan kini 90 dinar)

Harga 1 dinar pada hari ini telah mencecah RM721.00 (+-) berbanding RM150.00 (+-) pada tahun 2002. Jadi 90 dinar anda pada hari ini bernilai RM64,890.00. Kos haji pula adalah RM23,000.00 pada tahun ini. Jadi anda masih ada lebihan wang sejumlah RM41,890.00

Bukankah kini anda telah memperoleh penjimatan? Dengan kata lain kos menunaikan haji anda kini lebih murah berbanding tahun 2002 setelah anda menukar wang simpanan  kepada dinar.

Semoga memperoleh haji yang Mabrur...:)

By: ffataah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails