Sunday, May 8, 2011

Epilog

Sunday, May 8, 2011
Guruh berdentum, petir menyabung. Apakah hujan akan turun petang ini? Pun begitu, matahari masih memancar terik. Angin kala bertiup membawa hawa yang panas. Tiada kedinginan.
Duduk bersendirian, fikiran kosong, pandangan dilontar jauh namun tiada apa yang menarik perhatian.
Si Matabiru berteman, merengek manja, berbaring memejamkan mata. Sesekali mengiau minta perhatian. Ah…untungnya engkau punya tuan. Boleh bermanja-manjaan.
Angin bertiup lagi. Hawanya kini semakin sejuk. Matahari sudah diliputi awan. Gelap dan mendung. Guruh bersambung sambil, petir menyabung.
Seketika mula, hujan tumpah ke bumi. Tanah yang tandus seolah menari-nari seronok menerima sang hujan.
Anak muda menunggang sambil temannya membonceng. Kesana-kemari menyusuri jalan berturap. Alahai ke manakah tujuan?
Pepohon melambai. Liuk lintuk ditiup angin seolah menegur menyapa. Ada lagi sang rama-rama lagaknya tergesa-gesa. Mencari bunga. Sebentar lagi hujan mungkin akan lebat. Tidak punya waktu lagi untuk mendapatkan madu nanti.
Dedaun kering terbang ditiup angin. Jatuh dari dahan-dahan tinggi. Menyentuh bumi dan berlalu pergi.
Sekian.

Jumaat, 6/5/2011. 4.15 p.m.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails