Monday, January 10, 2011

Banjir Oh Banjir...

Monday, January 10, 2011
Masuk arini dah dua hari aku tak gi keje. Nak wat camane terpaksa sbb umah terlibat ngn banjir. air naik melebihi paras lutut. So duk umah je la. klu nak kluar ke gi keje ke terpaksa mengharung air dekat ngn 2 kilometer, baik xyah. duk kt umah main sampan lg best.... hahaha

Pada meke2 yg x penah rasa banjir mungkin akn anggap susahnya hidup kitorang kt sni. tp sebenarnya kitorang xla rsa mcm tu skali. banjir ni bukannnya kite yg buat. Allah yang buat. so ada rahmatnya. Klu kt sni ble tibe musim banjir dah jadi mcm pesta dah. ramai yg kluar sbb nak main air banjir yang  datang hanya setahun skali ni. so mna blh lepaskan pluang. klu xleh main bot pun, dpt jalan kaki dalam air pun jadilah...

Orang2 kg pula mula sibuk menahan pukat sampaikan segenap penjuru bendang yang ditenggelami air akan ada orang yang taruk pukat kt situ. haa...klu ada ikan datang surenya akan terkepung dan terus melekat dekat pukat2 tu smua...alamatnya bergulai ikan air tawarlah nampak gaya orang2 kt sni...

Harini sebenarnya dah hari ke 5 kawasan sni dilanda banjir. air yang naik sejak hari Khamis lepas disebabkan hujan yang tak henti-henti sudah mulai surut. Esk agak2nya dah boleh gi keje ni. biarpun terpaksa jalan kaki mengharung air mgkin lbih kurang 1 kilometer lagi. xpe lah, duk umah lma2 kan beku plak otak kepala ni...

Nak tgk gamba banjir? jom klik...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails