Monday, May 30, 2011

Maskahwin Dinar, Bakal Isteri Pasti Suka..:D

Monday, May 30, 2011
Berapakah nilai maskahwin anda kepada isteri tercinta yang sekiranya sekarang berjumlah RM11,111.11, pada 20 tahun akan datang?

Tampak jumlahnya sungguh menarik bukan. Mungkin anda berasa bangga kerana jumlahnya adalah tinggi pada masa kini.

Pada 20 tahun akan datang nilai wang hantaran anda yang berjumlah RM11,111.11 itu mungkin nilainya hanyalah sama dengan RM1,111.00 sekarang. Jadi anda tidak lagi boleh berbangga pada masa itu dengan jumlah tersebut.

TETAPI, jika RM11,111.11 anda tukarkan sekarang dengan Dinar, anda akan mendapat 15 ½ Dinar (1 Dinar bersamaan RM716.00 – 30 Mei 2011). Anda jadikan ia sebagai maskahwin. Nilai 1 Dinar pada tahun hadapan dijangka akan meningkat kepada RM1000.00. Jadi pada masa itu nilai maskahwin anda sudah menjadi RM15,500.00 (15.5 Dinar X RM1000.00). 20 tahun akan datang anda kiralah sendiri. Isteri mana yang tak suka kan?

Apa tunggu lagi, dapatkan Dinar dan Dirham anda sekarang dan jadikan sebagai maskahwin sebelum harganya melonjak lagi..:)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails