Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Tak Rugi Berkongsi Ilmu Emas...
Posted by ffataah at 4:33 PM Tuesday, June 28, 2011Dalam entri saya sebelum ini yang bertajuk “Manipulasi Emas Untuk Memaksimumkan Pendapatan”, saya telah menceritakan dua langkah bagaimana nak memanipulsikan emas bagi menjana pendapatan.
Pada entri kali ini saya sekali lagi ingin berkongsi dengan anda semua satu lagi langkah bagaimana hendak memanipulasi emas untuk memaksimumkan pendapatan.
Bagaimana?
Langkah 3 :
Kelebihan kaedah ini adalah anda tidak perlu menyimpan sendiri emas anda dan ianya selamat di Bank kerana KFH akan menyimpan emas yang anda beli bagi pihak anda. Keselamatan emas anda adalah terjamin.
Saya sendiri telah menggunakan kaedah ini dan Insyaalah ianya salah satu pilihan pelaburan yang baik. Untuk makluman, selain KFHG-I, anda juga boleh beli emas melalui Public Bank Gold Investment Account (GIA) dan Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA).
Saya memilih KFHG-I kerana KFH merupakan perbankan Islam sepenuhnya dan lebih yakin dengan status halal produk-produk yang ditawarkan oleh KFHG-i. Mencari yang halal itu fardu ke atas kaum muslimin.
Namun terpulang kepada anda untuk memilih Public Bank ataupun Maybank. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.
Pengalaman pertama :
Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk membuka akaun emas ataupun membeli emas melalui akaun pelaburan. Namun setelah difikir-fikir, ilmu dah ada tinggal lagi adalah tindakan.
Alhamdulillah saya telah Berjaya membeli sebanyak 25 grams emas di KFH pada harga RM152.89/gram pada 27 Jun 2011. Masa yang agak sesuai untuk membeli emas kerana harganya menurun pada masa tersebut sebelum dijangka melonjak lagi selepas ini.
KFH akan memberikan satu certificate kepada kita sebagai tanda kita telah membuka Akaun KFHG-i. Di dalamnya akan dipaparkan jumlah grams emas anda yang ada di dalam akaun.
Namun pada hari saya beli emas di KFH, mereka telah kehabisan sijil jadi mereka hanya memberikan saya slip penyata akaun sebagaimana gambar. Tak kesah lah sebab saya boleh datang lagi untuk mengambil sijil yang sebenar. Paling penting saya perlu membeli emas tersebut pada masa dan harga yang betul.
Kesimpulannya, jika anda mahu menggunakan kaedah ini anda perlu ada emas untuk digadaikan.
Bagaimana nak dapatkan emas?
Caranya adalah, belilah dinar ataupun gold bar yang banyak ditawarkan di pasaran sekarang. Mulakan langkah anda sekarang!! :)
INFO :
a. Minimum belian pertama emas di KFH adalah 10 grams.
b. Jika belum ada Saving Account di KFH, hanya perlu tambah RM20.00.
c. Baki minimum emas perlu ada dalam akaun KFHG-I jika hendak jual adalah 2 grams sahaja.
d. Kurang dari 1 jam untuk proses buka Saving Account dan membuat belian emas pertama.
0 comments
Saturday, June 25, 2011
Dekat tapi jauh...sabarlah hati..
Posted by ffataah at 4:18 PM Saturday, June 25, 2011
:(
0 comments
Thursday, June 23, 2011
Bawa Pulang Sesuatu Berharga
Posted by ffataah at 4:08 PM Thursday, June 23, 2011
Anda seorang student? Menuntut di Negeri Kelantan? Berasal dari luar Kelantan? Akan menamatkan pengajian tidak lama lagi?
Dinar. Ya, dinar adalah sesuatu yang berharga kerana ia adalah emas. Kelebihan dinar Kelantan adalah kerana ia sangat cantik dan mengikut standard. Dinar Kelantan ditempa di Dubai, United Arab Emirates (UAE) dengan ketulenan emas 917.00. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah ataupun sebagai cenderamata menandakan anda pernah menuntut di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Dan yang paling penting ia mampu dimiliki oleh semua orang.
Jika jawapan anda adalah ya kepada semua soalan tadi, rasa banggalah kerana anda berpeluang berada di sebuah negeri yang terkehadapan dalam pelbagai aspek yang tidak terdapat di negeri-negeri lain.
Takaful Kifalah, Skim Gerbang Az-Ziwaj, Skim Al-It'am, Dinar dan Dirham, Rumah Du'afak, Takaful Armalah dan banyak lagi. Semua tersebut adalah perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan selaras dengan motto Kelantan Menerajui Perubahan.
Saya bukanlah mahu mejelaskan skim-skim itu semua. Tetapi ingin mengajak anda sebagai student untuk membawa pulang sesuatu yang berharga dari negeri ini setelah anda tamat pengajian nanti. Sesuatu yang berharga dan boleh dibuat sebagai kenang-kenangan.
Dapatkan 1 dinar anda sekarang!!! :p
0 comments
Wednesday, June 22, 2011
Bukan tidak mahu ambil tahu...tapi hanya kerana tidak mahu rasa pilu...
Posted by ffataah at 2:08 PM Wednesday, June 22, 20110 comments
Tuesday, June 21, 2011
Kos Melaksanakan Ibadat Haji Semakin Murah
Posted by ffataah at 4:50 PM Tuesday, June 21, 2011Jangan terkejut jika anda diberitahu kos untuk melaksanakan ibadat haji semakin murah berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Kerajaan Malaysia melalui Tabung Haji sentiasa mengumumkan kos melaksanakan ibadat haji setiap tahun dan dijangka kosnya akan naik untuk tahun-tahun akan datang.
Jadi di mana murahnya kos melakukan haji? Ya, kosnya akan semakin murah Dan ianya adalah kebenaran, Tetapi hanya jika anda menyimpan wang untuk melakukan haji dalam bentuk Emas.
Saya ingin membuat perbandingan kos haji untuk 9 tahun lepas iaitu bermula 2002. Kos menunaikan haji pada tahun 2002 adalah sebanyak RM13,500.00, sebagai contoh anda menukarnya kepada dinar, anda akan mendapat sebanyak 90 dinar (1 dinar = RM150.00 (+-) pada 2002).
Kos haji pada tahun ini dianggarkan berjumlah RM23,000.00, ditakdirkan anda hanya berpeluang menunaikan haji pada tahun ini setelah menyimpan dari 2002, kini anda perlu menambah sejumlah RM9,500.00 ke atas simpanan anda pada tahun 2002.
Tetapi katakan anda telah pun menukar wang anda pada tahun 2002 kepada dinar. Anda kini mempunyai 90 dinar. (dahulu dan kini 90 dinar)
Harga 1 dinar pada hari ini telah mencecah RM721.00 (+-) berbanding RM150.00 (+-) pada tahun 2002. Jadi 90 dinar anda pada hari ini bernilai RM64,890.00. Kos haji pula adalah RM23,000.00 pada tahun ini. Jadi anda masih ada lebihan wang sejumlah RM41,890.00
Bukankah kini anda telah memperoleh penjimatan? Dengan kata lain kos menunaikan haji anda kini lebih murah berbanding tahun 2002 setelah anda menukar wang simpanan kepada dinar.
Semoga memperoleh haji yang Mabrur...:)
By: ffataah
0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Aktiviti (1)
- Al-Kulliyyah (1)
- Alat jimat Minyak (2)
- Anak Tupai (1)
- Baitul Izzah - Langit dunia (1)
- Bunga api (1)
- Dato' Hassan Din Al-Hafiz (1)
- Facebook 'Melayu Babi' (1)
- GPMS (1)
- Guang Eng (1)
- Hari Raya Aidilfitri (3)
- Imam Masjid Al-Azhar (1)
- Imam Muda (1)
- Kelkon (2)
- Kelmix (1)
- Ketupat Daun Kelapa (2)
- Ketupat Nasi (1)
- Khutbah Jumaat (1)
- Lailatul Qadar (1)
- Luh Mahfuz (1)
- Max Power Controller (2)
- Menara Sireh (1)
- Mercun (1)
- MPC (2)
- Namewee (1)
- PKINK (2)
- Politik (1)
- Price list (1)
- Proton (1)
- Proton Inspira (1)
- Qaryah Ramadhan (1)
- Ramadhan (2)
- Semasa (1)
- Sentimen (1)
- Syeikh Asyraf Hamed Hasani Al-Husaini (1)
- tanda-tanda malam Lailatul Qadar (1)
- Tembak (1)
- Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi (1)
- Wee Meng Chee (1)


