Monday, May 30, 2011

Makan Malam : Makan-Makan Tengah Malam

Monday, May 30, 2011
Buat julung-julung kalinya Kelantan Golden Trade mengadakan majlis makan malam bersama pengedar-pengedar Dinar dan Dirham Kerajaan Kelantan dan para penyokong-penyokong Dinar Dirham pada 25 Jamadilakhir 1432H bersamaan 29 Mei 2011.

Berlangsung di Hotel Renaissane Kota Bharu, kira-kira 120 pengedar-pengedar sah dan tetamu-tetamu kehormat diraikan pada majlis tersebut.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Ybhg Tn Hj Ir Mustafa Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), CEO Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Ybhg. Prof. Umar Ibrahim Vadillo (Gambar) dan Pengurusnya Pn. Nik Mahani Mohamad.

Pada malam tersebut pihak penganjur telah menhadiahkan sebanyak 10 Dirham kepada tetamu-tetamu yang Berjaya menjawab soalan-soalan kuiz ringkas.

Kebangkitan sistem kewangan Islam berasaskan Dinar dan Dirham kini telah pun bermula bahkan mula memasuki fasa kedua di Negeri Kelantan ini. Sama-samalah kita menjayakan agenda Ummah ini..

Kegunaan Dinar dan Dirham :

1.    Perdagangan Antarabangsa
2.    Jual beli
3.    Pembayaran gaji dan zakat
4.    Mas Kahwin
5.    Pelaburan
6.    Gadaian
7.    Simpanan
8.    Perhiasan
9.    Hadiah

Kelebihan Dinar dan Dirham :

1.    Kalis inflasi
2.    Tiada unsur riba
3.    Mudah dibawa
4.    Tidak mudah rosak
5.    Masih bernilai walaupun dikerat-kerat
6.    Diterima di seluruh dunia
7.    Mudah ditukar kepada wang kertas



0 comments

Sunday, May 29, 2011

Emas : Tak Kenal Maka Tak Cinta

Sunday, May 29, 2011
Siapa sangka zaman sekarang siapa sahaja boleh memiliki emas. Emas bukan lagi menjadi barang perhiasaan untuk golongan wanita sahaja. Tetapi kaum lelaki juga kini boleh memiliki emas.

Kalau kaum wanita mahukan emas sebagai bentuk barang perhiasan. Kaum lelaki pula mahukan emas untuk simpanan nilai ataupun kekayaan.

Dengan serendah RM716.00 pada hari ini anda boleh memiliki sekeping emas tulen dengan berat 4.25 gram ataupun 1 Dinar. Mampu bukan? Kini emas bukan lagi menjadi hakmilik golongan kaya sahaja.

Kenapa Emas?

Emas merupakan medium pelaburan yang terbaik untuk simpanan nilai wang anda. Ini kerana nilai emas dalam jangka masa panjang akan terus meningkat. 1 Dinar emas yang kini berharga RM716 pada hari ini tidak mustahil akan melonjak kepada harga RM1000.00 tahun hadapan. Pelaburan yang amat berbaloi jika anda membeli emas sekarang. 

Apa tunggu lagi, mulakan langkah pertama anda membeli emas. Anda pasti akan teruja....


0 comments

Saturday, May 14, 2011

Lawak2...

Saturday, May 14, 2011

Bagi mengelakkan blog ni dihuni oleh sarang labah-labah. aku nk share lawak skit...jom kte gelak...(credit to Jom Kite Gelak Sampai Pengsan)

 


Penjual telur yang terlampau.....

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan? "

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

0 comments

Sunday, May 8, 2011

Epilog

Sunday, May 8, 2011
Guruh berdentum, petir menyabung. Apakah hujan akan turun petang ini? Pun begitu, matahari masih memancar terik. Angin kala bertiup membawa hawa yang panas. Tiada kedinginan.
Duduk bersendirian, fikiran kosong, pandangan dilontar jauh namun tiada apa yang menarik perhatian.
Si Matabiru berteman, merengek manja, berbaring memejamkan mata. Sesekali mengiau minta perhatian. Ah…untungnya engkau punya tuan. Boleh bermanja-manjaan.
Angin bertiup lagi. Hawanya kini semakin sejuk. Matahari sudah diliputi awan. Gelap dan mendung. Guruh bersambung sambil, petir menyabung.
Seketika mula, hujan tumpah ke bumi. Tanah yang tandus seolah menari-nari seronok menerima sang hujan.
Anak muda menunggang sambil temannya membonceng. Kesana-kemari menyusuri jalan berturap. Alahai ke manakah tujuan?
Pepohon melambai. Liuk lintuk ditiup angin seolah menegur menyapa. Ada lagi sang rama-rama lagaknya tergesa-gesa. Mencari bunga. Sebentar lagi hujan mungkin akan lebat. Tidak punya waktu lagi untuk mendapatkan madu nanti.
Dedaun kering terbang ditiup angin. Jatuh dari dahan-dahan tinggi. Menyentuh bumi dan berlalu pergi.
Sekian.

Jumaat, 6/5/2011. 4.15 p.m.

0 comments

Monday, January 10, 2011

Banjir Oh Banjir...

Monday, January 10, 2011
Masuk arini dah dua hari aku tak gi keje. Nak wat camane terpaksa sbb umah terlibat ngn banjir. air naik melebihi paras lutut. So duk umah je la. klu nak kluar ke gi keje ke terpaksa mengharung air dekat ngn 2 kilometer, baik xyah. duk kt umah main sampan lg best.... hahaha

Pada meke2 yg x penah rasa banjir mungkin akn anggap susahnya hidup kitorang kt sni. tp sebenarnya kitorang xla rsa mcm tu skali. banjir ni bukannnya kite yg buat. Allah yang buat. so ada rahmatnya. Klu kt sni ble tibe musim banjir dah jadi mcm pesta dah. ramai yg kluar sbb nak main air banjir yang  datang hanya setahun skali ni. so mna blh lepaskan pluang. klu xleh main bot pun, dpt jalan kaki dalam air pun jadilah...

Orang2 kg pula mula sibuk menahan pukat sampaikan segenap penjuru bendang yang ditenggelami air akan ada orang yang taruk pukat kt situ. haa...klu ada ikan datang surenya akan terkepung dan terus melekat dekat pukat2 tu smua...alamatnya bergulai ikan air tawarlah nampak gaya orang2 kt sni...

Harini sebenarnya dah hari ke 5 kawasan sni dilanda banjir. air yang naik sejak hari Khamis lepas disebabkan hujan yang tak henti-henti sudah mulai surut. Esk agak2nya dah boleh gi keje ni. biarpun terpaksa jalan kaki mengharung air mgkin lbih kurang 1 kilometer lagi. xpe lah, duk umah lma2 kan beku plak otak kepala ni...

Nak tgk gamba banjir? jom klik...


0 comments

Sunday, December 12, 2010

Jalan-Jalan Gi Ganu...

Sunday, December 12, 2010
Bergambar atas pelamin
Dua tiga menjak ni tenet agak slow kt kawasan ni. nak update blog pn jadi xde mood. Arini nampaknya agak laju skit blh la post menda skit. dah agak lama x update.

Singgah di Jertih utk sarapan
Ada satu cerita nk bgtau. semalam telah bermula perjalanan kami sekeluarga dari rumah kat pasir mas menuju ke kemaman terengganu. ada majlis pertunangan anak saudara lelaki dengan orang kt sana. Banyak cerita, banyak cabaran kitorang hadapi sepanjang perjalanan sehari suntuk pergi balik ke sana. Walaubagaimanapun, alhamdulillah majlis telah pun sempurna dan menunggu pula majlis perkahwinan yang dijangka akan diadakan pada bulan April tahun hadapan.

Singgah di Kuala Ibai
Paling tidak dapat dilupakan apabila kereta myvi yang dipandu oleh anak suadara telah terjatuh ke dalam lopak air ditepi jalan. skema weh ayat..............................ha lepas tu tayar die tergantung terus sebab tepi jalanraya tu tinggi. terpaksa ditolak. masa tu hujan plak lebat gile ditambah dengan angin kencang. habis semua basah kuyup termasuk aku. malangnya kitorang ni x bawak pun pakaian utk tukar. terpaksa pakai baju yang walaupun da basah...sadis tul...tapi xpe blh dijadikan pengajaran dan pengalaman..huhu. perjalanan semalam memakan masa hampir 24 jam. bermula pukul 6.30 pagi kitorang bertolak hari Sabtu dan selamat tiba ke rumah semula pukul 3.00 pagi Ahad. Letih...nasib baik aku amik cuti.........




0 comments

Friday, December 3, 2010

Bumi Arab...

Friday, December 3, 2010
Bumi Arab...terangan-angan nk menjejak kaki ke bumi Arab. Harap2 suatu hari nt akan sampi jgk aku ke sana. Amat tertarik dgn tanah arab mungkin sebab disanalah tmpat lahirnya para nabi dan rasul. Bertuahnye klu aku dapt g sana...insyaallah klu ada rezki..hehe...x salah kot berangan2....

Pergi melancong mgkin salah satu cara..tp agama Islam sndri pun suruh kte gi sana klu mampu, mane lg klu bukan ke Mekah buat haji.

0 comments
Related Posts with Thumbnails