Monday, June 20, 2011

Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan "Fulus"

Monday, June 20, 2011
"Prof. Umar Ibrahim Vadillo yang juga merupakan CEO Kelantan Golden Trade dalam tulisan beliau menjelaskan, dalam sistem kewangan Islam, fulus bukanlah sejenis wang, kerana wang yang sebenar hanyalah emas dan perak.

Fulus tidak boleh diterima untuk membayar zakat mahupun membuat dan membayar balik pinjaman. Fulus digunakan untuk membuat transaksi yang lebih kecil daripada 1 Dirham.1 Dirham bersamaan 2.975 grams perak, tetapi untuk membuat bayaran 1/100 Dirham bermakna anda hanya memerlukan 0.029 grams perak. Jumlah yang agak kecil dan sangat tidak praktikal. Dengan sebab itulah fulus diperkenalkan.

'Fulus' tidak mempunyai standard sepertimana Dinar dan Dirham kerana ia hanyalah untuk kegunaan tempatan. Ini bermakna Kerajaan yang berlainan akan mempunyai fulus yang berbeza."


Setelah berjaya memperkenalkan Dinar dan Dirham dan diterima baik di Negeri ini, Kerajaan Negeri Kelantan melalui anak syarikatnya, Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. mengambil satu lagi initiatif untuk memperkenalkan 'fulus'.

Belum dapat dipastikan tetapi menurut sumber terdekat dan boleh dipercayai, Kerajaan Negeri Kelantan tidak lama lagi akan memperkenalkan satu lagi alternatif kepada wang kertas tersebut dan dikenali sebagai 'fulus'.

Prof. Umar Ibrahim Vadillo yang juga merupakan CEO Kelantan Golden Trade dalam tulisan beliau menjelaskan, dalam sistem kewangan Islam, fulus bukanlah sejenis wang, kerana wang yang sebenar hanyalah emas dan perak.

Fulus tidak boleh diterima untuk membayar zakat mahupun membuat dan membayar balik pinjaman. Fulus digunakan untuk membuat transaksi yang lebih kecil daripada 1 Dirham.1 Dirham bersamaan 2.975 grams perak, tetapi untuk membuat bayaran 1/100 Dirham bermakna anda hanya memerlukan 0.029 grams perak. Jumlah yang agak kecil dan sangat tidak praktikal. Dengan sebab itulah fulus diperkenalkan.

'Fulus' tidak mempunyai standard sepertimana Dinar dan Dirham kerana ia hanyalah untuk kegunaan tempatan. Ini bermakna Kerajaan yang berlainan akan mempunyai fulus yang berbeza. Cadangan Kerajaan Negeri Kelantan adalah untuk memperkenalkan fulus yang ditempa daripada logam kuprum ataupun tembaga.

Jika Dinar dan Dirham mempunyai nilai yang besar iaitu 1 Dinar sekarang bersamaan lebih kurang RM700.00 dan 1 Dirham bersamaan RM30.00.Untuk menggunakan Dinar dan Dirham bagi transaksi yang agak kecil mungkin mengalami kesukaran. Justeru, bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Kelantan memperkenalkan 'fulus'.

'Fulus' diketahui adalah rendah nilainya berbanding Dinar dan Dirham. Oleh itu, sangat sesuai untuk digunakan dalam transaksi yang lebih kecil di mana Dinar dan Dirham tidak sesuai digunakan.

Apa yang ingin ditekankan oleh Kerajaan Negeri adalah penggunaan ketiga-tiga jenis bentuk matawang tersebut akan diterimapakai bagi mengelakkan masyarakat terus menerus menggunakan matawang kertas yang mempunyai unsur riba. Sebagaimana Allah mengisytiharkan perang ke atas golongan yang mengamalkan riba dalam ayatnya yang bermaksud :

"Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."

Al-Baqarah (279).

Dengan sebab itu jugalah Kerajaan Negeri Kelantan melalui anak syarikatnya, Kelantan Golden Trade yang diberi tanggungjawab tersebut, mengambil langkah ini demi membebaskan masyarakat daripada dosa riba.

By : ffataah


0 comments

Saturday, June 18, 2011

Manipulasi Emas Untuk Memaksimumkan Pendapatan

Saturday, June 18, 2011
Tidak ramai di antara kita yang memiliki emas. Tidak ramai jugalah antara kita yang tahu bagaimana menjana pendapatan melalui emas.

Ramai lagi yang beranggapan bahawa emas hanya untuk kaum wanita dan golongan kaya sahaja. Persepsi ini perlu diperbetulkan kerana sebenarnya semua orang berhak memiliki emas tidak kira lelaki ataupun perempuan, kaya ataupun miskin.



Bagaimana emas boleh dimanipulasikan bagi menjana pendapatan lumayan? Terdapat beberapa langkah untuk memaksimumkan pendapatan melalui manipulasi emas.

Langkah 1 :

Secara umumnya, beli emas dan simpan. Langkah ini boleh menguntungkan kerana harga emas yang sentiasa mengalami kenaikan. Secara purata kenaikan harga emas boleh mencapai 30% hingga 45% setahun.

Jadi jika anda membeli emas bernilai RM1,000.00 sekarang, dengan kenaikan maksimum sebanyak 45%, anda akan mendapat pulangan sebanyak RM1,450.00 pada tahun hadapan, (RM1,000 + (45% x RM1,000).

Keuntungan yang agak berbaloi berbanding pelaburan lain seperti ASB. ASB kebiasaannya mengumumkan dividen sebanyak 8% setiap tahun.

Apa pilihan anda?

Langkah 2 :

Beli emas kemudian pajak di Ar-Rahnu kemudian beli emas balik.

Masih ramai beranggapan bahawa orang yang mengunjungi Ar-Rahnu adalah orang kesempitan duit dan datang untuk menggadaikan emas mereka.

Tetapi bagi pelabur-pelabur emas, memajak emas di Ar-Rahnu adalah cara bagaimana mereka memanipulasi kemudahan Ar-Rahnu bagi menjana pendapatan berlipat ganda.

Bagaimana?

Jika anda menggunakan langkah pertama tadi anda akan memerlukan sedikit masa untuk menjana keuntungan kerana anda perlu tunggu harga emas naik barulah anda akan mendapat keuntungan. Anda juga akan mendapat keuntungan hanya jika anda menjual emas tersebut.Keuntungan yang anda dapat hanya satu bahagian sahaja.

Tetapi tidak dengan teknik memanipulasikan sistem Ar-Rahnu. Anda boleh memilih berapa bahagian keuntungan yang anda mahu bergantung kepada modal yang anda ada untuk membeli emas.



0 comments

Thursday, June 16, 2011

Hidup Mestilah Belajar Menerima Takdir Allah

Thursday, June 16, 2011
Belajar menerima kenyataan itu lebih manis dari segala-galanya. Daripada kita terus memikirkan apa yang terjadi. Kerana sesuatu terjadi itu tidak seperti yang kita harapkan.

Semuanya terkandung hikmah di sebalik kejadian yang berlaku walaupun ianya tidak seperti yang kita hajatkan.Belajar menerima kenyataan nescaya hati kita menjadi lapang. Mengadu sesama manusia takkan mengubah apa-apa kerana mereka juga seperti kita dan tidak punya kuasa untuk mengubah apa yang berlaku.

Kembalilah kepada Allah kerana dia adalah sebaik-baik tempat mengadu dan dia jugalah sebaik-baik tempat untuk kita memohon petunjuk.






0 comments

Wednesday, June 15, 2011

Analisa Harga Dinar Kelantan Dan Dinar Public Sehingga 15 Jun 2011

Wednesday, June 15, 2011


0 comments

Analisa Harga Dinar Kelantan

Harga Dinar Kelantan Bagi Tempoh 26 April 2011 - 15 Jun 2011

0 comments

Thursday, June 9, 2011

Matawang Zimbabwe Satu Contoh Kelemahan Wang Kertas Berbanding Dinar Emas

Thursday, June 9, 2011
Percaya atau tidak, 3 biji telur kini berharga $100 Billion. Satu perkara yang mungkin mustahil di Negara ini sekarang. Namun ianya telah pun berlaku di Negara Zimbabwe.

Perkara yang pasti berlaku iaitu kejatuhan nilai wang kertas. Hanya masanya belum tiba di Negara kita Malaysia. Tanyalah pada diri anda apa beza nilai RM1 ketika di zaman anda masih kanak-kanak berbanding nilai RM1 yang sama pada hari ini? Anda tahu jawapannya bukan?

Kembali ke Zimbabwe. Tindakan mencetak wang kertas secara berleluasa oleh kerajaan Zimbabwe menyebabkan matawang Negara mereka mengalami kejatuhan nilai yang teruk. Satu keping wang kertas bernilai $1 Trillion bukanlah satu yang luarbiasa atau pun satu jumlah yang besar di Negara tersebut. Inilah kelemahan wang kertas dimana ia boleh dimanipulasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab sehingga ianya menjadi tidak bernilai.

Terbukti benarlah sabda Rasulullah dalam hadis baginda :

Abu Bakar Ibn Abi Maryam menceritakan bahawa beliau mendengar RASULULLAH S.A.W. telah bersabda: Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia kecuali EMAS(dinar) dan PERAK(dirham). - diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal..”

Bagi yang belum sedar, percayalah. Ini bukan cobaan ini memang betul-betul. Kepada yang sudah sedar tu, mulakanlah tindakan anda untuk mengubah dunia dengan kembali kepada matawang Syariah iaitu Dinar dan Dirham.

Tidak sukar untuk mendapatkan Dinar dan Dirham di Negara kita sekarang kerana Kerajaan Kelantan telah pun mengeluarkan Dinar dan Dirham. Anda juga boleh mendapatkan Dinar yang dikeluarkan oleh Public Gold.



0 comments

Wednesday, June 8, 2011

Jemputan Ke Dinihari Dinar

Wednesday, June 8, 2011

Jemputan Ke Dinihari Dinar

Di: Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2, Langgak Tunku, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Pada: 10 Pagi - 1 Petang, Sabtu, 9 Rejab 1432 / 11 Jun 2011

Datanglah beramai-ramai untuk:

IMAN • Taqwa pada Allah & taati Rasulullah SAW mengikut Al-Quran & Sunnah.
ILMU • Mengenali Matawang Syariah – dari zaman khilafah ke situasi sekarang.
AMAL • Muamalat menggunakan Wang Halal Dinar Emas dan Dirham Perak.

Aktiviti rancangan (tertakluk pada perubahan):

PENYAMPAIAN  •  MOTIVASI  •  SERUAN TINDAKAN  •  SOAL JAWAB  •  JUAL BELI

Kehadiran & penglibatan semua pihak ke acara terbuka ini amat dialu-alukan.

Maklumat lanjut/terkini:

010-2662778
www.dinardirham.org
info@dinardirham.org

Penaja:

· Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

Anjuran Bersama:

· World Islamic Mint
· Jawatankuasa Penaja Koperasi Dinar




0 comments
Related Posts with Thumbnails