![]() |
| Harga Dinar Kelantan Bagi Tempoh 26 April 2011 - 15 Jun 2011 |
Wednesday, June 15, 2011
Thursday, June 9, 2011
Matawang Zimbabwe Satu Contoh Kelemahan Wang Kertas Berbanding Dinar Emas
Posted by ffataah at 5:13 PM Thursday, June 9, 2011Percaya atau tidak, 3 biji telur kini berharga $100 Billion. Satu perkara yang mungkin mustahil di Negara ini sekarang. Namun ianya telah pun berlaku di Negara Zimbabwe.
Perkara yang pasti berlaku iaitu kejatuhan nilai wang kertas. Hanya masanya belum tiba di Negara kita Malaysia. Tanyalah pada diri anda apa beza nilai RM1 ketika di zaman anda masih kanak-kanak berbanding nilai RM1 yang sama pada hari ini? Anda tahu jawapannya bukan?
Kembali ke Zimbabwe. Tindakan mencetak wang kertas secara berleluasa oleh kerajaan Zimbabwe menyebabkan matawang Negara mereka mengalami kejatuhan nilai yang teruk. Satu keping wang kertas bernilai $1 Trillion bukanlah satu yang luarbiasa atau pun satu jumlah yang besar di Negara tersebut. Inilah kelemahan wang kertas dimana ia boleh dimanipulasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab sehingga ianya menjadi tidak bernilai.
Terbukti benarlah sabda Rasulullah dalam hadis baginda :
“Abu Bakar Ibn Abi Maryam menceritakan bahawa beliau mendengar RASULULLAH S.A.W. telah bersabda: Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia kecuali EMAS(dinar) dan PERAK(dirham). - diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal..”
Bagi yang belum sedar, percayalah. Ini bukan cobaan ini memang betul-betul. Kepada yang sudah sedar tu, mulakanlah tindakan anda untuk mengubah dunia dengan kembali kepada matawang Syariah iaitu Dinar dan Dirham.
Tidak sukar untuk mendapatkan Dinar dan Dirham di Negara kita sekarang kerana Kerajaan Kelantan telah pun mengeluarkan Dinar dan Dirham. Anda juga boleh mendapatkan Dinar yang dikeluarkan oleh Public Gold.
0 comments
Wednesday, June 8, 2011
Jemputan Ke Dinihari Dinar
Posted by ffataah at 1:55 PM Wednesday, June 8, 2011Jemputan Ke Dinihari Dinar
Pada: 10 Pagi - 1 Petang, Sabtu, 9 Rejab 1432 / 11 Jun 2011
Datanglah beramai-ramai untuk:
IMAN • Taqwa pada Allah & taati Rasulullah SAW mengikut Al-Quran & Sunnah.ILMU • Mengenali Matawang Syariah – dari zaman khilafah ke situasi sekarang.
AMAL • Muamalat menggunakan Wang Halal Dinar Emas dan Dirham Perak.
Aktiviti rancangan (tertakluk pada perubahan):
PENYAMPAIAN • MOTIVASI • SERUAN TINDAKAN • SOAL JAWAB • JUAL BELIKehadiran & penglibatan semua pihak ke acara terbuka ini amat dialu-alukan.
Maklumat lanjut/terkini:
010-2662778www.dinardirham.org
info@dinardirham.org
Penaja:
· Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.Anjuran Bersama:
· World Islamic Mint
· Jawatankuasa Penaja Koperasi Dinar
· Jawatankuasa Penaja Koperasi Dinar
0 comments
Monday, June 6, 2011
Proton Saga FL 1.6 Executive Baru Dilancarkan (warna putih sahaja)
Posted by ffataah at 3:30 PM Monday, June 6, 201126 Mei 2011- Proton hari ini melancarkan sebuah lagi model baru dari variasi Saga iaitu Saga FL 1.6 (a) Executive baru. Model ini adalah sama dengan model Executive 1.3, apa yang membezakan hanyalah dari segi enjin. Saga baru ini dipacu oleh enjin berkuasa 1.6 Campro IAFM. Enjin ini sama dengan enjin yang digunakan oleh model Persona Elegance.
Harga yang ditawarkan untuk model ini cukup menarik. Harga mampu milik iaitu RM46,549 (atas jalan termasuk cukai jalan dan insurans). Menarik bukan?
Proton saga 1.6 ini hanya ditawarkan dalam satu model sahaja iaitu dalam versi automatik dengan 4 kelajuan. Hanya satu warna sahaja ditawarkan iaitu warna putih solid.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Seri Haji Syed Zainal Abidin " Saga 1.6 dicipta bagi memenuhi kehendak pelanggan, khususnya dari generasi muda.Apa yang lebih penting, ianya mampu milik, menarik, kos penyelenggaraan rendah dan mempunyai kuasa enjin yang mengagumkan."
Proton Saga merupakan kereta Proton yang paling laris dipasaran dengan kadar jualan lebih 6,700 sebulan.
Ciri-ciri hebat proton Saga FL 1.6 Executive:
1. Dipacu oleh enjin berkuasa 1.6 Campro IAFM
2. Beg udara SRS berkembar
3. Brek ABS & EBD
4. Penggunaan minyak 7liter untuk perjalanan 100km.
5. Lampu signal LED pada cermin sisi
6. Lampu kabus
0 comments
Thursday, June 2, 2011
Sekitar Majlis Persaraan Staf Kumpulan Kelkon
Posted by ffataah at 11:57 AM Thursday, June 2, 20111 Jun 2011, berlangsungnya majlis ringkas bagi meraikan persaraan dua orang staf Kelkon iaitu Pn. Salbiah Mamat (Eksekutif Akaun) dan En. Ramli Awang (Kerani Tapak Kelmix). Jasamu dikenang. Berikut gambar-gambar sekitar majlis :
![]() |
| PB memberi ucapan aluan |
![]() |
| Sebahagian yang hadir |
![]() |
| En Ramli memberi sepatah dua kata |
![]() |
| Pn. Salbiah Mamat |
![]() |
| Penyampaian cenderahati |
0 comments
Wednesday, June 1, 2011
Bugati Veyron Masuk Workshop Di Kota Bharu
Posted by ffataah at 10:54 AM Wednesday, June 1, 2011Hahaha…mane nye pon hadoi Bugati Veyron. Gimik jea tu hadoi nye pon tak.. (gaya Ah Cai Johan Raja Lawak) hahaha…
Em ada gambar ada cite…saje nak cite semalam gi service kete. Paling sekejap n paling murah. 20 minit je n kos habis cume RM5.00. Knp? Mesti la sebab minor servis je. Masalah spring gear. Sekali tukar terus ok.
Ni nak nasihat sikit pada yang pakai kete la. Tambah-tambah kete baru amik tak kire la kete import ke kete nasional. Kalau ada masalah jangan segan-segan terus bawak ke pusat servis yang sah.
Bukan apa hak kite sebagai pengguna mesti dituntut. Kete baru kalau ada masalah semestinya bukan kite penyebabnya (kebanyakannya la). Ia mesti bersangkut paut dengan pembuat kete tu sendiri. Tak kire lah Toyota ke Honda, Mercedes, BMW, PROTON dan lain-lain.
Ye la pembuat kereta ni kadang-kadang diorang da tau kete buatan mereka akan ada masalah. Tapi takkan diorang nak bagitau kan. Nanti tak laku plak model kete diorang.
Diorang pn sebenarnya da tau ape nak buat. So, kalau kete kita mengalami masalah cepat-cepat la bawak ke pusat servis tambah-tambah lagi kalau kete kite masih dalam warranty.
Haa..ape die Bugati Veyron?
Ni ha Bugati Veyron ni sebenarnya model kete termahal di dunia sekarang ni dengan nilai RM4.2 juta tapi baru-baru ni dikatakan ada model baru yang lebih mahal n Bugati Veyron telah pn jatuh ke tangga ke2 kete termahal di dunia…
Habis.
Em ada gambar ada cite…saje nak cite semalam gi service kete. Paling sekejap n paling murah. 20 minit je n kos habis cume RM5.00. Knp? Mesti la sebab minor servis je. Masalah spring gear. Sekali tukar terus ok.
Ni nak nasihat sikit pada yang pakai kete la. Tambah-tambah kete baru amik tak kire la kete import ke kete nasional. Kalau ada masalah jangan segan-segan terus bawak ke pusat servis yang sah.
Bukan apa hak kite sebagai pengguna mesti dituntut. Kete baru kalau ada masalah semestinya bukan kite penyebabnya (kebanyakannya la). Ia mesti bersangkut paut dengan pembuat kete tu sendiri. Tak kire lah Toyota ke Honda, Mercedes, BMW, PROTON dan lain-lain.
Ye la pembuat kereta ni kadang-kadang diorang da tau kete buatan mereka akan ada masalah. Tapi takkan diorang nak bagitau kan. Nanti tak laku plak model kete diorang.
Diorang pn sebenarnya da tau ape nak buat. So, kalau kete kita mengalami masalah cepat-cepat la bawak ke pusat servis tambah-tambah lagi kalau kete kite masih dalam warranty.
Haa..ape die Bugati Veyron?
Ni ha Bugati Veyron ni sebenarnya model kete termahal di dunia sekarang ni dengan nilai RM4.2 juta tapi baru-baru ni dikatakan ada model baru yang lebih mahal n Bugati Veyron telah pn jatuh ke tangga ke2 kete termahal di dunia…
Habis.
0 comments
Monday, May 30, 2011
Maskahwin Dinar, Bakal Isteri Pasti Suka..:D
Posted by ffataah at 4:51 PM Monday, May 30, 2011Berapakah nilai maskahwin anda kepada isteri tercinta yang sekiranya sekarang berjumlah RM11,111.11, pada 20 tahun akan datang?
Tampak jumlahnya sungguh menarik bukan. Mungkin anda berasa bangga kerana jumlahnya adalah tinggi pada masa kini.
Pada 20 tahun akan datang nilai wang hantaran anda yang berjumlah RM11,111.11 itu mungkin nilainya hanyalah sama dengan RM1,111.00 sekarang. Jadi anda tidak lagi boleh berbangga pada masa itu dengan jumlah tersebut.
TETAPI, jika RM11,111.11 anda tukarkan sekarang dengan Dinar, anda akan mendapat 15 ½ Dinar (1 Dinar bersamaan RM716.00 – 30 Mei 2011). Anda jadikan ia sebagai maskahwin. Nilai 1 Dinar pada tahun hadapan dijangka akan meningkat kepada RM1000.00. Jadi pada masa itu nilai maskahwin anda sudah menjadi RM15,500.00 (15.5 Dinar X RM1000.00). 20 tahun akan datang anda kiralah sendiri. Isteri mana yang tak suka kan?
Apa tunggu lagi, dapatkan Dinar dan Dirham anda sekarang dan jadikan sebagai maskahwin sebelum harganya melonjak lagi..:)
0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Aktiviti (1)
- Al-Kulliyyah (1)
- Alat jimat Minyak (2)
- Anak Tupai (1)
- Baitul Izzah - Langit dunia (1)
- Bunga api (1)
- Dato' Hassan Din Al-Hafiz (1)
- Facebook 'Melayu Babi' (1)
- GPMS (1)
- Guang Eng (1)
- Hari Raya Aidilfitri (3)
- Imam Masjid Al-Azhar (1)
- Imam Muda (1)
- Kelkon (2)
- Kelmix (1)
- Ketupat Daun Kelapa (2)
- Ketupat Nasi (1)
- Khutbah Jumaat (1)
- Lailatul Qadar (1)
- Luh Mahfuz (1)
- Max Power Controller (2)
- Menara Sireh (1)
- Mercun (1)
- MPC (2)
- Namewee (1)
- PKINK (2)
- Politik (1)
- Price list (1)
- Proton (1)
- Proton Inspira (1)
- Qaryah Ramadhan (1)
- Ramadhan (2)
- Semasa (1)
- Sentimen (1)
- Syeikh Asyraf Hamed Hasani Al-Husaini (1)
- tanda-tanda malam Lailatul Qadar (1)
- Tembak (1)
- Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi (1)
- Wee Meng Chee (1)














