Wednesday, June 8, 2011

Jemputan Ke Dinihari Dinar

Wednesday, June 8, 2011

Jemputan Ke Dinihari Dinar

Di: Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2, Langgak Tunku, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Pada: 10 Pagi - 1 Petang, Sabtu, 9 Rejab 1432 / 11 Jun 2011

Datanglah beramai-ramai untuk:

IMAN • Taqwa pada Allah & taati Rasulullah SAW mengikut Al-Quran & Sunnah.
ILMU • Mengenali Matawang Syariah – dari zaman khilafah ke situasi sekarang.
AMAL • Muamalat menggunakan Wang Halal Dinar Emas dan Dirham Perak.

Aktiviti rancangan (tertakluk pada perubahan):

PENYAMPAIAN  •  MOTIVASI  •  SERUAN TINDAKAN  •  SOAL JAWAB  •  JUAL BELI

Kehadiran & penglibatan semua pihak ke acara terbuka ini amat dialu-alukan.

Maklumat lanjut/terkini:

010-2662778
www.dinardirham.org
info@dinardirham.org

Penaja:

· Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

Anjuran Bersama:

· World Islamic Mint
· Jawatankuasa Penaja Koperasi Dinar




0 comments

Monday, June 6, 2011

Proton Saga FL 1.6 Executive Baru Dilancarkan (warna putih sahaja)

Monday, June 6, 2011

26 Mei 2011- Proton hari ini melancarkan sebuah lagi model baru dari variasi Saga iaitu Saga FL 1.6 (a) Executive baru. Model ini adalah sama dengan model Executive 1.3, apa yang membezakan hanyalah dari segi enjin. Saga baru ini dipacu oleh enjin berkuasa 1.6 Campro IAFM. Enjin ini sama dengan enjin yang digunakan oleh model Persona Elegance.

Harga yang ditawarkan untuk model ini cukup menarik. Harga mampu milik iaitu RM46,549 (atas jalan termasuk cukai jalan dan insurans). Menarik bukan? 

Proton saga 1.6 ini hanya ditawarkan dalam satu model sahaja iaitu dalam versi automatik dengan 4 kelajuan. Hanya satu warna sahaja ditawarkan iaitu warna  putih solid.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Seri Haji Syed Zainal Abidin " Saga 1.6 dicipta bagi memenuhi kehendak pelanggan, khususnya dari generasi muda.Apa yang lebih penting, ianya mampu milik, menarik, kos penyelenggaraan rendah dan mempunyai kuasa enjin yang mengagumkan."

Proton Saga merupakan kereta Proton yang paling laris dipasaran dengan kadar jualan lebih 6,700 sebulan.

Ciri-ciri hebat proton Saga FL 1.6 Executive:

1. Dipacu oleh enjin berkuasa 1.6 Campro IAFM
2. Beg udara SRS berkembar
3. Brek ABS & EBD
4. Penggunaan minyak 7liter untuk perjalanan 100km.
5. Lampu signal LED pada cermin sisi
6. Lampu kabus


0 comments

Thursday, June 2, 2011

Sekitar Majlis Persaraan Staf Kumpulan Kelkon

Thursday, June 2, 2011
1 Jun 2011, berlangsungnya majlis ringkas bagi meraikan persaraan dua orang staf Kelkon iaitu Pn. Salbiah Mamat (Eksekutif Akaun) dan En. Ramli Awang (Kerani Tapak Kelmix). Jasamu dikenang. Berikut gambar-gambar sekitar majlis :
PB memberi ucapan aluan

Sebahagian yang hadir

En Ramli memberi sepatah dua kata
Pn. Salbiah Mamat
Penyampaian cenderahati


0 comments

Wednesday, June 1, 2011

Bugati Veyron Masuk Workshop Di Kota Bharu

Wednesday, June 1, 2011
Hahaha…mane nye pon hadoi Bugati Veyron. Gimik jea tu hadoi nye pon tak.. (gaya Ah Cai Johan Raja Lawak) hahaha…

Em ada gambar ada cite…saje nak cite semalam gi service kete. Paling sekejap n paling murah. 20 minit je n kos habis cume RM5.00. Knp? Mesti la sebab minor servis je. Masalah spring gear. Sekali tukar terus ok.

Ni  nak nasihat sikit pada yang pakai kete la. Tambah-tambah kete baru amik tak kire la kete import ke kete nasional. Kalau ada masalah jangan segan-segan terus bawak ke pusat servis yang sah.

Bukan apa hak kite sebagai pengguna mesti dituntut. Kete baru kalau ada masalah semestinya bukan kite penyebabnya (kebanyakannya la). Ia mesti bersangkut paut dengan pembuat kete tu sendiri. Tak kire lah Toyota ke Honda, Mercedes, BMW, PROTON dan lain-lain.

Ye la pembuat kereta ni kadang-kadang diorang da tau kete buatan mereka akan ada masalah. Tapi takkan diorang nak bagitau kan. Nanti tak laku plak model kete diorang.

Diorang pn sebenarnya da tau ape nak buat. So, kalau kete kita mengalami masalah cepat-cepat la bawak ke pusat servis tambah-tambah lagi kalau kete kite masih dalam warranty.

Haa..ape die Bugati Veyron?

Ni ha Bugati Veyron ni sebenarnya model kete termahal di dunia sekarang ni dengan nilai RM4.2 juta tapi baru-baru ni dikatakan ada model baru yang lebih mahal n Bugati Veyron telah pn jatuh ke tangga ke2 kete termahal di dunia…


Habis.



0 comments

Monday, May 30, 2011

Maskahwin Dinar, Bakal Isteri Pasti Suka..:D

Monday, May 30, 2011
Berapakah nilai maskahwin anda kepada isteri tercinta yang sekiranya sekarang berjumlah RM11,111.11, pada 20 tahun akan datang?

Tampak jumlahnya sungguh menarik bukan. Mungkin anda berasa bangga kerana jumlahnya adalah tinggi pada masa kini.

Pada 20 tahun akan datang nilai wang hantaran anda yang berjumlah RM11,111.11 itu mungkin nilainya hanyalah sama dengan RM1,111.00 sekarang. Jadi anda tidak lagi boleh berbangga pada masa itu dengan jumlah tersebut.

TETAPI, jika RM11,111.11 anda tukarkan sekarang dengan Dinar, anda akan mendapat 15 ½ Dinar (1 Dinar bersamaan RM716.00 – 30 Mei 2011). Anda jadikan ia sebagai maskahwin. Nilai 1 Dinar pada tahun hadapan dijangka akan meningkat kepada RM1000.00. Jadi pada masa itu nilai maskahwin anda sudah menjadi RM15,500.00 (15.5 Dinar X RM1000.00). 20 tahun akan datang anda kiralah sendiri. Isteri mana yang tak suka kan?

Apa tunggu lagi, dapatkan Dinar dan Dirham anda sekarang dan jadikan sebagai maskahwin sebelum harganya melonjak lagi..:)


0 comments

Makan Malam : Makan-Makan Tengah Malam

Buat julung-julung kalinya Kelantan Golden Trade mengadakan majlis makan malam bersama pengedar-pengedar Dinar dan Dirham Kerajaan Kelantan dan para penyokong-penyokong Dinar Dirham pada 25 Jamadilakhir 1432H bersamaan 29 Mei 2011.

Berlangsung di Hotel Renaissane Kota Bharu, kira-kira 120 pengedar-pengedar sah dan tetamu-tetamu kehormat diraikan pada majlis tersebut.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Ybhg Tn Hj Ir Mustafa Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), CEO Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Ybhg. Prof. Umar Ibrahim Vadillo (Gambar) dan Pengurusnya Pn. Nik Mahani Mohamad.

Pada malam tersebut pihak penganjur telah menhadiahkan sebanyak 10 Dirham kepada tetamu-tetamu yang Berjaya menjawab soalan-soalan kuiz ringkas.

Kebangkitan sistem kewangan Islam berasaskan Dinar dan Dirham kini telah pun bermula bahkan mula memasuki fasa kedua di Negeri Kelantan ini. Sama-samalah kita menjayakan agenda Ummah ini..

Kegunaan Dinar dan Dirham :

1.    Perdagangan Antarabangsa
2.    Jual beli
3.    Pembayaran gaji dan zakat
4.    Mas Kahwin
5.    Pelaburan
6.    Gadaian
7.    Simpanan
8.    Perhiasan
9.    Hadiah

Kelebihan Dinar dan Dirham :

1.    Kalis inflasi
2.    Tiada unsur riba
3.    Mudah dibawa
4.    Tidak mudah rosak
5.    Masih bernilai walaupun dikerat-kerat
6.    Diterima di seluruh dunia
7.    Mudah ditukar kepada wang kertas



0 comments

Sunday, May 29, 2011

Emas : Tak Kenal Maka Tak Cinta

Sunday, May 29, 2011
Siapa sangka zaman sekarang siapa sahaja boleh memiliki emas. Emas bukan lagi menjadi barang perhiasaan untuk golongan wanita sahaja. Tetapi kaum lelaki juga kini boleh memiliki emas.

Kalau kaum wanita mahukan emas sebagai bentuk barang perhiasan. Kaum lelaki pula mahukan emas untuk simpanan nilai ataupun kekayaan.

Dengan serendah RM716.00 pada hari ini anda boleh memiliki sekeping emas tulen dengan berat 4.25 gram ataupun 1 Dinar. Mampu bukan? Kini emas bukan lagi menjadi hakmilik golongan kaya sahaja.

Kenapa Emas?

Emas merupakan medium pelaburan yang terbaik untuk simpanan nilai wang anda. Ini kerana nilai emas dalam jangka masa panjang akan terus meningkat. 1 Dinar emas yang kini berharga RM716 pada hari ini tidak mustahil akan melonjak kepada harga RM1000.00 tahun hadapan. Pelaburan yang amat berbaloi jika anda membeli emas sekarang. 

Apa tunggu lagi, mulakan langkah pertama anda membeli emas. Anda pasti akan teruja....


0 comments
Related Posts with Thumbnails