Thursday, November 4, 2010

Musim Banjir Kembali

Thursday, November 4, 2010
Musim banjir sudah kembali. Seawal bulan November nampaknya agak awal banjir datang pada tahun ini. 

Walaupun banjir yang dah masuk hari ke tiga mulai surut, namun ianya baru fasa pertama. Mungkin sebagai tanda amaran untuk fasa-fasa seterusnya yang mungkin lebih besar.

Untuk fasa pertama ini agak bernasib baik kerana air hanya mencecah paras betis di halaman. Pun begitu, menyusuri jalan masuk ke kampung, air sungai telah memenuhi disepanjang jalan. Semua kenderaan ringan sudah tidak dapat melalui jalan masuk ke sini.

Di luar guruh sudah berdentum kembali dan langit mulai gelap seperti membawa hujan yang mahu dicurah untuk ke sekian kali. Setelah diberi dua hari yang agak cerah. Cukup untuk membuat persiapan apa-apa yang patut.

Mengambil pengalaman yang lepas. Dua bulan terakhir mengikut kalendar Masihi menjadi lumrah kedatangan musim banjir. Pengakhirannya boleh membawa kepada awal tahun berikutnya di bulan Januari.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails