SHAH ALAM, 18 Ogos (Bernama) -- Pakar Patologi Thai Dr Pornthip Rojanasunand berkata setiausaha politik Teoh Beng Hock tidak membunuh diri.
Katanya beliau berpendapat bahawa mangsa itu tidak membunuh diri setelah meneliti autopsi kedua ke atas mayat Teoh.
Beliau yang memberikan keterangan pada inkues kematian Teoh di sini pada Rabu, berkata bedah siasat itu juga tidak menunjukkan bahawa Teoh dipukul atau diseksa sebelum mangsa itu ditemui mati.
"Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa," tegas beliau.
Disoal oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar yang bertindak untuk kerajaan Selangor sama ada beliau masih mengekalkan keterangan sebelum ini bahawa 80 peratus adalah dibunuh dan 20 peratus bunuh diri, katanya penemuan keduanya adalah agak sukar untuk membuat keputusan seperti itu.
-- BERNAMA

0 comments:
Post a Comment