Tuesday, August 31, 2010

Nasib Si Tupai Perosak

Tuesday, August 31, 2010
Agak lama juga tangan ni tak shooting..em masih tepat rupanya. Akibatnya seekor tupai yang selalu duk makan buah-buahan jatuh ke tanah jua. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kali ni jatuh kerana terkena penangan peluru besi.

Untuk sementara waktu, selamatlah buah-buah nyior yang bertandan2 tu, xde lagi ditebuk tupai. Namun ahli keluarga si tupai ni masih ada lagi yang duk bersembunyi dalam semak samun.

Tunggu masa dan ketika semuanya keluar menyerang lagi buah-buah nyior muda yang ada di pohon tu..




0 comments

Monday, August 30, 2010

Muhasabah 10 Akhir Ramadhan

Monday, August 30, 2010
  1. Cukupkah sembahyang sunat terawih kita sepanjang 19 hari berlalu?
  2. Barapa Juzu' Al-Quran kita telah habiskan?..jika satu Juzu' sehari kita amalkan, sepatutnya telah 19 Juzu' kita patut habis baca.
  3. Berapa kali solat malam kita telah lakukan?
  4. Sembahyang berjemaah bagaimana pula? apakah tiada beza dengan bulan-bulan yang lain?
  5. Berapa banyak wang kita belanjakan untuk bersedekah/infak ke jalan Allah?
  6. Bersediakah kita menanti malam Lailatul Qadar yang dijanjikan oleh Allah ianya lebih baik dari seribu bulan.
Yang pastinya kita masih ada 10 hari-hari terakhir di bulan Ramadhan kali ini untuk memperbanyakkan amalan. Sama-samalah kita rebut peluang kali ini kerana belum tentu kita akan bertemu Ramadhan lagi di tahun hadapan...

0 comments

Friday, August 27, 2010

Imam Masjid al-Azhar kunjungi Qaryah Ramadhan

Friday, August 27, 2010
KOTA BHARU, 27 Ogos: Qaryah Ramadhan terus dikunjungi oleh tokoh terkenal yang menambah seri dan kemeriahan perkampungan Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke-IV.

Malam tadi, Qaryah Ramadhan menerima Syeikh Asyraf Hamed Hasani Al-Husaini, imam masjid terkenal di dunia, Masjid Al-Azhar yang mempunyai enam orang imam.

Beliau telah diberi penghormatan mengimamkan solat Isyak hampir 3 ribu jemaah yang memenuhi Qaryah Ramadhan di samping mengijazahkan sanad bacaan surah al-Fatihah kepada seluruh jemaah.

Hadir sama ialah Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi, finalis program realiti Imam Muda terbitan sebuah stesen televisyen.

Beliau dijemput oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk menjayakan program bersama remaja iaitu program Sepetang Di Ambang Iftor yang diadakan pada sebelah petang di pentas Qaryah Ramadhan.

Selepas dua salam solat tarawih, beliau telah memberi tazkirah yang antara lain menyentuh tentang permasalahan umat pada hari ini yang terlalu mengejar dunia sehingga melupakan persediaan untuk menuju ke akhirat.

Program di Qaryah Ramadhan malam tadi berakhir dengan persembahan bacaan Qiraatul Quran: 7 Bacaan oleh pelajar-pelajar dari Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Pulai Chondong.

Turut hadir, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan dan Datuk Ahmad Mahmud, Yang Dipertua MPKB-BRI.

-Harakahdaily

2 comments

Wednesday, August 25, 2010

Ketupat : Juadah Wajib Aidilfitri

Wednesday, August 25, 2010
Setiap kali tiba musim perayaan atau Hari Raya Aidilfitri, akan lahirlah pelbagai juadah yang menjadi menu-menu kebiasaan pada Hari Raya seperti lemang, ketupat, rendang dan sebagainya.

Juadah-juadah seperti ini begitu sinonim pada setiap kali Hari Raya aidilfitri dan cukup mengujakan tatkala menyediakannya walaupun sebenarnya ia juga terdapat pada bulan-bulan yang lain seperti lemang yang mudah didapati walaupun bukan di musim perayaan.

Paling menarik minat saya adalah ketupat yang diperbuat daripada daun kelapa. Telah menjadi kewajipan keluarga kami setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri, menyediakan ketupat daun kelapa sebagai hidangan pada Hari Raya.

Kebiasaannya 2 hari sebelum Hari Raya kami telah mula menyediakan perkara-perkara yang patut bagi membuat ketupat daun kelapa. Penyediaan bermula dengan mendapatkan daun kelapa yang sesuai untuk dijadikan sarang ketupat.


Daun kelapa yang dipilih perlulah daripada daun yang masih muda ataupun pucuk kelapa. Daun yang sudah tua atau kering tidak sesuai untuk membuat sarang ketupat kerana keras dan mudah rosak.

Kebanyakan daripada kami adik beradik mempunyai kemahiran menganyam ketupat. Jadi, kami semua saling membantu menyudahkan anyaman ketupat. Pada kebiasaannya kami menyediakan lebih kurang 30 – 40 biji ketupat, cukuplah untuk semua ahli keluarga dan untuk dihidangkan kepada tetamu-tetamu yang akan datang pada Hari Raya nanti.

Yang perempuan pula mulalah sibuk menyediakan rendang untuk dihidangkan bersama ketupat. Tidak sah kalau ketupat dihidangkan tanpa rendang ataupun paling tidak dimakan bersama sambal kelapa yang digoreng. Emm…sungguh menyelerakan.

Semoga Hari Raya kali ini kami dapat makan ketupat lagi......


0 comments

Tuesday, August 24, 2010

Ayat-Ayat Injil Menyerupai Tulisan Al-Quran

Tuesday, August 24, 2010

Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran ......
Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita.

Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..................
Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis
"Surah Injilu Matay "(Terus reject)
Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada
rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran.......TP sebenarNYA ayat Bible.

0 comments

Saturday, August 21, 2010

Kemalangan Sebagai Kaffarah Daripada Allah S.W.T

Saturday, August 21, 2010
Jangan kita menganggap segala macam musibah yang melanda kita merupakan bala semata-mata yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Sebaliknya berfikirlah secara bijaksana bahawasanya Allah megenakan musibah ke atas kita adalah sebagai kaffarah kerana kita ada melakukan maksiat kepadanya samada kita sedar ataupun tidak. Harini aku terlibat di dalam kemalangan yang mungkin tidak serius. Tapi ianya sudah cukup untuk mengajar diri ini bahawa kemalangan itu boleh berlaku pada bila-bila masa. Ianya cukup membuat aku terfikir akan kematian. Namun Alhamdulillah Allah masih sayangkan nyawa ini lalu diberikan sedikit kecederaan yang tidak berapa serius.

Mengingati kejadian tadi, aku membonceng motosikal yang ditunggang oleh adikku menuju ke Kota Bharu. Aku yang mengajaknya supaya menghantar aku ke Kota Bharu kerana hendak mengambil kereta yang ditinggalkan di sana. Dalam perjalanan tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang budak perempuan membelok ke kanan secara tiba-tiba. Kami yang mengekorinya dari belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal beliau. Kami rebah di atas jalan raya. Aku mengalami luka di lengan, lutut, pinggang dan kaki manakala adik cedera di lengan. Mud guard motosikal kami pecah dan perlu diganti baru Setelah keadaan terkawal kami buat keputusan meneruskan perjalanan ke Kota Bharu tapi terlebih dahulu menuju ke klinik untuk mendapat rawatan.

Jika direnung-renungkan mungkin diri ini telah melakukan sesuatu yang dimarahi oleh Allah S.W.T. Sebagai kaffarah aku dikenakan kemalangan tersebut. Alhamdulillah mungkin ini sedikit pengajaran supaya aku lebih mengingatiNYA.


0 comments

Terpromote la plak...


0 comments

Lawak Ramadhan By UMNO


0 comments

Kontroversi Khutbah Hanya Rekaan Umno

PETALING JAYA: PAS Pulau Pinang menyifatkan dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu hanya satu bentuk kekeliruan jahat yang direka oleh Umno.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa mendak, Umno sengaja menimbulkan isu berkenaan bagi mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam demi kepentingan politik parti itu.

"Memandangkan keadaan politik semasa di Pulau Pinang yang agak panas, isu ini sengaja dibuat bagi menimbulkan perasaan marah kepada Guan Eng.

"Kami percaya ini juga adalah taktik kotor yang digunakan oleh Umno untuk menimbulkan kebencian di kalangan orang Melayu terhadap Ketua Menteri itu," katanya kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

Beliau berkata dimikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata bahawa beberapa masjid di negeri itu dikesan menggantikan nama Tuanku Mizan kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Ahmad Zahid juga berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu.

Bagaimanapun Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mencabar Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

"Perkara ini bukan perkara main-main, kalau betul ia berlaku... mereka perlu berikan bukti dengan jelas," katanya.

- MStar.


0 comments

Friday, August 20, 2010

Mini Cooper Tetap Ada Peminat Tersendiri

Friday, August 20, 2010

Pagi tadi sempat gi hantar kereta untuk sedikit minor service, tukar minyak hitam dan tukar coolant yang telah agak lama tidak ku tukar. Total up semua skali habis RM65.00. Em..agak jimat lg tu. Sebabnya aku hantar kereta untuk servis kat tempat biasa kat rumah mekanik Perodua, nama dia Di(abe Di) di Salor. Telah beberapa tahun aku slalu hantar kereta untuk diservis dekat umah dia.

Sedang duk menunggu kereta siap diservis tiba-tiba terdengar bunyi deruman enjin kereta datang ke bangsal tempat kerja-kerja servis berjalan. Tup-tup tengok sebuah Mini Cooper berwarna Merah dan Putih parking dekat dengan kami.Apa lagi sebab jarang-jarang dapat tengok secara dekat, aku pi lah tilik-tilik kereta yang nampak cute ni..menarik...Kereta ni sebenarnya milik Dr. Roslan yang ada membuka sebuah klinik di Pasir Mas. Mungkin beliau amat berminat dengan kereta antik sebegini. Beliau telah menyerahkan kereta tersebut untuk sedikit touch up, nak tambah sedikit sticker katanya...

Dalam hati aku terfikir mungkin Dr. Roslan ni dah terlalu banyak duit dan tak tahu camne nak habiskan. So, dia beli sebuah Mini Cooper. Saiznya kecil saja, lagi kecil daripada Kancil, ntah selesa ke tidak duduk kat dalam tu. Kalau aku, daripada berhabis duit beli kereta jenis ni baik beli yang lagi besar dan mewah..haha taste tinggi tapi duit xde...Skg duk terfikir nak ambil SAGA je, harga pun ok, design pun ok la lagi-lagi kalu SE, ada sedikit kelainan....

0 comments

Thursday, August 19, 2010

Jadual Qaryah Ramadhan

Thursday, August 19, 2010

0 comments

Wednesday, August 18, 2010

Pakar Patologi Thai Menegaskan Teoh Tidak Bunuh Diri

Wednesday, August 18, 2010

SHAH ALAM, 18 Ogos (Bernama) -- Pakar Patologi Thai Dr Pornthip Rojanasunand berkata setiausaha politik Teoh Beng Hock tidak membunuh diri.

Katanya beliau berpendapat bahawa mangsa itu tidak membunuh diri setelah meneliti autopsi kedua ke atas mayat Teoh.

Beliau yang memberikan keterangan pada inkues kematian Teoh di sini pada Rabu, berkata bedah siasat itu juga tidak menunjukkan bahawa Teoh dipukul atau diseksa sebelum mangsa itu ditemui mati.Justify Full
"Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa," tegas beliau.

Disoal oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar yang bertindak untuk kerajaan Selangor sama ada beliau masih mengekalkan keterangan sebelum ini bahawa 80 peratus adalah dibunuh dan 20 peratus bunuh diri, katanya penemuan keduanya adalah agak sukar untuk membuat keputusan seperti itu.

-- BERNAMA

0 comments

Tuesday, August 17, 2010

Dinar Emas Satu Penyelesaian

Tuesday, August 17, 2010

Saya menyokong penuh langkah kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar Syariah baru-baru ini. Ternyata kerajaan Negeri Kelantan terkehadapan di dalam isu-isu melibatkan kepentingan masyarakat umum selari dengan motto Kelantan Menerajui Perubahan yang di tanam oleh Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pun begitu, telah terdapat suara-suara yang iri hati dengan langkah Kerajaan Negeri memperkenalkan Dinar Syariah tersebut dengan pelbagai alasan untuk menidakbolehkan perubahan tersebut. Seperti biasa Awang Agas(Awang Adek) lah yang menjadi antara orang pertama membantah langkah pembaikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri kelahirannya. Dalam kenyataan beliau antara lain menyebut Kerajaan Negeri tidak berhak untuk memperkenalkan matawang selain daripada bank Negara. Tindakan Kerajaan Negeri Kelantan ini dianggap telah membelakangkan Bank Negara sebagai satu badan yang sah untuk mengeluarkan matawang. Jawapan yang diberi oleh Exco Kelantan Dato' Husam Musa adalah mudah,' Kerajaan Negeri Kelantan bukanlah memperkenalkan satu bentuk matawang yang baru di negara ini dengan memperkenalkan Dinar Emas tetapi ianya hanya digunakan sebagai pertukaran barangan ataupun dikenali dengan sistem Barter. Ianya bergantung kepada pembeli dan penjual untuk menerima transaksi yang melibatkan medium tersebut.

Semalam seorang pembaca Utusan menulis dengan nada menyindir, Kerajaan Negeri telah memalsukan matawang dengan memperkenalkan Dinar Emas. Mana mungkin Dinar Emas disamakan dengan sindiket yang mengeluarkan matawang palsu. Tidak masuk akal langsung bagi mereka yang mempelajari ekonomi. Perbezaannya, note-note matawang palsu akan menambahkan jumlah ringgit dalam sistem monetary yang dikawal oleh bank negara. Ini akan menyebabkan lebihan ringgit seterusnya akan menjatuhkan nilainya. Dinar Emas pula tidak menyebabkan penambahan ringgit dalam sistem monetary kerana ianya adalah berbentuk emas fizikal.

Pembaca tersebut juga menyindir dengan menyatakan akan berlaku rompakan di rumah-rumah di Kelantan kerana perompak-perompak mahu mencari Dinar Emas. Paling sinis tuduhan pula beliau menyatakan bagaimana sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan bertukar tangan? Apakah kerajaan yang baru memerintah nanti akan mengiktiraf Dinar Emas?

Jawapannya mudah. Tahukah beliau bahawa Dinar Emas diperbuat daripada logam apa? Tentulah emas. Emas daripada dahulu kala lagi menjadi barang berharga yang sentiasa diinginkan oleh semua orang. Tidak ada satu kerajaan pun yang tidak mahukan emas. Justeru emas merupakan aset yang mudah dicairkan dengan ditukar kepada matawang. Tidak perlulah risau kerajaan nak iktiraf atau tidak.

Ironinya, Dinar Emas merupakan satu-satunya medium terbaik jika digunakan sebagai matawang kerana ia bebas daripada turun naik matawang berbanding matawang kertas sekarang yang bergantung kepada turun naik Dollar Amerika.



0 comments

Onar Indonesia: Nelayan Ditahan Ketika Di Perairan Negara

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Maklumat awal pihak berkuasa Malaysia mendapati tujuh nelayan tempatan yang ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia pada Jumaat lalu, tidak bersalah kerana masih berada dalam perairan negara ketika kejadian.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pekara itu disahkan sendiri beberapa menteri dan pegawai atasan Indonesia ketika pertemuannya dengan mereka semasa berkunjung ke Padang, Sumatera semalam.

“Selain itu, pihak berkuasa Indonesia juga mengakui, isu penangkapan berkenaan telah disensasikan oleh media mereka sendiri (Indonesia).

“Ketika kejadian, kita dimaklumkan bahawa semua nelayan Malaysia tersebut masih berada di perairan Kota Tinggi, Johor, sebelum dibawa ke perairan Indonesia oleh pihak berkuasa negara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa Bersama Media anjuran Kementerian Pertahanan di Hotel The Royale Chulan di sini hari ini.

Jumaat lalu, tujuh nelayan tempatan ditahan dan dipercayai dibawa ke perairan Indonesia oleh sebuah bot penguat kuasa perikanan negara itu ketika menangkap ikan di perairan Kota Tinggi, Johor.

Ahmad Zahid menjelaskan, beliau berada di Padang semalam bagi menghadiri majlis angkat sumpah Gabenor Sumatera Barat yang baru, Dr. Irwan Priyanto dan berkesempatan berbincang dengan beberapa menteri Indonesia berkenaan kejadian penahanan nelayan itu.

Beliau menegaskan, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dalam keadaan bersiap sedia bagi memastikan keselamatan nelayan tempatan yang menangkap ikan di perairan antarabangsa terutama di Selat Melaka dan sekitar Pulau Batam, Indonesia.

“Saya juga telah mengarahkan pasukan TLDM memantau dan memaklumkan mengenai sebarang pergerakan di sekitar kawasan tersebut dan pihak berkuasa kedua-dua negara dinasihatkan supaya tidak bertindak agresif demi menjaga hubungan baik kita,” katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia


0 comments

Monday, August 16, 2010

Rasai Kemeriahan Tarawih Di Qariah Ramadhan Kota Bharu

Monday, August 16, 2010
Berbaki dua puluh empat hari lagi, silalah berkungjung ke Qariah Ramadhan yang bertempat di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu. Ini kerana anda akan berpeluang merasai kemeriahan menunaikan solat Tarawih berjemaah bersama ribuan rakyat negeri ini yang sentiasa memenuhi Qariah tersebut pada setiap malam.

Program tahunan yang diadakan pada setiap bulan Ramadhan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan rakyat negeri Kelantan. Program bermula pada setiap hari seawal waktu waktu berbuka, solat Maghrib berjemaah diikuti solat Isya'. Kemuncaknya semua jemaah menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah. Pada tahun ini kerajaan telah menambah satu lagi acara iaitu majlis tilawah Al-Quran yang disertai oleh kakitangan kumpulan perkhidmatan awam yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Rakyat di negeri ini sungguh bertuah kerana berpeluang menunaikan solat berjemaah dengan diimamkan oleh qari jemputan khas. Ini kerana Kerajaan Negeri telah membawa 2 orang imam yang didatangkan khas daripada Mesir. Seorang imam merupakan tambahan seorang daripada mereka dimana hanya seorang imam sahaja dibawa pada tahun lepas. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan fasih dan bersemangat daripada imam-imam ini membuat keseluruhan jemaah tidak merasa jemu sedikit pun untuk menghabiskan lapan rakaat solat sunat Tarawih bahkan dengan sabar menunaikan penuh keseluruhan rakaat walaupun ayat-ayat yang dibaca oleh imam jemputan tersebut agak panjang.

Rebutlah dan rasailah peluang beribadat di bulan yang mulia ini dengan mengunjungi Qariah Ramadhan kerana anda pasti akan merasai kelainan berbanding ditempat lain. Semoga Allah akan memberi rahmat kepada kita dan menghapuskan segala dosa-dosa dan dihindarkan kita daripda seksa api neraka selama mana kita beramal terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

0 comments

0 comments

Saturday, August 14, 2010

Hukuman Mati Ke Atas Pesalah Buang Bayi

Saturday, August 14, 2010
Kejadian pembuangan bayi dewasa ini nampaknya tiada kesudahan. Berikutan itu telah ada yang mula memberi pendapat hukuman yang lebih berat patut dikenakan ke atas pesalah-pesalah pembuangan bayi. Hukuman mati dikatakan wajar dikenakan ke atas pesalah-pesalah ini kerana pembuangan bayi merupakan satu kesalahan jenayah yang berat.

Kesalahan membuang bayi samalah dengan kesalahan membunuh. Sekiranya kita betul-betul melaksanakan undang-undang Islam, hukuman bagi kesalahan membunuh adalah bunuh balas ataupun qisas. Hukuman berat seperti ini akan dapat memberi pengajaran kepada masyarakat, pelaku atau bakal pelaku bahkan ianya menepati ajaran Islam.

Keruntuhan moral di kalangan masyarakat dalam kes yang sebegini sebenarnya berpunca daripada sikap golongan muda yang mengamalkan budaya hidup bebas. Budaya zina telah menjadi penyakit yang menular di kalangan remaja. Akibat daripada perlakuan seks bebas, maka berlakulah remaja-remaja perempuan yang mengandung di luar nikah. Bagi menutup malu diri sendiri, mereka ini pula sanggup menggugurkan bayi mereka seterusnya dibuang tanpa ada rasa perikemanusiaan.

Hukuman berat dengan dijatuhkan hukuman mati sahaja yang nampaknya setimpal bagi penjenayah ini kerana mereka telah membunuh bayi yang lahir tidak berdosa. Semoga dengan perlaksanaan hukuman tersebut akan dapat mengurangkan kejadian seperti ini dimasa akan datang.

0 comments

Shift To Blogger

Assalamualaikum.......hari ini tergerak hati nak bertukar host plak dlm dunia blogger...sebelum ini saya menggunakan wordpress sebagai host utk blog saya www://demoloni.wordpress.com. telah banyak post yang saya telah publish kat blog tersebut.....semoga dengan blog kedua ini saya akan lebih banyak menulis bagi berkongsi apa saja berita-berita menarik dengan anda semua....

Sekian.

0 comments
Related Posts with Thumbnails