Tuesday, October 5, 2010

If You Ask Me...

Tuesday, October 5, 2010





If you sad and need someone to cheer up
I do...
If you feel lonely and need someone to accompany
I do...
If you feel afraid of any and need for help
I do...
If you feel lost and there is nobody to help
I do...
If there is nobody left for you to share with
I do...
If you have no one to eat with
I do...
If you have no one to take a drink with
I do...
If you ask me do I care of you?
I really do...
If you need someone to talk
I do...
If you want me to keep silent
I'll do...
If you have problems and need help
I do...
If you need someone to stay by your side
I do...
If you ask me either I want to live with you
I do...
If you ask me do I'll feel regret if one day I letting you go
I do...
If you ask me do I love you?
Yes, I do.
How much?
Indeed.........


0 comments

Monday, October 4, 2010

Menghayati Wudhuk Dengan Doa

Monday, October 4, 2010





[Dah lupa kat mana saya copy ni...credit to the blogger]

Perkongsian ringkas buat sahabat, semoga dapat berwudhuk dengan penghayatan. Doa senjata orang beriman, ayuh berusaha untuk beramal.

Untuk bacaan dalam tulisan Arab, boleh dirujuk buku-buku fiqh di pasaran.  
Bacaan doa dalam setiap gerakan wudhuk : 

Selepas membaca basmalah hendaklah membaca doa berwudhuk: 
“Ya Tuhan aku berlindung kepada Engkau daripada syaitan dan aku berlindung kepadaMu agar iblis tidak mendekatiku”. 

Kemudian pada waktu hendak membasuh telapak tangan, bacalah doanya sebagai berikut: 
Ya tuhan, aku memohon kepadaMu keuntungan dan berkat dan aku berlindung kepadaMu dari celaka dan kebinasaan”.
 
Pada waktu berkumur-kumur doanya: 
“Ya Tuhan berilah aku bantuan untuk selalu membaca kitabMu dan mengingat namaMu”. 

Pada waktu menghirup air sampai ke pangkal hidung dibaca doa: 
Ya Tuhan hembuskanlah kepadaku bau syurga dalam keredhaanMu”. 

Pada menghembuskan air keluar baca doanya: 
Ya Tuhan aku berlindung kepadaMu dari bau neraka dan dari masuk ke rumah buruk itu”. 

Pada waktu membasuh muka dibaca doanya: 
“Ya Tuhan, putihkanlah wajahku dengan cahayaMu, di hari wajah para WaliMu putih bercahaya-cahaya, dan janganlah dihitamkan wajahku degan kabut kegelapan di hari hitam menggelap wajah musuh-musuh Allah”. 

Pada waktu membasuh tangan kanan doanya: 
“Ya Tuhan, berikanlah kitabMu nanti dari kananku, dan kenakanlah daku perhitungan yang ringan”. 

Sedangkan pada waktu membasuh tangan kiri membaca: 
Ya Tuhan aku berlindung kepadaMu agar jangan kitabku diberikan dari kiri atau dari belakangku”. 

Pada waktu membasuh kepala bacalah doa: 
Ya Tuhan liputilah daku dengan rahmatMU, turunkanlan kepadaku berkatMu dan berilah aku naungan di bawah ‘arasyMu pada hari yang tak ada naungan kecuali naunganMu”. 

Ketika membasuh telinga baca doa berikut: 
Ya Tuhan, jadikanlah daku termasuk orang yang mendengar kata lalu mengikut yang terbaik. Ya Tuhan perdengarkanlah ke telingaku suara pemanggil ke Syurga beserta orang baik-baik”. 

Pada waktu menyapu/membasuh kaki kanan kita baca: 
Ya Tuhan, tetapkanlah kakiku ketika meniti Shiratal mustaqim pada hari, dimana banyak kaki tergelincir ke Neraka”. 

Kemudian ketika membasuh kaki kiri kita baca: 
“Ya Tuhan, aku berlindung kepadaMu semoga jangan tergelincir kakiku dari titian Shiratal mustaqim, pada hari dimana tergelincir kaki orang-orang munafik”. 
 



0 comments

Sunday, October 3, 2010

Sense Of Humor - A Good Therapy For Everyone

Sunday, October 3, 2010
Haha..lawak-lawak...ni nak kongsi skit ape yang sy jumpa masa tengah jalan-jalan dari blog ke blog tadi. Lawak jenaka yang selamba daripada Samy Vellu. Baik untuk kesihatan ni...untuk menegangkan urat-urat tengkuk anda kerana pasti anda akan tergelak-gelak sambil membaca satu ayat ke satu ayat daripada petikan bergambar di bawah. Jom baca...!!




0 comments

Saturday, October 2, 2010

I'm Thinking....

Saturday, October 2, 2010

0 comments

Friday, October 1, 2010

Sabarlah Diri...

Friday, October 1, 2010



Aku lelah menjalani hidup. mengatur langkah demi langkah. perjalanan dirasa semakin jauh. hadapannya kosong. sisinya sifar. belakangnya tiada. Apakah jalan yang kulalui ini salah. akan sampaikah aku ke destinasinya. atau aku telah pun tersilap memilih simpang yang tidak membawa kemana-mana.

Aku lelah mengejar bayang sendiri. mendakap emosi. menyantun diri. memujuk hati. tapi benarkah aku gembira. senang hati dan berlapang dada. tiada jawapan yang pasti.

Aku lelah menjaga hati. siapa jua yang aku temui. namun hati sendiri tiada yang sanggup berkongsi. Aku lelah lantas aku mahu menumpang di hentian ini. tetapi ruangnya tiada kosong lagi. Jalan yang kulalui ini semoga aku bertemu akhirnya nanti...


0 comments

Cinta Orang Perempuan Memerlukan ...



"Wahai manusia, Kami ciptakan kamu daripada lelaki dan wanita, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia dalam pandangan Allah di kalangan kamu ialah yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"

(Al-Hujurat :13)

Allah menjadikan setiap pasangan berlainan watak kerana ingin  saling lengkap melengkapi. Oleh itu, berusahalah untuk memahami perbezaan watak di antara lelaki dan wanita.

Cinta Orang Perempuan Memerlukan :

  1. Diendahkan
  2. Kefahaman
  3. Penghormatan
  4. Perhatian dan tumpuan
  5. Pengesahan
  6. Keyakinan
  7. Doa yang lebih khusus untuk keluarga dan rumahtangga.
  8. Sentiasa ingatkan keluarga apabila berjauhan

ffataah : gambar sekadar hiasan. xde kena-mengena dengan cerita Ketika Cinta Bertasbih, ingat nk edit n hilangkan tajuk cerita tu, tapi malas la plak...


0 comments

Monday, September 27, 2010

Sikap Perempuan yang diminati lelaki?

Monday, September 27, 2010

Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelaah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya.

Sesanda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.

Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.


Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak 'ganas' dalam bergaul.

Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.


> Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

> Suka dimanja.
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

> Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

> Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

> Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

>Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

> Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

> Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

> Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

> Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

> Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

> Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

> Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

> Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

> Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

> Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

> Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

> Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

> Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

> Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

> Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

> Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

> Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

> Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

> Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

> Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

Kredit - Zulinda Othman
             Riz'ley the shot

0 comments
Related Posts with Thumbnails