Thursday, September 2, 2010

Wahai Orang Yang Berselimut, Bangunlah!!

Thursday, September 2, 2010


1.  Hai orang yang berselimut (Muhammad),
2.  Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit  (daripadanya),
3.  (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit.
4.  Atau lebih dari seperdua itu. dan Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.
5.  Sesungguhnya kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat.
6.  Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
7.  Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).
8.  Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.


- Al-Muzzammil (1-8) 


0 comments

Kelantan Negeri Kaya : Sumber Air Mineral Ditemui Di Kelantan

JELI, 2 Sept: Biar pun kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, namun kekayaan hasil buminya masih mampu memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri. 
Buktinya, penemuan emas di perut bumi Kelantan di Sokor, Tanah Merah kini sedang  dimajukan syarikat dari China, CNMC Goldmine Limited dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Dan baru-baru ini pula sumber air air semula jadi (mineral) ditemui di Batu Melintang, Jeli. Ekoran penemuan tersebut syarikat Sihhat–Afiat Sdn Bhd (Sihhat) dengan usahasama Tabb Global Sdn Bhd dan Kelantan Utilities Mubarakan Holding Sdn Bhd akan membina kilang bagi mengeluarkan minuman tersebut.

Kilang terbabit akan mencatat satu lagi sejarah kerana ia merupakan industri pertama mengeluar, membotol dan membungkus air mineral semula jadi di Kelantan.
Pengerusi Lembaga Pengarah Sihhat, Datuk Husam Musa berkata, pemilihan tapak kilang air mineral semulajadi itu dibuat setelah mendapat nasihat pakar dari Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan dan pakar geologi dari Sihhat.

”Kilang yang akan dibina terletak di pinggir jalan utama menghubung Kelantan - Perak dijangka dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
”Pada peringkat awal dua telaga tiub telah dibina kedalaman tidak kurang 120 meter. Standard air mineral menepati kehendak jabatan berkaitan,” katanya di majlis perasmian pecah tanah pembinaan kilang air mineral di sini, semalam.

Perasmiannya dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh dan Adun Ayer Lanas, Abdullah Yakob.
Husam berkata, kerajaan melulus kawasan seluas 10 ekar bagi pembangunan industri pengeluaran air mineral terbabit.


ffataah : Rase sungguh bertuah jadi rakyat Kelantan dan menetap disini, negeri yang sentiasa dilimpahi rahmat di bawah kepimpinan ulama'.


0 comments

GPMS buat laporan polis Facebook 'Melayu Babi'

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Selangor (GPMS) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, hari ini berhubung kewujudan satu laman sosial 'Facebook' yang menggunakan nama 'Melayu Babi'.

Pengerusinya Mohd Faizal Mohd Salleh berkata beliau dimaklumkan tentang laman itu oleh rakannya pada Sabtu lalu dan kemudian melihat sendiri kandungan itu.

"Laman itu menggunakan gambar babi. Ternyata mempersendakan Islam dan sensitiviti orang Melayu yang boleh membawa perpecahan kaum di negara ini serta berbaur hasutan," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis itu.

Sehubungan itu, beliau meminta polis dan kerajaan segera menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya termasuk menimbangkan pelucutan hak kewarganegaraan.

Sementara itu, Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional membuat laporan polis di IPD sama untuk meminta polis menyiasat klip video berbaur perkauman yang dihasilkan Wee Meng Chee atau Namewee.

Ketuanya Safarizul Mustafa berkata polis perlu mengambil tindakan sewajarnya walaupun Namewee menyatakan dia menyokong gagasan 1Malaysia.

"Kalau betul dia menyokong gagasan 1Malaysia, dia tidak akan membuat klip video seperti itu kerana ia tidak menghormati perasaan orang lain, Melayu khususnya," katanya.

Namewee, dari Muar, Johor seperti yang disiarkan dalam laman web YouTube, membuat klip video berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 Ogos lalu.

Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

Namewee pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan menerusi sebuah klip video pada 2007.

- Bernama

ffataah : Jangan beri muka kepada golongan sebegini. Kalau ISA tu betul, kenapa tidak dikenakan ke atas mereka. Atau lucutkan sahaja kerakyatan satu tindakan yang mungkin bijak.


0 comments

Wednesday, September 1, 2010

Mobil 1.3 SE

Wednesday, September 1, 2010
Seminggu sudah kaki ini menekan pedal minyak Saga 1.3 SE. Rasa lebih selesa tika memandu dengan laju kerana tidak ada rasa goyang-goyang berbanding dengan Perodua sebelum ini dan yang penting lagi laju dari Kancil standard tu. 

Ketika membelok pun rasa lebih senang, tidak lagi rasa badan ini nk melentok. Pun begitu performance ketika perlahan dirasakan Perodua lebih menyerlah kerana aku suka memotong. Kalau Perodua tu laju je aku bawak. Ketika memotong senang je, rasa macam si KAncil tu melompat-lompat pun ada. 

Semua kenderaan yang ada kat depan tu alamatnya akan ku tinggalkan jauh ke belakang. Lepas ni harapnya xde lagi keserabutan yang melanda fikiranku. Telah ku abadikan ianya bersama...??




ffataah : 5570...???



0 comments

Kerana Cinta




BBB (Laudya Cinthia Bella) - Karena Cinta

Tlah kutemui banyak cinta
Di hati ini datang dan pergi
Selimuti kisahku yg biru
Yg dalam di hati

Biar kurentangkan cintaku
Menariku di atas senduku
Sendirinya aku tak berkasih
Yg dalam di hati

Reff:
Karna cinta aku jadi sepi
Karna cinta aku jadi riang
Karna cinta aku jadi pilu
Karna cinta kini ku sendiri
Karna cinta pelangiku hilang
Karna cinta matahari pergi
Namun ku yakin dalam hatiku
Cintaku tak boleh membunuhku

Tlah kutemui banyak cinta
Di hati ini datang dan pergi
Selimuti kisahku yg biru
Yg dalam di hati

Biar kurentangkan cintaku
Menariku di atas senduku
Sendirinya aku tak berkasih
Yg dalam di hati

Repeat reff

ffataah : suke dgr lagu ni. mendayu-dayu...atau mgkin terkena batg hidung sndri..erk!!!


0 comments

Tuesday, August 31, 2010

Nasib Si Tupai Perosak

Tuesday, August 31, 2010
Agak lama juga tangan ni tak shooting..em masih tepat rupanya. Akibatnya seekor tupai yang selalu duk makan buah-buahan jatuh ke tanah jua. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kali ni jatuh kerana terkena penangan peluru besi.

Untuk sementara waktu, selamatlah buah-buah nyior yang bertandan2 tu, xde lagi ditebuk tupai. Namun ahli keluarga si tupai ni masih ada lagi yang duk bersembunyi dalam semak samun.

Tunggu masa dan ketika semuanya keluar menyerang lagi buah-buah nyior muda yang ada di pohon tu..




0 comments

Monday, August 30, 2010

Muhasabah 10 Akhir Ramadhan

Monday, August 30, 2010
  1. Cukupkah sembahyang sunat terawih kita sepanjang 19 hari berlalu?
  2. Barapa Juzu' Al-Quran kita telah habiskan?..jika satu Juzu' sehari kita amalkan, sepatutnya telah 19 Juzu' kita patut habis baca.
  3. Berapa kali solat malam kita telah lakukan?
  4. Sembahyang berjemaah bagaimana pula? apakah tiada beza dengan bulan-bulan yang lain?
  5. Berapa banyak wang kita belanjakan untuk bersedekah/infak ke jalan Allah?
  6. Bersediakah kita menanti malam Lailatul Qadar yang dijanjikan oleh Allah ianya lebih baik dari seribu bulan.
Yang pastinya kita masih ada 10 hari-hari terakhir di bulan Ramadhan kali ini untuk memperbanyakkan amalan. Sama-samalah kita rebut peluang kali ini kerana belum tentu kita akan bertemu Ramadhan lagi di tahun hadapan...

0 comments
Related Posts with Thumbnails