Published with Blogger-droid v2.0.4
Monday, September 10, 2012
Wednesday, April 4, 2012
Preve Model Baru Proton
Posted by ffataah at 5:09 PM Wednesday, April 4, 2012PUTRAJAYA - Teka teki nama sebenar model kereta terbaru Proton akhirnya terjawab apabila Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan Proton Preve sebagai model terbaru keluarannya yang selama ini menggunakan kod P3-21A.
Nama Preve yang diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) ini membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, nama tersebut juga adalah seiring dengan hasrat Proton untuk membawa Proton Preve ke peringkat global.
“Jika ingin ke peringkat global, nama yang dipilih juga haruslah sesuai dan bersifat antarabangsa. Justeru itu, kami memilih Preve bagi membuktikan ianya lebih bermakna,”katanya selepas majlis pandu uji Proton Preve bersama media disini, hari ini.
Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Proton Preve disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta tambahan.
Menggunakan enjin 1.6 Liter, dan teknologi RESS (kejuruteraan boleh dipercayai dan sistem keselamatan) yang akan memastikan pemanduan dan pengendalian yang cemerlang, model ini turut direka bagi mencapai standard kualiti seperti Jepun.
Didatangkan dengan tiga varian pada harga bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000, dan enam pilihan warna, Proton Preve akan dilancarkan sedikit masa lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, Proton Preve akan mula memasuki pasaran Asia dalam tempoh tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia dan menyasarkan jumlah eksport menyumbang lebih 30 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan model Proton untuk tahun ini.
0 comments
Wednesday, March 14, 2012
test
Posted by ffataah at 12:58 PM Wednesday, March 14, 2012Test
Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments
Tuesday, February 28, 2012
Menara Sireh Bakal Dimajukan
Posted by ffataah at 11:21 AM Tuesday, February 28, 2012KOTA BHARU - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Kelkon Sdn Bhd dan Ara Asa Property Management Sdn Bhd menandatangani perjanjian usaha sama bagi memajukan Menara Sireh.
Pengurus Besar Kelkon, Jawahir Dollah, berkata, Menara Sireh adalah hotel dan apartmen setinggi 30 tingkat yang terletak di Kampung Sireh, di sini.
“Pembangunan komersil 30 tingkat ini bernilai RM100 juta dan majlis pecah tanah akan dimulakan pada pertengahan tahun ini dan projek ini turut mengambil pelabur dari Kuala Lumpur.
“Ia dijangka dijangka siap pada 2015 dan perjanjian usaha sama dengan rakan niaga baru ini diharap dapat membantu memacu pembangunan dan ekonomi di Kelantan,” katanya selepas majlis tandatangan perjanjian usaha sama yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Kumpulan Kelkon, di sini.
Pada majlis itu, perjanjian berkenaan ditandatangani wakil Ara Asa Property Managemnet Sdn Bhd, Ng Wai Boon, wakil PKINK, Sabri Abdullah dan wakil Kelkon Sdn Bhd (anak syarikat PKINK Sdn Bhd), Jawahir Dollah dan turut hadir, Pengerusi Kelkon, Wan Ismail Wan Jusoh.
Jawahir berkata, melalui projek berkenaan, ia mampu menarik pelabur luar dan selepas ini, lebih banyak projek pembangunan akan menyusul untuk membangunkan Kelantan.
“Kami tidak menafikan masih ramai pelabur luar yang ingin melabur di negeri ini dan kami bersyukur kerana apabila mendapat peluang ini, mereka terus mengambilnya,” katanya.
Katanya, dengan perjanjian usaha sama tersebut, ketiga-tiga pihak mengharapkan pembangunan ekonomi di negeri ini dapat dijalankan dengan baik.
Pengurus Besar Kelkon, Jawahir Dollah, berkata, Menara Sireh adalah hotel dan apartmen setinggi 30 tingkat yang terletak di Kampung Sireh, di sini.
“Pembangunan komersil 30 tingkat ini bernilai RM100 juta dan majlis pecah tanah akan dimulakan pada pertengahan tahun ini dan projek ini turut mengambil pelabur dari Kuala Lumpur.
“Ia dijangka dijangka siap pada 2015 dan perjanjian usaha sama dengan rakan niaga baru ini diharap dapat membantu memacu pembangunan dan ekonomi di Kelantan,” katanya selepas majlis tandatangan perjanjian usaha sama yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Kumpulan Kelkon, di sini.
Pada majlis itu, perjanjian berkenaan ditandatangani wakil Ara Asa Property Managemnet Sdn Bhd, Ng Wai Boon, wakil PKINK, Sabri Abdullah dan wakil Kelkon Sdn Bhd (anak syarikat PKINK Sdn Bhd), Jawahir Dollah dan turut hadir, Pengerusi Kelkon, Wan Ismail Wan Jusoh.
Jawahir berkata, melalui projek berkenaan, ia mampu menarik pelabur luar dan selepas ini, lebih banyak projek pembangunan akan menyusul untuk membangunkan Kelantan.
“Kami tidak menafikan masih ramai pelabur luar yang ingin melabur di negeri ini dan kami bersyukur kerana apabila mendapat peluang ini, mereka terus mengambilnya,” katanya.
Katanya, dengan perjanjian usaha sama tersebut, ketiga-tiga pihak mengharapkan pembangunan ekonomi di negeri ini dapat dijalankan dengan baik.
Sumber : Sinar Harian
Labels: Kelkon, Menara Sireh, PKINK 0 comments
Monday, February 27, 2012
KELKON Tetap Berdaya Saing Sepanjang Tempoh Berakhir 2011
Posted by ffataah at 11:01 AM Monday, February 27, 2012Pada tahun 2011, Kelkon, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mencatatkan anggaran keuntungan daripada keseluruhan aktiviti berjumlah RM1.2 juta. Keuntungan tersebut diperoleh hasil dari sumbangan aktiviti pembinaan projek-projek dan operasi Kelmix, anak syarikat milik penuh Kelkon yang bernilai RM38 juta. Dalam tempoh tersebut, Kelkon giat menjalankan pembinaan 10 buah projek yang terdiri daripada sebagaimana berikut :
1. Jalanraya Bertingkat Pasir Mas
2. SMK Sungai Petai
3. SMK Badang
4. Jambatan Pengkalan Cina
5. SK Che Latiff
6. Bangunan pejabat Wakaf Bharu
7. Dewan Serbaguna Pas Bachok
8. Banglo Ulu Sat Machang
9. Bangunan Pejabat MD Jeli
10. Jalanraya Bertingkat Pasir Mas (Fasa II).
Kelkon telah berjaya menyiapkan separuh daripada projek-projek yang dijalankan sepanjang tempoh 2011. Di antaranya, Bangunan Pejabat Pas Kawasan Wakaf Bharu, selain daripada kerja-kerja yang ditangguhkan, projek ini siap sepenuhnya pada 16 Julai 2011. Projek Jalanraya Bertingkat Pasir Mas pula di antara projek yang berskala besar telah berjaya disiapkan iaitu pada 28 Ogos 2011. Tiga buah projek sekolah juga telah berjaya disiapkan dalam tahun 2011 iaitu Sek. Men. Badang, Bangunan Tambahan Sek. Keb. Che Latiff, dan Sek. Men. Keb. Sungai Petai, iaitu masing-masing pada 5 Oktober, 30 November dan 18 Disember 2011.
![]() |
| Jalan Bertingkat Pasir Mas |
Hasil daripada penyiapan projek Jalanraya Bertingkat Pasir Mas, Kelkon telah berjaya mendapat kepercayaan untuk melaksanakan Fasa II bagi projek tersebut yang melibatkan jalanraya susur keluar dari Pasir Mas ke Meranti. Projek tersebut bernilai RM4.8 juta telah pun dimulakan pada 1 Oktober 2011 dan dijangka siap pada 30 September 2012.
Sepanjang tahun 2011, Kelkon sentiasa giat mencari lokasi-lokasi yang berpotensi untuk dimajukan di seluruh Kelantan. Terbaharu, Kelkon telah menjadi ”project initiator” kepada projek pembinaan Menara Sireh setinggi 30 tingkat yang terletak di kawasan Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Kelkon melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menandatangani perjanjian usahasama dengan ARA ASA Property Development bagi menjayakan projek tersebut. Menara Sireh dijangka akan dimulakan pembinaanya pada pertengahan tahun 2012.
Labels: Kelkon, Kelmix, PKINK 0 comments
Thursday, February 9, 2012
JOM TENGOK DRAMA "49 DAY"....
Posted by ffataah at 6:19 PM Thursday, February 9, 20120 comments
Monday, January 16, 2012
Cara Ketua Polis Kelantan Menangani Rakyat Tempatan Ke Mundok Tidak Ekonomik & Merugikan
Posted by ffataah at 5:55 PM Monday, January 16, 2012Dari sudut potensi pelancongan, Bukit Lata boleh dibangunkan menjadi satu pusat ekonomi dengan kehadiran pelancong-pelancong dari luar. Secara faktanya Bukit Lata sudah mula dikenali oleh masyarakat luar dan kini sudah mula berkembang.
Negeri Kelantan kini telah hilang satu daripada eko-pelancongan terpenting iaitu daerah Bukit Lata yang bersempadan dengan Mundok, Thailand yang terkenal sebagai tempat membeli belah.
Pengumuman Ketua Polis Kelantan beberapa minggu lepas tentang larangan ke Mundok melalui Bukit Lata agak tidak ekonomik dan merugikan.
Bayangkan kawasan Bukit Lata yang sebelum ini menerima ratusan pelancong malahan ribuan setiap minggu kini sudah lengang ekoran daripada ancaman ancaman Ketua Polis Kelantan untuk mengenakan kompaun sebanyak RM10,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali kepada mereka yang ingkar.
Rakyat setempat yang terdiri daripada golongan peniaga dan pengusaha bot penumpang kini telah hilang punca pendapatan.
Ketika Bukit Lata mula menampakkan potensi satu daerah pelancongan yang dapat dikembangkan, Ketua Polis Kelantan dengan kuasanya telah mengeluarkan arahan menghalang rakyat tempatan daripada melakukan aktiviti harian mereka.
Ketua Polis Kelantan dengan kuasa yang ada sepatutnya mengangkat kepada pihak berwajib supaya menyediakan kemudahan yang sewajarnya.
Jika dikatakan mereka yang menyeberangi sungai Golok untuk ke Mundok adalah tidak sah, wujudkanlah satu kompleks imigresen atau pos sementara bagi mendokumenkan mereka yang keluar masuk. Caranya tentulah ada. Jika Ketua Polis Kelantan seorang yang bijak, beliau tentu dapat memikirkannya.
Jika aktiviti bot tambang dikatakan tidak selamat, kuatkuasakanlah penggunaan lessen-lesen bot penumpang kepada mereka agar mereka mematuhi aspek keselamatan seperti menyediakan jaket keselamatan dan tidak mengambil penumpang secara berlebihan.
Kenapa Ketua Polis Kelantan cepat melatah? Apakah beliau merasakan keadaan sudah tidak dapat dikawal?
Bayangkanlah, rakyat setempat ada yang mempunyai keluarga hanya diseberang Mundok. Untuk pergi ke laluan Rantau Panjang, Pengakalan Kubor, Tumpat dan Bukit Bunga, Tanah Merah adalah sangat jauh dan tidak efektif.
Saya percaya Kerajaan Thailand adalah terbuka dalam permasalahan ini. Apa pun masalah yang mungkin timbul, sudak pasti pihak atasan kedua-dua buah Negara boleh duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Dari sudut potensi pelancongan, Bukit Lata boleh dibangunkan menjadi satu pusat ekonomi dengan kehadiran pelancong-pelancong dari luar. Secara faktanya Bukit Lata sudah mula dikenali oleh masyarakat luar dan kini sudah mula berkembang.
Kerajaan boleh mewujudkan satu Kompleks Perniagaan di kawasan Bukit Lata yang berhampiran dengan Mundok. Galakkan kepada peniaga-peniaga tempatan untuk berniaga di sana. Barangan yang ditawarkan mestilah standing dengan barangan yang ada di Mundok. Sudah pasti Bukit Lata akan berkembang menjadi pusat pelancongan kerana pengunjung-pengunjung sudah pun tersedia ada pada setiap hujung minggu malahan setiap hari. Dalam jangka masa panjang tidak mustahil Bukit Lata pula yang akan lebih dikenali oleh warga Thailand. Diketahui bahawa rakyat Thailand lebih mempercayai produk-produk buatan Malaysia terutamanya makanan yang lebih berkualiti dan lebih terjamin status halalnya.
Hasilnya akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi penduduk setempat dan akan wujud satu peluang pekerjaan bagi penduduk manakala Kerajaan Negeri pula akan memperoleh pendapatan hasil daripada kegiatan ekonomi penduduk Bukit Lata.
Tindakan menghalang rakyat tempatan daripada terus ke Mundok ternyata satu tindakan mengejut yang boleh mematikan kegiatan ekonomi rakyat Kelantan dan ternyata amat merugikan.
0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Aktiviti (1)
- Al-Kulliyyah (1)
- Alat jimat Minyak (2)
- Anak Tupai (1)
- Baitul Izzah - Langit dunia (1)
- Bunga api (1)
- Dato' Hassan Din Al-Hafiz (1)
- Facebook 'Melayu Babi' (1)
- GPMS (1)
- Guang Eng (1)
- Hari Raya Aidilfitri (3)
- Imam Masjid Al-Azhar (1)
- Imam Muda (1)
- Kelkon (2)
- Kelmix (1)
- Ketupat Daun Kelapa (2)
- Ketupat Nasi (1)
- Khutbah Jumaat (1)
- Lailatul Qadar (1)
- Luh Mahfuz (1)
- Max Power Controller (2)
- Menara Sireh (1)
- Mercun (1)
- MPC (2)
- Namewee (1)
- PKINK (2)
- Politik (1)
- Price list (1)
- Proton (1)
- Proton Inspira (1)
- Qaryah Ramadhan (1)
- Ramadhan (2)
- Semasa (1)
- Sentimen (1)
- Syeikh Asyraf Hamed Hasani Al-Husaini (1)
- tanda-tanda malam Lailatul Qadar (1)
- Tembak (1)
- Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi (1)
- Wee Meng Chee (1)








