Wednesday, October 5, 2011

Dewan Perniagaan Thailand Berminat Dengan Mata Wang Syariah

Wednesday, October 5, 2011
KOTA BHARU - Kejayaan Kelantan memperkenalkan mata wang Dinar dan Dirham turut menarik minat Dewan Perniagaan Thailan untuk diperluaskan ke negara berkenaan.

Naib pengerusinya, Niyom Wairatpanij berkata, penggunaan Dinar dan Dirham boleh diperkenalkan di Thailand kerana ia mampu menjana keuntungan besar ekoran kekukuhan pasaran emas.


"Kami akan mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan bidang pelaburan tersebut daripada kerajaan Kelantan" katanya pada dialog mengenai peluang pelaburan di Kelantan di Bilik Gerakan Negeri baru-baru ini.
Hadir sama pada program itu Pengerusi J/K Perancangan Ekonomi Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Kelantan, Dato' Haji Husam Musa.

Gelegasi Dewan Perniagaan Thailand terdiri daripada usahawan dalam bidang automotif, perhotelan, perladangan dan aksesori kenderaan. Mereka mewakili 28 persatuan perniagaan dari wilayah Narathiwat, Yala, Pattani dan Satun. Rombongan berkenaan diketuai Konsul General Thai di Kota Bharu, Suraphon Petch-Vra.

Niyom juga menyatakan pihaknya tertarik dengan perkembangan pertanian organik di Kelantan yang dibangunkan di bendang Tunjung.

Pada dialog itu juga ada wakil persatuan usahawan Thailand berminat mengetahui jenis pasir yang boleh dibekalkan ke negara itu untuk menghasilkan barang-barang kaca.

Sebelum itu Husam berkata, penggunaan  Dinar dan Dirham boleh diperluaskan ke Thailand memandangkan mata wang emas dan perak lebih stabil tanpa dapat digugat manipulasi mata wang.

"Pihak Kelantan Gold Trade yang diwakili Prof Umar Vadillo dan Nik Mahani sehingga kini dijemput ke suluruh negara bagi menjelaskan kelebihan Dinar dan Dirham.

"Malah pada satu persidangan kewangan di Utah, Amerika Syarikat mereka dijemput membentangkan penggunaan Dinar dan Dirham yang diadakan di Universiti Utah" kata beliau.

Menurutnya juga penanaman padi organik yang dimulakan sejak 2007 oleh Syarikat Sunah Tani Sdn Bhd di Baruh Tunjung mendapat permintaan tinggi termasuk syarikat perngeluar beras dan makanan asas bayi.
Kata beliau pada peringkat awal seluas empat ekar ditanam padi organik dan sekarang meningkat kepada 12 ekar.

Husam juga berkata, Kerajaan Kelantan akan membangunkan Cheng Ho City di kawasan seluas 500 ekar di Rantau Panjang.

"Tahun lepas kita berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho dan tahun hadapan Ekspo Cheng Ho akan diadakan kali kedua. Program itu dijadikan acara dwitahunan", katanya.

Sumber : Harakah





0 comments

Sunday, October 2, 2011

Abandon ‘me’

Sunday, October 2, 2011

Till now only in my dream
U come so I can see ur face
Little me, solitary breathing
Since u’re no longer aside

Abandon ‘me’
Missing u, thing I could never stop
Pity me, they may thought
Though, I would be as me

Truthfully, I don’t want this
Abandon ‘me’
Is it the end?
Let’s us are not here..~
To do happy once u go?
No, I don’t…




0 comments

Tuesday, September 27, 2011

Kenalpasti Kos Tersembunyi Harga Emas

Tuesday, September 27, 2011
Produk Public Gold
Daripada pemerhatian dan perbandingan yang saya buat, kebanyakan produk-produk emas adalah berbeza dari segi harga walaupun pada hakikatnya mereka adalah sama jenis, tambahan pula emas sepatutnya dinilaikan berdasarkan berat fizikal emas itu sendiri.

Bagi menjelaskan perkara ini, diberikan contoh harga satu (1) dinar Public Gold pada 27 September 2011 bernilai RM751.00, manakala harga satu (1) dinar bagi Dinar Kelantan bernilai RM781.00 pada hari yang sama. Perbezaan harga di antara kedua-duanya adalah sebanyak RM30.00. Sedangkan emas bagi kedua-duanya adalah mempunyai ketulenan yang hampir sama, 916 bagi Public Gold dan 917 bagi Dinar Kelantan. Manakala berat kedua-duanya adalah sama iaitu 4.25 gram.

Harga emas dunia pada hari tersebut pula adalah RM167.53 bagi satu (1) gram. Jadi harga sepatutnya satu (1) dinar adalah RM712.00. Perbezaan boleh dilihat dalam jadual berikut :

* Perbezaan harga emas pada 27 September 2011.
BIL
PRODUK
HARGA
1.
1 Dinar Public Gold
RM751.00
2.
1 Dinar Kelantan
RM781.00
3.
Harga Emas Dunia Bagi 4.25 gram (1 Dinar)
RM712.00

Disinilah terdapatnya kos tersembunyi di dalam harga emas. Perbezaan kos ini jelas dapat dilihat dalam contoh di atas. Kos tersembunyi ini tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan kos yang terdiri daripada :

                                             i.            Kos pengeluaran emas
                                           ii.            Kos pengangkutan
                                          iii.            Produk sampingan emas (sijil, cover, laminating, casing, dll.)
                                         iv.            Rekabentuk
                                           v.            Servis kos
                                         vi.            Margin keuntungan pengedar emas

Gold Mining
Produk Public Gold adalah lebih murah berbanding Dinar Kelantan kerana Public Gold mempunyai kilang pengeluaran emas sendiri. Manakala Dinar Kelantan ditempa di Dubai, justeru ia memerlukan kos yang agak tinggi. Kos-kos ini telah mempengaruhi harga emas mereka.

Bagi pelabur-pelabur emas, adalah penting untuk mengenalpasti kos tersembunyi ini bagi mengetahui harga sebenar sesuatu produk emas seterusnya bagi membuat perkiraan untuk memaksimumkan keuntungan yang akan diperoleh daripada sesuatu produk emas yang ditawarkan dan juga bagi mempelbagaikan pilihan portfolio pelaburan emas mereka.




0 comments

Monday, September 26, 2011

Harga Dinar Kelantan Ogos - September 2011

Monday, September 26, 2011

Harga emas untuk tempoh sekarang agak tidak stabil. Justeru pelabur-pelabur emas perlu berhati-hati samada ketika membeli ataupun menjual emas untuk tempoh sekarang. Jika tersilap perkiraan, tindakan boleh menyebabkan kerugian jangka pendek.




0 comments

Thursday, September 22, 2011

Pelaburan Emas Vs ASB

Thursday, September 22, 2011
"Di Malaysia tidak ramai menyedari kelebihan-kelebihan melabur dalam emas ini. Apa yang sering kita nampak adalah ASB (Amanah Saham Bumiputra) salah satu daripada cara untuk kita menambahkan aset kita. Tetapi kita tidak tahu emas juga memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada ASB."
(Abd. Hafiz Wasa, penulis ebook ; Emas-Emas Yang Hilang )





0 comments

Monday, September 19, 2011

Photo Story

Monday, September 19, 2011









0 comments

Friday, September 16, 2011

Kelkon Berjaya Siapkan Laluan Bertingkat Bandar Pasir Mas

Friday, September 16, 2011
Berita dipetik daripada Gegarkelantan.net.

Penyelia Projek Kelkon ( Zailani ) memberi taklimat kepada exco negeri
PASIR MAS, 24 Ogos - Keresahan pengguna laluan Pasir Mas ke Meranti di musim perayaan kali ini akan berakhir setelah pembinaan laluan bertingkat melintasi landasan keretapi akan dapat digunakan sepenuhnya awal minggu depan.

Laluan yang dibina dengan melibatkan kos RM15.5 juta tersebut kini sedang dalam perngkat akhir penurapan tar dan pemasangan garisan tepian jalan tersebut.

Tinjauan wartawan gegarkelantan.net bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya,Utiliti dan Alam Sekitar Datuk Mej(B) Md Anizam Abdul Rahman semalam mendapati kerja kerja sedang giat dijalankan dan ia dilaksanakan 24jam bagi memastikan dapat digunakan di musim perayaan kali ini.

Exco negeri meninjau sendiri kerja-kerja penurapan Laluan Bertingkat di Pasir Mas
“ Alhamdulillah, sehingga kini, dengan adanya laluan pintas ini, pengguna dari Tanah Merah atau daerah lain tidak perlu lagi memasuki Bandar Pasir Mas untuk ke Rantau Panjang, Meranti, Tumpat maupun Wakaf Bharu kerana mereka boleh menggunakan laluan ini dan walaupun laluan di fasa kedua masih lagi dalam proses penambunan tanah, namun ia sedikit sebanyak telah boleh atasi kesesakan dalam Bandar Pasir Mas di musim perayaan ini” kata beliau.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan tersebut Penyelia Projek Kelkon Sdn Bhd Mohd Zailani Shafiin.

0 comments
Related Posts with Thumbnails