Sunday, October 10, 2010

Aku Orang Pasir Mas...

Sunday, October 10, 2010



Pusat Komersial Baru Pasir Mas Bakal Dibina

KOTA BHARU - Selaras dengan pertumbuhan sosioekonomi negara, satu projek pembangunan komersial baru, akan dibangunkan di daerah Pasir Mas bagi mengembalikan semula perniagaan dan potensi komersial di daerah berkenaan.

Projek Bandar Tasek Raja bernilai RM151 juta itu adalah projek usaha sama kerajaan Kelantan dan Eastern Biscuit Factory Sdn Bhd (EFB dan EBF Land Sdn Bhd, kedua-duanya anak syarikat Furqan Business Organisation Berhad (FBO Berhad).

Pengarah Urusan EBF, Datuk Tan Kok Hwa berkata, projek pembangunan berprestij itu yang dimulakan beberapa bulan lepas di tapak seluas 12.4 hektar, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun akan datang.

”Projek pembangunan Bandar Tasek Raja terletak di lokasi yang strategik kira-kira dua kilometer dari bandar Pasir Mas, 20 kilometer dari Rantau Panjang dan hanya 19 kilometer dari Kota Bharu.

”Projek pembangunan bandar ini merangkumi pembinaan 266 unit lot kedai moden dengan reka bentuk unik (dari satu tingkat hingga tiga tingkat), pasar besar dan terminal bas dan teksi. Projek ini dijangka mempunyai nilai pembangunan kasar lebih RM150 juta,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, projek itu menjanjikan kelebihan tersendiri iaitu membantu mengembalikan semula kegemilangan bandar Pasir Mas, bandar yang diperakui sebagai bandar kedua terbesar di Kelantan sehingga awal tahun 1990-an.

”Kami yakin akan dapat mengembalikan semula bandar Pasir Mas sebagai pusat komersial baru di negeri ini, yang sibuk dengan aktiviti ekonomi dan perniagaan.

”Dengan pembangunan infrastruktur baru, akses ke Bandar Tasek Raja melalui jalan raya dan kereta api untuk, atau dari daerah-daerah utama di Tumpat ke Utara, Tanah Merah ke Selatan, Kota Bharu ke Timur dan Sungai Golok ke Barat, akan dapat dilakukan dengan mudah,” katanya.

Selain itu, Tan berkata, kesemua pasar lama di bandar Pasir Mas akan dipindahkan ke pusat komersial baru bersama terminal bas dan teksi.

Katanya, Mahkamah Syariah Pasir Mas juga akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang terletak beberapa ratus meter dari Bandar Tasek Raja.

Selain itu, Tan berkata, memandangkan permintaan sentiasa meningkat dalam industri sarang burung walit yang memberi pulangan lumayan, Bandar Tasek Raja turut menawarkan pilihan yang sesuai untuk mereka yang terlibat dalam industri itu.

”Pusat komersial baru ini dijangka membuka banyak peluang kepada usahawan, perniagaan dan syarikat yang mengenal pasti kaedah kreatif untuk meluaskan operasi mereka ke luar bandar Pasir Mas, yang akan melakar nama sebagai pusat komersial baru untuk bandar itu,” katanya.

Hotel Renaissance KB & Kota Sri Mutiara

FBO Bhd, yang tersenarai di Bursa Malaysia, merupakan pemilik Hotel Renaissance Kota Bharu, manakala EBF memiliki pusat membeli belah Kota Sri Mutiara di Kota Bharu serta bertanggungjawab terhadap kejayaan menyiapkan 159 unit kondominium Mutiara.

- Bernama  


0 comments

Saturday, October 9, 2010

Kerana Aku Sendiri

Saturday, October 9, 2010



Entry kali ni xde pape pun sebenarnya...xde benda nak cite. just nak hias blog ni dengan gambar-gambar baru. Tadi aku pi jalan-jalan ke Kota Bharu. Bukan saje jalan-jalan sebenarnya sebab ada nak gi pejabat pos pastu nak gi bank n nak beli barang. Keluar pun sorang2...adoi sorang2 lagi...

Pe lagi..start kete terus gerak
EonBank kat depan sana...


Alang2 kluar Kota Bharu ni teringat la nak makan nasi campur lauk telur ikan. tiba-tiba mengidam..hehe..Ok lepas gi pejabat pos bayar bil letrik rumah n gi bank in duit kat Eonbank hadapan Billion tu, Aku pun pi la tempat biasa nak makan nasi telur ikan. Bazar MPKB. Ok la dapat makan puas hati. harga pun murah je RM5.00 je. janji kenyang n puas hati sebab dapat makan telur ikan.

Perut dah kenyang nak gi KB Mall la plak nk survey kemeja n seluar slack kalau-kalau ada yang berkenan. Sampai Ronda-ronda dalam KB Mall tengok baju n seluar xde plak yang berkenan. ada yang berkenan size la plak xde yang kecik..huhu...xpe lain kali je beli semua tu....sebenarnya gi KB Mall tu nak cari CD kosong jer. CD kosong kat umah dah abis. untuk burn MP3 nak pasang dalam kereta. Buat masa sekarang xnak beli modulator lagi klu x pakai pendrive je kat dalam kereta tu. Ok dapat CD kosong RM9.50 untuk 10 keping. jadilah....

Sempat amik gambar ofis dari jauh...esk dah keje balik


Pastu gi jalan-jalan Tesco plak. nak beli ape kt Tesco ni? pergi dulu lah....masuk kat Tesco pusing-pusing sampai la kt tempat accessories kereta. Nampak car perfume vanilla assent. kena beli ni...hahaha aku memang suke ngan bau vanilla ni..alih2 beli tiga sekali gus...hehe..untuk stok bila dah abis guna nanti.

Ok abis sudah entry saje-saje untuk kali ni....cau cin cau....


0 comments

Ahli Parlimen Batu Sapi Meninggal Dunia Kemalangan Jalan Raya

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu. Beliau berusia 54 tahun.

Mendiang dipercayai menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki 750 di jalan Sembulan-Tanjung Aru apabila bertembung Mercedez kira-kira 11.40 pagi Sabtu.

Mayat mendiang dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, di sini. Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkahwin dengan Linda Tsen Thau Lin dan meninggalkan empat anak. Jurutera perunding itu merupakan bendahari parti dan Pengerusi bahagian Elopura. Chong menjadi Ahli Parlimen setelah memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya umum 2004. 

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan pemergian Edmund sebagai kehilangan besar untuk rakyat dan negeri Sabah. "Beliau adalah seorang pemimpin yang dedikasi dan komited terhadap tanggungjawabnya sebagai Anggota Parlimen Batu Sapi," katanya kepada pemberitaketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth, dekat sini.

Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri berkata beliau dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Edmund dan juga PBS atas pemergian itu.

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang turut berada di situ, berkata "kehilangannya adalah amat menyedihkan bagi negeri dan negara terutamaPBS. Beliau juga kawan rapat saya".

-Mstar

0 comments

Friday, October 8, 2010

Sultan Kelantan Tunjuk Contoh Terbaik

Friday, October 8, 2010



Apa yang Sultan Muhammad V tak boleh buat. Semuanya boleh. Dari menjadi Imam solat, hingga kepada menyembelih lembu. Semua fardhu kifayah, boleh Sultan Kelantan lakukan. Bahkan Tengku pun pernah sembelih unta, seperti ditunjukkan dalam buku kerabat raja kelantan.

Ini berita dan gambar terbaru tentang Sultan berjiwa rakyat ini.


SULTAN Muhammad ke V, Tuanku Faris Petra menyembelih lembu pada majlis penyembelihan lembu untuk sumbangan kepada golongan miskin di Masjid Muhammadi Kota Bharu, 8 Okt. 2010. 

Ada khabar menyatakan bahawa sepanjang Tengku dapat elaun, sebahagian duit tu digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid-masjid. Dan inilah yang dilakukan Baginda semalam.

 


0 comments

Buntu

Mana satukah petunjukmu
Aku khilaf dalam menafsir 
Seumpama berdiri di sebuah pintu
Tak berupaya melangkah
Didalamnya tersedia

Mahumu aku pergi
Namun Kau bawaku ke sini
Mana satukah petunjukmu
Daku buntu lagi....


0 comments

KU INGIN SELAMANYA


0 comments

Wednesday, October 6, 2010

15,000 Doctors Needed By 2020

Wednesday, October 6, 2010






SERDANG: Malaysia needs another 15,553 doctors in the public sector by 2020 to meet the ratio of one doctor for every 600 people.
Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said last year, the 29 tertiary institutions produced 1,845 medical graduates while 1,908 were from overseas.

"By 2020, we expect the number of local graduates to increase to 3,125," he said at the launch of Universiti Putra Malaysia's Medical and Health Science Faculty complex and the Centre for Diagnostic Nuclear Imaging (CDNI) here yesterday.


On the ministry's role in the Talent Corporation, a government initiative to encourage Malaysian professionals overseas to return home, he said they would coordinate efforts to encourage talented Malaysians to come home.


As the ministry was involved in creating a knowledge-based economy, he said it was important for the country to get the best people whether Malaysians or foreigners to transfer their knowledge.

The setting up of the RM17.5 million CDNI, the first in a public university, would boost UPM's reputation as the cutting edge Positron Emission Tomography Computed Tomography, or PET CT, would increase the accuracy of diagnosis.


The centre's director, Assoc Prof Dr Abdul Jalil Nordin, said it had been operational since April and, so far, 38 patients had been referred to the centre by public and private organisations.

He added that the centre's imaging services would also be available to patients coming on health tourism packages and the revenue generated would lighten the government's financial burden.


Read more NST

0 comments
Related Posts with Thumbnails