Benda yang aku paling obses sekarang mungkin ni lah bendanya, anyaman ketupat. Mana tak nya asal jumpa daun kelapa benda ni lah yang aku nampak. Haa kali ni aku wat pelik skit, buat kat atas pokok tanpa cerakan daun dengan dia punya pelepah. Rasa-rasanya belum ada lagi orang buat. Ni dah kire boleh masuk Ripley's Believe It Or Not nii...
Thursday, September 16, 2010
Jalan-Jalan Di Mydin Wholesale Hypermarket Kubang Kerian...
Posted by ffataah at 11:12 AMPetang tadi abang baru balik dari Kubang Kerian setelah pergi shopping-shopping. Dia bagitau la yang dia pergi shopping kt Mydin Hypermarket. Cam best je dia duk ceritera yang Mydin tu besau, macam-macam ada, barangan basah pun ada. Semenjak Mydin kat Kubang Kerian ni buka aku belum pernah pun pergi. Jom kite pi malam ni..tiba-tiba terkeluar idea daripada mulut anak sedara sorang..Setujuu...aku plak balas..kerana rasa nak jugak pi rasmi Mydin yang dikatakan terbesar tuu....Sape lagi nk join? Ok jgk, jawab adik n abang sorang....ok malam ni kita berempat pi rasmi Mydin Kubang Kerian.
0 comments
Wednesday, September 15, 2010
How About Love?
Posted by ffataah at 2:32 PM Wednesday, September 15, 2010Below is a nice words i just pick up from a facebooker...
"To love someone is nothing,
To be loved by someone is something,
To be loved by someone you love is exciting,
To be loved by Allah is everything"
To be loved by someone is something,
To be loved by someone you love is exciting,
To be loved by Allah is everything"
ffataah: nobody can live without love..
0 comments
Saturday, September 11, 2010
Hari Raya Pertama...1 Syawal 1431H
Posted by ffataah at 9:11 AM Saturday, September 11, 2010Ayoh Tah, esk raya lagi ke? ngomel si Haziq, anak buah yang umo 5 tahun. Seronok kan kalu tak puasa? katanya Zakuan plak, si abang. Raya tahun ni mereka dapat rasakan kelainan mungkin, kerana mereka dapat berpuasa penuh sebulan. Mungkin inilah kemenangan bagi mereka sebagai kanak-kanak. Kepenatan berpuasa di bulan Ramadhan dibalas dengan keseronokan berhari raya. Berkumpul bersama sepupu sepapat yang sebaya dengan mereka dan bermain bersama. Paling best sebab dapat kumpul duit raya banyak-banyak. Pergi je beraya umah sedara mara mesti ada yang bagi kat diorang duit raya.
Setahun sekali dapat berkumpul pada pagi raya memang menyeronokkan. Walaupun ada adik bradik yang beraya di rumah mertua masing-masing tapi bila dah petang dapat berkumpul semua sekali kat umah, umah peninggalan arwah ayah. Raya tahun ni dapat pergi ziarah kubur hanya selepas waktu zohor. Mungkin masa yang agak singkat kerana perlu mengerjakan sembahyang Jumaat plak. Pagi-pagi selepas sembahyang sunat Aidilfitri kena melayan tetamu dahulu kerana ramai yang datang beraya di rumah.
![]() |
| Fakhry, Haziq, Azri, Azizi, Hakimi & Hafizi |
![]() |
| Fakhry pun nk jdi cameraman jgk..abis semua orang dia snap.. |
![]() |
| Makan nasi briani umh kak ila.. |
| Nak gi solat Aidilfitri..baru separuh je ada.. |
![]() |
| Balik sembahyang singgah umh kak ila makn nasi briani.. |
| Braya umh mak sdara... |
Labels: Hari Raya Aidilfitri, Ramadhan 0 comments
Thursday, September 9, 2010
Raya 2010...Syawal 1431H
Posted by ffataah at 8:56 AM Thursday, September 9, 2010Esok Raya!..yes, mood raya datang lagi..taun ni agak meriah nampaknya. Semua adik bradik pun semua balik berkumpul kat kampung. 10 orang adik bradik campur dengan anak-anak buah yang kecik-kecik tu...fuh penuh satu rumah..gelagat anak-anak buah plak toksah cakap..meriah habis!!
Arini dah mula buat persiapan untuk raya esok..ketupat palas, ketupat kelapa, rendang dan banyak lagi, semua mesti siap dan tersedia harini untuk menyambut raya esok. alamatnya tak tido la diorang malam ni nak siapkan tu semua.
Gambar-gambar kat atas ni masa malam last Ramadhan. Bagi budak-budak ni main bunga api, suka tengok gelagat mereka dapat peluang main bunga api sampai melompat-lompat. Boleh jer bagi mereka ni main tp kena ada pengawasan, walaupun ianya hanya bunga api tapi boleh jadi bahaya jugak dan boleh mencederakan.
Sekarang ni dah pun malam raya. dekat luar hingar bingar dengan bunyi mercun dari mula berbuka puasa tadi lagi tak berhenti-henti. Seluruh pelusuk kampung ada jer bunyi mercun silih berganti. Macam ni la setiap tahun, tiba malam raya je bunyi mercun akan berkumandang sehinggalah ke lewat malam. Diorang ni memang spare khusus mercun-mercun untuk diletupkan pada malam raya. Dah jadi macam zon perang pun ada..
Siang tadi bersama-sama kitorang menganyam ketupat kelapa. Ni la hasilnya...lebih kurang 60 biji semua...
Labels: Bunga api, Hari Raya Aidilfitri, Ketupat Daun Kelapa, Ketupat Nasi, Mercun 0 comments
Tuesday, September 7, 2010
Iklan Raya TV3 Ditarik Balik
Posted by ffataah at 8:25 AM Tuesday, September 7, 2010Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.
Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.
Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.
Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.
Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.
- KOSMO!
0 comments
Saturday, September 4, 2010
Istimewanya Lailatul Qadar...
Posted by ffataah at 8:55 AM Saturday, September 4, 2010Semalam ada mengikuti Al-Kulliyyah yang disampaikan oleh ahli panel Yang Berbahagia Dato' Hassan Din Al-Hafiz kat TV3. Topik yang agak menarik iaitu "Lailatul Qadar". Kata beliau kita sekarang sedang berada dalam zon Lailatul Qadar - 10 akhir Ramadhan dan semalam antara malam ganjil yang dijangka berlakunya Lailatul Qadar, wallahualam. Antara ilmu-ilmu yang saya dapat :
- Al-Quran itu diturunkan sebanyak tiga kali/peringkat : 1) Peringkat Luh Mahfuz 2) Peringkat Baitul Izzah - Langit dunia 3) Seterusnya diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad S.A.W.
- Tidak diketahui bila Al-Quran diturunkan di peringkat Luh Mahfuz kerana tidak ada dalil yang menyebut masanya.
- Lailatul Qadar berlaku apabila Allah menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah iaitu di langit dunia pada 10 akhir Ramadhan. Malam tersebut menjadi rahsia Allah S.W.T. dan sebagai anugerah yang besar kepada umat Muhammad untuk beribadat kepadanya.
- Ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. adalah sama dengan 1000 bulan bersamaan 83.33 tahun. Mashaallah, umur kita pun belum tentu akan mencapai tempoh tersebut.
- Peringkat terakhir Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur bermula pada 17 Ramadhan yang kita kenali sebagai Nuzul Al-Quran.
- Turunnya malaikat pada malam Lailatul Qadar bagi melihat hamba-hamba Allah beribadat dan mencatit segala amalannya pada malam tersebut.
- Orang yang bersungguh-sungguh beribadat pada malam tersebut nescaya akan dihapuskan segala dosa-dosanya.
- Malam Lailatul Qadar adalah malam dimana Allah menetapkan segala urusan bagi hamba-hambanya untuk tahun yang berikutnya. Seandainya kita beroleh malam tersebut, sangat sesuai untuk kita memohon kepada Allah untuk segenap segi urusan kita bagi tahun yang berikut seperti rezeki, jodoh, iman yang teguh, kejayaan di dunia dan Akhirat dan lain-lain.
- Jika Allah mahu menganugerahkan Lailatul Qadar kepada seorang perempuan yang pada kebiasaannya pada hari tersebut dia akan datang haid, maka Allah akan melewatkan kedatangan haid mereka.
- Jika ada wanita yang datang haid dan kebetulan malam tersebut adalah malam Lailatul Qadar, walaupun tidak dapat menunaikan solat dan membaca Al-Quran, mereka masih boleh melakukan ibadat lain seperti berzikir, selawat dan sebagainya.
Kebanyakan daripada kita obses dengan tanda-tanda untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar . Ada lebih baik kita terus beribadat pada 10 akhir bulan Ramadhan dan pada salah satu malam tersebut kita pasti akan memperoleh malam Lailatul Qadar.
Labels: Al-Kulliyyah, Baitul Izzah - Langit dunia, Dato' Hassan Din Al-Hafiz, Lailatul Qadar, Luh Mahfuz, tanda-tanda malam Lailatul Qadar 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Aktiviti (1)
- Al-Kulliyyah (1)
- Alat jimat Minyak (2)
- Anak Tupai (1)
- Baitul Izzah - Langit dunia (1)
- Bunga api (1)
- Dato' Hassan Din Al-Hafiz (1)
- Facebook 'Melayu Babi' (1)
- GPMS (1)
- Guang Eng (1)
- Hari Raya Aidilfitri (3)
- Imam Masjid Al-Azhar (1)
- Imam Muda (1)
- Kelkon (2)
- Kelmix (1)
- Ketupat Daun Kelapa (2)
- Ketupat Nasi (1)
- Khutbah Jumaat (1)
- Lailatul Qadar (1)
- Luh Mahfuz (1)
- Max Power Controller (2)
- Menara Sireh (1)
- Mercun (1)
- MPC (2)
- Namewee (1)
- PKINK (2)
- Politik (1)
- Price list (1)
- Proton (1)
- Proton Inspira (1)
- Qaryah Ramadhan (1)
- Ramadhan (2)
- Semasa (1)
- Sentimen (1)
- Syeikh Asyraf Hamed Hasani Al-Husaini (1)
- tanda-tanda malam Lailatul Qadar (1)
- Tembak (1)
- Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi (1)
- Wee Meng Chee (1)















