Cahaya itu indah
menerangi segenap ruang
tanpanya hatiku gelap
Cahaya itu ibarat bintang
sentiasa berkilauan
di depan mata
sebutirnya bersinar terang
sayangnya ku tak mampu gengam
Duhai bintang
kupujamu dalam diam
walau tak mampuku gengam
hatiku tetap bersinar terang
kerana kau ada bersamaku
siang mahupun malam...
MEMOIR SEMALAM...
Menggamit hati
Terarah fikiranku ke masa silam
Membentang pandangan
Melangkaui mesin masa
Ku tebus dosa silam
Pincang yang bersarang
Dalam diri nan hina
Biarlah ia melewati masa
Ku tetap berpegang pada janji-janji semalam
Yang belum ku tunaikan
Padamu ku mohon ampun
Khilaf diri yang pernah dibawa nafsu
Moga taubatku diterima
Andai ku punya masa lagi
Biarku habiskan sisa-sisa hidupku
Bertemankan pedomanmu
Berlindung dari segala kemungkaran
Bernaung dengan kalimahmu
Berharap rahmat dan redhamu
Bertaubat kepadamu
Tuhan........
ffataah : 22 Mei 2010, 8.48 p.m.