Tuesday, February 28, 2012

Menara Sireh Bakal Dimajukan

Tuesday, February 28, 2012
KOTA BHARU - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Kelkon Sdn Bhd dan Ara Asa Property Management Sdn Bhd menandatangani perjanjian usaha sama bagi memajukan Menara Sireh.

Pengurus Besar Kelkon, Jawahir Dollah, berkata, Menara Sireh adalah hotel dan apartmen setinggi 30 tingkat yang terletak di Kampung Sireh, di sini.

“Pembangunan komersil 30 tingkat ini bernilai RM100 juta dan majlis pecah tanah akan dimulakan pada pertengahan tahun ini dan projek ini turut mengambil pelabur dari Kuala Lumpur.

“Ia dijangka dijangka siap pada 2015 dan perjanjian usaha sama dengan rakan niaga baru ini diharap dapat membantu memacu pembangunan dan ekonomi di Kelantan,” katanya selepas majlis tandatangan perjanjian usaha sama yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Kumpulan Kelkon, di sini.

Pada majlis itu, perjanjian berkenaan ditandatangani wakil Ara Asa Property Managemnet Sdn Bhd, Ng Wai Boon, wakil PKINK, Sabri Abdullah dan wakil Kelkon Sdn Bhd (anak syarikat PKINK Sdn Bhd), Jawahir Dollah dan turut hadir, Pengerusi Kelkon, Wan Ismail Wan Jusoh.

Jawahir berkata, melalui projek berkenaan, ia mampu menarik pelabur luar dan selepas ini, lebih banyak projek pembangunan akan menyusul untuk membangunkan Kelantan.

“Kami tidak menafikan masih ramai pelabur luar yang ingin melabur di negeri ini dan kami bersyukur kerana apabila mendapat peluang ini, mereka terus mengambilnya,” katanya.

Katanya, dengan perjanjian usaha sama tersebut, ketiga-tiga pihak mengharapkan pembangunan ekonomi di negeri ini dapat dijalankan dengan baik.

Sumber : Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails