Monday, February 27, 2012

KELKON Tetap Berdaya Saing Sepanjang Tempoh Berakhir 2011

Monday, February 27, 2012
Pada tahun 2011, Kelkon, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mencatatkan anggaran keuntungan daripada keseluruhan aktiviti berjumlah RM1.2 juta. Keuntungan tersebut diperoleh hasil dari sumbangan aktiviti pembinaan projek-projek dan operasi Kelmix, anak syarikat milik penuh Kelkon yang bernilai RM38 juta. Dalam tempoh tersebut, Kelkon giat menjalankan pembinaan 10 buah projek yang terdiri daripada sebagaimana berikut :

1.      Jalanraya Bertingkat Pasir Mas
2.      SMK Sungai Petai
3.      SMK Badang
4.      Jambatan Pengkalan Cina
5.      SK Che Latiff
6.      Bangunan pejabat Wakaf Bharu
7.      Dewan Serbaguna Pas Bachok
8.      Banglo Ulu Sat Machang
9.      Bangunan Pejabat MD Jeli
10.  Jalanraya Bertingkat Pasir Mas (Fasa II).

Kelkon telah berjaya menyiapkan separuh daripada projek-projek yang dijalankan sepanjang tempoh 2011. Di antaranya, Bangunan Pejabat Pas Kawasan Wakaf Bharu, selain daripada kerja-kerja yang ditangguhkan, projek ini siap sepenuhnya pada 16 Julai 2011. Projek Jalanraya Bertingkat Pasir Mas pula di antara projek yang berskala besar telah berjaya disiapkan iaitu pada 28 Ogos 2011. Tiga buah projek sekolah juga telah berjaya disiapkan dalam tahun 2011 iaitu Sek. Men. Badang, Bangunan Tambahan Sek. Keb. Che Latiff, dan Sek. Men. Keb. Sungai Petai,  iaitu masing-masing pada 5 Oktober, 30 November dan 18 Disember 2011.

Jalan Bertingkat Pasir Mas
Hasil daripada penyiapan projek Jalanraya Bertingkat Pasir Mas, Kelkon telah berjaya mendapat kepercayaan untuk melaksanakan Fasa II bagi projek tersebut yang melibatkan jalanraya susur keluar dari Pasir Mas ke Meranti. Projek tersebut bernilai RM4.8 juta telah pun dimulakan pada 1 Oktober 2011 dan dijangka siap pada 30 September 2012.

Sepanjang tahun 2011, Kelkon sentiasa giat mencari lokasi-lokasi yang berpotensi untuk dimajukan di seluruh Kelantan. Terbaharu, Kelkon telah menjadi ”project initiator” kepada projek pembinaan Menara Sireh setinggi 30 tingkat yang terletak di kawasan Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Kelkon melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menandatangani perjanjian usahasama dengan ARA ASA Property Development bagi menjayakan projek tersebut. Menara Sireh dijangka akan dimulakan pembinaanya pada pertengahan tahun 2012.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails