Wednesday, October 5, 2011

Dewan Perniagaan Thailand Berminat Dengan Mata Wang Syariah

Wednesday, October 5, 2011
KOTA BHARU - Kejayaan Kelantan memperkenalkan mata wang Dinar dan Dirham turut menarik minat Dewan Perniagaan Thailan untuk diperluaskan ke negara berkenaan.

Naib pengerusinya, Niyom Wairatpanij berkata, penggunaan Dinar dan Dirham boleh diperkenalkan di Thailand kerana ia mampu menjana keuntungan besar ekoran kekukuhan pasaran emas.


"Kami akan mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan bidang pelaburan tersebut daripada kerajaan Kelantan" katanya pada dialog mengenai peluang pelaburan di Kelantan di Bilik Gerakan Negeri baru-baru ini.
Hadir sama pada program itu Pengerusi J/K Perancangan Ekonomi Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Kelantan, Dato' Haji Husam Musa.

Gelegasi Dewan Perniagaan Thailand terdiri daripada usahawan dalam bidang automotif, perhotelan, perladangan dan aksesori kenderaan. Mereka mewakili 28 persatuan perniagaan dari wilayah Narathiwat, Yala, Pattani dan Satun. Rombongan berkenaan diketuai Konsul General Thai di Kota Bharu, Suraphon Petch-Vra.

Niyom juga menyatakan pihaknya tertarik dengan perkembangan pertanian organik di Kelantan yang dibangunkan di bendang Tunjung.

Pada dialog itu juga ada wakil persatuan usahawan Thailand berminat mengetahui jenis pasir yang boleh dibekalkan ke negara itu untuk menghasilkan barang-barang kaca.

Sebelum itu Husam berkata, penggunaan  Dinar dan Dirham boleh diperluaskan ke Thailand memandangkan mata wang emas dan perak lebih stabil tanpa dapat digugat manipulasi mata wang.

"Pihak Kelantan Gold Trade yang diwakili Prof Umar Vadillo dan Nik Mahani sehingga kini dijemput ke suluruh negara bagi menjelaskan kelebihan Dinar dan Dirham.

"Malah pada satu persidangan kewangan di Utah, Amerika Syarikat mereka dijemput membentangkan penggunaan Dinar dan Dirham yang diadakan di Universiti Utah" kata beliau.

Menurutnya juga penanaman padi organik yang dimulakan sejak 2007 oleh Syarikat Sunah Tani Sdn Bhd di Baruh Tunjung mendapat permintaan tinggi termasuk syarikat perngeluar beras dan makanan asas bayi.
Kata beliau pada peringkat awal seluas empat ekar ditanam padi organik dan sekarang meningkat kepada 12 ekar.

Husam juga berkata, Kerajaan Kelantan akan membangunkan Cheng Ho City di kawasan seluas 500 ekar di Rantau Panjang.

"Tahun lepas kita berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho dan tahun hadapan Ekspo Cheng Ho akan diadakan kali kedua. Program itu dijadikan acara dwitahunan", katanya.

Sumber : Harakah





0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails