Tuesday, September 27, 2011

Kenalpasti Kos Tersembunyi Harga Emas

Tuesday, September 27, 2011
Produk Public Gold
Daripada pemerhatian dan perbandingan yang saya buat, kebanyakan produk-produk emas adalah berbeza dari segi harga walaupun pada hakikatnya mereka adalah sama jenis, tambahan pula emas sepatutnya dinilaikan berdasarkan berat fizikal emas itu sendiri.

Bagi menjelaskan perkara ini, diberikan contoh harga satu (1) dinar Public Gold pada 27 September 2011 bernilai RM751.00, manakala harga satu (1) dinar bagi Dinar Kelantan bernilai RM781.00 pada hari yang sama. Perbezaan harga di antara kedua-duanya adalah sebanyak RM30.00. Sedangkan emas bagi kedua-duanya adalah mempunyai ketulenan yang hampir sama, 916 bagi Public Gold dan 917 bagi Dinar Kelantan. Manakala berat kedua-duanya adalah sama iaitu 4.25 gram.

Harga emas dunia pada hari tersebut pula adalah RM167.53 bagi satu (1) gram. Jadi harga sepatutnya satu (1) dinar adalah RM712.00. Perbezaan boleh dilihat dalam jadual berikut :

* Perbezaan harga emas pada 27 September 2011.
BIL
PRODUK
HARGA
1.
1 Dinar Public Gold
RM751.00
2.
1 Dinar Kelantan
RM781.00
3.
Harga Emas Dunia Bagi 4.25 gram (1 Dinar)
RM712.00

Disinilah terdapatnya kos tersembunyi di dalam harga emas. Perbezaan kos ini jelas dapat dilihat dalam contoh di atas. Kos tersembunyi ini tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan kos yang terdiri daripada :

                                             i.            Kos pengeluaran emas
                                           ii.            Kos pengangkutan
                                          iii.            Produk sampingan emas (sijil, cover, laminating, casing, dll.)
                                         iv.            Rekabentuk
                                           v.            Servis kos
                                         vi.            Margin keuntungan pengedar emas

Gold Mining
Produk Public Gold adalah lebih murah berbanding Dinar Kelantan kerana Public Gold mempunyai kilang pengeluaran emas sendiri. Manakala Dinar Kelantan ditempa di Dubai, justeru ia memerlukan kos yang agak tinggi. Kos-kos ini telah mempengaruhi harga emas mereka.

Bagi pelabur-pelabur emas, adalah penting untuk mengenalpasti kos tersembunyi ini bagi mengetahui harga sebenar sesuatu produk emas seterusnya bagi membuat perkiraan untuk memaksimumkan keuntungan yang akan diperoleh daripada sesuatu produk emas yang ditawarkan dan juga bagi mempelbagaikan pilihan portfolio pelaburan emas mereka.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails