Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan : Demi Masa

Tuesday, August 2, 2011
Gambar Hiasan
Allah S.W.T telah bersumpah dengan masa di dalam Al-Quran melalui firmannya dalam surah Al-Asr yang bermaksud :

[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Mari kita lihat contoh di bawah :

Berapa lama anda telah tidur sehingga anda berumur 28 tahun?

Nota :   Umur anda sekarang                 -           28 tahun
            Purata tidur dalam sehari           -           8 jam
            1 tahun bersamaan                    -           365 hari
            1 bulan bersamaan                    -           30 hari
            1 hari bersamaan                      -           24 jam

Anda sekarang berumur 28 tahun bermakna anda telah hidup di dunia ini selama 10,220 hari (28 X 365 hari).

Katakan purata anda tidur dalam sehari adalah 8 jam. Bermakna pada umur 28 tahun anda telah tidur selama 81,760 jam (10,220 X 8 jam).

81,760 jam adalah bersamaan 3,406 hari ATAU 113 bulan ATAU selama 9 tahun 5 bulan. Ini bermakna selama ini anda telah tidur selama 9 tahun 5 bulan.

Tiba masanya kita bertanya kepada diri sendiri, Adakah ibadat kita benar-benar telah mencukupi untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. seterusnya melayakkan kita mendapat balasan Syurga ataupun sebaliknya.

Sedangkan selama umur kita, 9 tahun hanya dihabiskan untuk tidur bukannya beribadat, sembahyang malam, membaca Al-Quran dan sebagainya.

Umur umat Nabi Muhammad S.A.W. pula hanyalah sekitar 60 tahun. Maka, masih ada baki 32 tahun untuk kita beribadat sekiranya kita dipanjangkan umur. Kita juga mungkin akan terleka dan terus tidur untuk 9 tahun lagi bahkan lebih.

Namun, Allah tetap pemurah. Kita dikurniakan bulan Ramadhan, bulan yang mulia yang padanya dilipatgandakan pahala melebihi berbanding bulan-bulan yang lain.

Di dalamnya terdapat malam ”Lailatul Qadar” yang bersamaan dengan 1000 bulan ataupun lebih kurang 83 tahun. Masyaallah...umur kita pun belum tentu sampai ke angka tersebut. Bertuahlah jika kita mendapat malam tersebut.

Inilah peluang kita untuk menebus masa yang telah kita sia-siakan sebelum ini. Jika tidak kita akan berada dalam kerugian selama-lamanya sebagaimana firman Allah dalam ayat di atas.

Selamat Datang Ramadhan!!!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails