Sunday, July 17, 2011

Potensi Pelaburan Emas Terus Berkembang Melalui Sistem Ar-Rahn

Sunday, July 17, 2011
Perjanjian usahasama diantara Permodalan Kelantan Berhad, Koperasi Rakyat Kelantan pada 14 Julai 2011 yang lalu, menyaksikan MOU ditandatangani oleh YB Abdullah Yaacob yang juga merupakan Pengerusi PKB.

Hadir sama dalam majlis tersebut, jemputan khas dari Bangladesh MA Hanan Azar yang mewakili Alankar Niketen Ltd.

Potensi sistem gadaian sebagai satu cabang perniagaan kini diperluaskan dengan penglibatan kooperasi yang mana dapat menjana modal yang lebih besar seterusnya memberi pulangan kepada ahli-ahli.

Perniagaan ini telah terbukti berjaya di mana Kumpulan PKB pada tahun 2010 memperoleh RM13 juta keuntunagn yang mana aktiviti utamanya adalah perniagaan Ar-Rahn. Kini Ar-Rahn telah pun mempunyai 25 buah cawangan termasuk di Sabah.

Berbanding sistem perbankan konventional, keuntunagn hanya diperoleh oleh pihak bank tetapi melaui kooperasi yang menjalankan aktiviti Ar-Rahn ini, keuntunagan yang baik ini dapat dikongsi pula kepada ahli-ahli yang menyertai.

Dalam ucapan Ketua Eksekutif PKINK, beliau menekankan agar pelabur-pelabur supaya memilih perniagaan yang sah, jelas dan telus supaya tidak terjebak ke dalam skim-skim yang salah. Rakyat Kelantan terkenal dengan sikap suka melabur namun dalam keghairahan itu jangan sampai melanggar syariat.

Kini adalah masa berlakunya revolusi pajak gadai di Malaysia dan ianya boleh dikatakan bermula di Kelantan.

Hasil daripada termeterainya perjanjian tersebut, Ar-Rahn kini akan diperluaskan lagi dan akan menembusi Bangladesh.

YB pengerusi PKB mengucapkan terima kasih kepada semua dengan harapan hasil daripada inisiatif ini, akan meningkatkan lagi imej Kerajaan Kelantan.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails