Thursday, July 28, 2011

Dinar, Dirham Di Pasar

Thursday, July 28, 2011
Pasar Besar Siti Khadijah
KOTA BHARU - Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd memilih Pasar Besar Siti Khadijah untuk dijadikan model dalam menghidupkan kembali penggunaan mata wang dinar dan dirham di pasar sebagaimana dilakukan pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu.

Pn. Nik Mahani Mohamad
Pengarahnya, Nik Mahani Mohamad berkata, pemilihan pasar tersebut dibuat berdasarkan usianya yang merupakan antara pasara paling lama di negeri ini.

“Pasar Siti Khadijah juga merupakan pasar yang masih mempunyai ciri-ciri keislaman, selain majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.

“Pemilihan pasar ini juga sebagai langkah menghidupkan kembali aktiviti perniagaan di sini yang suatu ketika dahulu begitu aktif, dan antara yang menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Nik Mahani berkata, program ini akan melibatkan semua peniaga di pasar berkenaan dan ia akan menggunakan konsep yang melambangkan muamalat Islam sebenar seperti di zaman Rasulullah S.A.W.

“Ia akan menjadi sebuah pasar yang berasaskan konsep syariah dan akan dikawal oleh muhtasib atau petugas-petugas khas yang bukan sahaja akan mengadili aspek kebersihan, tetapi aktiviti jual beli dan kenaikan harga di pasar berkenaan,” katanya.

Dia berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan bagi menghidupkan pasar tersebut agar dapat menarik orang ramai untuk mengunjungi dan mengaktifkan aktiviti perniagaan di sana seterusnya menghidupkan aktiviti- aktiviti yang begitu asing bagi generasi hari ini.

Katanya, walaupun penggunaan mata wang dinar dan dirham di perkenalkan, orang ramai masih boleh menggunakan mata wang ringgit untuk proses jual beli.

Menurutnya, perancangan tersebut akan dilaksanakan selepas hari raya nanti, dan pihaknya kini menunggu kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam.

Sumber : Sinar Harian


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails