Sunday, July 24, 2011

Buka Akaun Pelaburan Emas : Apa Pilihan Yang Kita Ada?

Sunday, July 24, 2011
Ingin Berkongsi sedikit kali ini dengan pembaca-pembaca blog ini tentang Akaun Pelaburan Emas Ataupun pembelian emas melalui buku akaun bank.

Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa kita boleh membeli emas dengan hanya memegang buku simpanan emas bukan emas itu sendiri.

Mungkin masih yang menganggap kalau beli emas mestilah ada emas ditangan, seterusnya perlu menyimpannya sendiri.

Tetapi tahukah anda kita boleh beli emas melalui bank. Manakala pihak bank pula akan menyimpan emas kita dan kita akan diberi sejenis buku akaun ataupun sijil belian emas.

Kita bebas untuk menjualbeli emas tersebut dengan hanya membawa buku akaun pelaburan ke bank yang kita beli tadi untuk mendapatkan wang dengan nilai emas yang kita ada.

Namun Apakah Pilihan-Pilihan Yang Kita Ada?

Emm.. inilah yang akan saya kongsi dengan anda kali ini.

Melalui pencarian dan kajian yang saya buat, terdapat beberapa bank yang menawarkan Akaun Pelaburan tersebut. Mereka adalah Kuwait Finance House, United Overseas Bank, Public Bank dan Maybank.

Pertama : Kuwait Finance House

KFH menawarkan akaun pelaburan emas yang diberi nama Kuwait Finance House Gold - i (KFHG-i).
Berikut info KFHG-i :
  1. Minimum pelaburan adalah 10 gram emas
  2. Spread harga belian balik di antara RM5-RM6
  3. Minimum perlu ada dalam akaun pelaburan adalah 2 gram
  4. Emas yang ditawarkan adalah emas 995
  5. Pelabur boleh menyimpan emas yang dibeli di KFH tanpa caj atau;
  6. Mengeluarkan emas untuk disimpan sendiri
  7. Minimum pembelian emas tambahan adalah 5 gram
  8. Berteraskan Syariah
Bersambung...(klik untuk baca lagi)


Kedua : United Overseas Bank (Malaysia)


UOB menawarkan dua jenis akaun pelaburan emas iaitu Gold Saving Account (GSA) dan Premier Gold Account (PGA).

1) Gold Saving Account (GSA) :
Berikut info GSA :
  1. Sesuai untuk pelaburan dalam jumlah yang kecil (dalam gandaan 1 gram)
  2. Minimum belian pertama adalah 20 gram
  3. Minimum pelaburan tambahan sebanyak 5 gram
  4. Baki perlu ada dalam akaun adalah 10 gram (Jika baki pada akhir setiap bulan kurang 10 gram akan dikenakan caj pengurusan sebanyak RM2.00)
  5. Untuk menukar kepada emas fizikal adalah bergantung kepada kelulusan pihak bank dan akan dikenakan caj tukar.
  6. Emas yang ditawarkan adalah emas 999.9
2) Premier Gold Account (PGA) :
Berikut info PGA :
  1. Sesuai untuk pelaburan yang lebih besar (dalam gandaan 1 kg)
  2. Minimum belian pertama adalah 1 kilogram
  3. Belian seterusnya minimum 1 kg
  4. Baki perlu ada dalam akaun adalah 1 kg (Jika baki pada akhir setiap bulan kurang 10 kg akan dikenakan caj pengurusan sebanyak RM2.00).
  5.  Untuk menukar kepada emas fizikal adalah bergantung kepada kelulusan pihak bank dan akan dikenakan caj tukar.
Ketiga : Maybank

Pelaburan emas oleh Maybank pula ditawarkan melalui Gold Saving Passbook Account (GSPA).
Berikut info GSPA :
  1. Minimum belian emas adalah sebanyak 1 gram
  2. Minimum jualan dan pembelian seterusnya sebanyak 1 gram
  3. Pembeli akan diberi satu Passbook dan jika hilang akan dikenakan caj RM15.00 termasuk duti setem
  4. Untuk membuka GSPA, duti setem sebanyak RM10.00 akan dikenakan
  5. Emas yang ditawarkan adalah emas 999.9
Keempat : Public Bank

GIA ataupun Gold Investment Account pula adalah bentuk pelaburan emas yang ditawarkan oleh Public Bank.
Berikut info GIA :
  1. Minimum belian pertama adalah sebanyak 20 gram emas
  2. Minimum perlu ada dalam akaun adalah 2 gram
  3. Belian seterusnya pula sekurang-kurangnya 5 gram
  4. Emas fizikal boleh dikeluarkan di cawangan-cawangan terpilih
  5. Caj tahunan sebanyak RM10.00 akan dikenakan jika baki akaun kurang daripada 10 gram pada akhir tahun
  6. Pelabur boleh membeli dan menjual emas secara online dari 9.30 pagi hingga 4.45 petang pada hari Isnin hingga Jumaat

Semoga anda semua mendapat info yang berguna pada entri kali ini dan tidak akan ragu-ragu untuk melabur dalam emas, logam mulia kekal hingga ke syurga.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails