Wednesday, July 27, 2011

Mengenali Ahli Lembaga Pengarah Kelkon

Wednesday, July 27, 2011
Mereka terdiri daripda wakil-wakil kerajaan, ahli perniagaan dan para profesional-profesional.

Mereka adalah Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Kelkon Sdn. Bhd. yang dilantik selepas dipersetujui oleh Perbadanan Induk iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar, Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wakil-wakil kerajaan terdiri daripada Ketua Eksekutif dan Timbalan Ketua Eksekutif sebagai mewakili Perbadanan induk iaitu Hj Mohd Sabri Abdullah dan Hj Zainal Abdul Rahim.

Ahli-ahli Yang Berhormat juga dilantik bagi mewakili Kerajaan Negeri yang mana terdiri daripada ADUN-ADUN dan wakil-wakil ahli politik negeri. Mereka adalah YB Hj Wan Ismail Wan Jusoh (Pengerusi Kelkon), YB Hj Mohamad Awang, Hj Abu Samah Hassan dan Dr Hj Rosli Allani S.Abdull Kadir.

Ahli-ahli perniagaan pula adalah Dr Hj Izani Husin dan Hj Che Ariffin Che Mahmood (Atira Group).

Terbaru, PKINK telah melantik Pengarah JKR Negeri Kelantan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelkon bagi menggantikan Pengarah JKR Negeri sebelum ini yang telah kembali ke Rahmatullah.

Selain PKINK, saham Kumpulan Kelkon dipegang oleh KB Construction Sdn. Bhd. Justeru, Hj Wan Mohd Hamad @ Wan Mohd Bin Wan Ali telah dilantik sebagai pengarah dari awal penubuhan sehingga sekarang bagi mewakili KB Construction Sdn. Bhd.

Satu sessi bergambar telah diadakan pada 27 Julai 2011 sempena Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kelkon Bil107(3/2011) sebagaimana gambar:


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails