Tuesday, July 26, 2011

Agama Islam Untuk Semua Tanpa Mengira Kaum: Fatah

Tuesday, July 26, 2011
KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan membuka minda rakyat bahawa agama Islam bukan untuk golongan Melayu sahaja, sebaliknya ia untuk semua orang tanpa mengira bangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood berkata, Kelantan Cheng Ho International Food Festival (KelCheff) merupakan salah satu program bagi membuktikan negara lain khususnya China adalah negara pengeluar makanan halal penting.

Menurutnya, demikian juga dengan pembinaan ‘Masjid Beijing’ di Rantau Panjang yang memaparkan ciri seni bina China.

“Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu rakyat mengetahui bahawa Islam masuk ke China 500 tahun lebih awal berbanding negara kita.

“Sudah tentu banyak yang boleh kita pelajari daripada perhubungan negara itu dengan Kelantan sehingga MB juga mencadangkan agar mewujudkan Jalan Haji Cheng Ho di Kota Bharu,” katanya ketika merasmikan Majlis Meraikan Anggota Pertubuhan Sukarelawan Hijau Kelantan (Green-V) di sini, semalam.

Seramai 400 anggota Green-V yang menjayakan KelCheff selama sepuluh hari menerima sijil penghargaan.

Turut hadir ialah Presiden Green-V, Mohd Adilan Mohd Yusof dan Pengarah Jawatankuasa Induk KelCheff 2011, Zulkifli Mamat.

Sumber : Sinar Harian





0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails