Monday, June 6, 2011

Proton Saga FL 1.6 Executive Baru Dilancarkan (warna putih sahaja)

Monday, June 6, 2011

26 Mei 2011- Proton hari ini melancarkan sebuah lagi model baru dari variasi Saga iaitu Saga FL 1.6 (a) Executive baru. Model ini adalah sama dengan model Executive 1.3, apa yang membezakan hanyalah dari segi enjin. Saga baru ini dipacu oleh enjin berkuasa 1.6 Campro IAFM. Enjin ini sama dengan enjin yang digunakan oleh model Persona Elegance.

Harga yang ditawarkan untuk model ini cukup menarik. Harga mampu milik iaitu RM46,549 (atas jalan termasuk cukai jalan dan insurans). Menarik bukan? 

Proton saga 1.6 ini hanya ditawarkan dalam satu model sahaja iaitu dalam versi automatik dengan 4 kelajuan. Hanya satu warna sahaja ditawarkan iaitu warna  putih solid.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Seri Haji Syed Zainal Abidin " Saga 1.6 dicipta bagi memenuhi kehendak pelanggan, khususnya dari generasi muda.Apa yang lebih penting, ianya mampu milik, menarik, kos penyelenggaraan rendah dan mempunyai kuasa enjin yang mengagumkan."

Proton Saga merupakan kereta Proton yang paling laris dipasaran dengan kadar jualan lebih 6,700 sebulan.

Ciri-ciri hebat proton Saga FL 1.6 Executive:

1. Dipacu oleh enjin berkuasa 1.6 Campro IAFM
2. Beg udara SRS berkembar
3. Brek ABS & EBD
4. Penggunaan minyak 7liter untuk perjalanan 100km.
5. Lampu signal LED pada cermin sisi
6. Lampu kabus


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails