Thursday, June 23, 2011

Bawa Pulang Sesuatu Berharga

Thursday, June 23, 2011
Anda seorang student? Menuntut di Negeri Kelantan? Berasal dari luar Kelantan? Akan menamatkan pengajian tidak lama lagi?

Jika jawapan anda adalah ya kepada semua soalan tadi, rasa banggalah kerana anda berpeluang berada di sebuah negeri yang terkehadapan dalam pelbagai aspek yang tidak terdapat di negeri-negeri lain.

Takaful Kifalah, Skim Gerbang Az-Ziwaj, Skim Al-It'am, Dinar dan Dirham, Rumah Du'afak, Takaful Armalah dan banyak lagi. Semua tersebut adalah perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan selaras dengan motto Kelantan Menerajui Perubahan.

Saya bukanlah mahu mejelaskan skim-skim itu semua. Tetapi ingin mengajak anda sebagai student untuk membawa pulang sesuatu yang berharga dari negeri ini setelah anda tamat pengajian nanti. Sesuatu yang berharga dan boleh dibuat sebagai kenang-kenangan.

Dinar. Ya, dinar adalah sesuatu yang berharga kerana ia adalah emas. Kelebihan dinar Kelantan adalah kerana ia sangat cantik dan mengikut standard. Dinar Kelantan ditempa di Dubai, United Arab Emirates (UAE) dengan ketulenan emas 917.00. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah ataupun sebagai cenderamata menandakan anda pernah menuntut di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Dan yang paling penting ia mampu dimiliki oleh semua orang.

Dapatkan 1 dinar anda sekarang!!! :p



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails