Friday, October 8, 2010

Sultan Kelantan Tunjuk Contoh Terbaik

Friday, October 8, 2010



Apa yang Sultan Muhammad V tak boleh buat. Semuanya boleh. Dari menjadi Imam solat, hingga kepada menyembelih lembu. Semua fardhu kifayah, boleh Sultan Kelantan lakukan. Bahkan Tengku pun pernah sembelih unta, seperti ditunjukkan dalam buku kerabat raja kelantan.

Ini berita dan gambar terbaru tentang Sultan berjiwa rakyat ini.


SULTAN Muhammad ke V, Tuanku Faris Petra menyembelih lembu pada majlis penyembelihan lembu untuk sumbangan kepada golongan miskin di Masjid Muhammadi Kota Bharu, 8 Okt. 2010. 

Ada khabar menyatakan bahawa sepanjang Tengku dapat elaun, sebahagian duit tu digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid-masjid. Dan inilah yang dilakukan Baginda semalam.

 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails