Friday, October 1, 2010

Sabarlah Diri...

Friday, October 1, 2010



Aku lelah menjalani hidup. mengatur langkah demi langkah. perjalanan dirasa semakin jauh. hadapannya kosong. sisinya sifar. belakangnya tiada. Apakah jalan yang kulalui ini salah. akan sampaikah aku ke destinasinya. atau aku telah pun tersilap memilih simpang yang tidak membawa kemana-mana.

Aku lelah mengejar bayang sendiri. mendakap emosi. menyantun diri. memujuk hati. tapi benarkah aku gembira. senang hati dan berlapang dada. tiada jawapan yang pasti.

Aku lelah menjaga hati. siapa jua yang aku temui. namun hati sendiri tiada yang sanggup berkongsi. Aku lelah lantas aku mahu menumpang di hentian ini. tetapi ruangnya tiada kosong lagi. Jalan yang kulalui ini semoga aku bertemu akhirnya nanti...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails