Sunday, October 10, 2010

Aku Orang Pasir Mas...

Sunday, October 10, 2010



Pusat Komersial Baru Pasir Mas Bakal Dibina

KOTA BHARU - Selaras dengan pertumbuhan sosioekonomi negara, satu projek pembangunan komersial baru, akan dibangunkan di daerah Pasir Mas bagi mengembalikan semula perniagaan dan potensi komersial di daerah berkenaan.

Projek Bandar Tasek Raja bernilai RM151 juta itu adalah projek usaha sama kerajaan Kelantan dan Eastern Biscuit Factory Sdn Bhd (EFB dan EBF Land Sdn Bhd, kedua-duanya anak syarikat Furqan Business Organisation Berhad (FBO Berhad).

Pengarah Urusan EBF, Datuk Tan Kok Hwa berkata, projek pembangunan berprestij itu yang dimulakan beberapa bulan lepas di tapak seluas 12.4 hektar, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun akan datang.

”Projek pembangunan Bandar Tasek Raja terletak di lokasi yang strategik kira-kira dua kilometer dari bandar Pasir Mas, 20 kilometer dari Rantau Panjang dan hanya 19 kilometer dari Kota Bharu.

”Projek pembangunan bandar ini merangkumi pembinaan 266 unit lot kedai moden dengan reka bentuk unik (dari satu tingkat hingga tiga tingkat), pasar besar dan terminal bas dan teksi. Projek ini dijangka mempunyai nilai pembangunan kasar lebih RM150 juta,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, projek itu menjanjikan kelebihan tersendiri iaitu membantu mengembalikan semula kegemilangan bandar Pasir Mas, bandar yang diperakui sebagai bandar kedua terbesar di Kelantan sehingga awal tahun 1990-an.

”Kami yakin akan dapat mengembalikan semula bandar Pasir Mas sebagai pusat komersial baru di negeri ini, yang sibuk dengan aktiviti ekonomi dan perniagaan.

”Dengan pembangunan infrastruktur baru, akses ke Bandar Tasek Raja melalui jalan raya dan kereta api untuk, atau dari daerah-daerah utama di Tumpat ke Utara, Tanah Merah ke Selatan, Kota Bharu ke Timur dan Sungai Golok ke Barat, akan dapat dilakukan dengan mudah,” katanya.

Selain itu, Tan berkata, kesemua pasar lama di bandar Pasir Mas akan dipindahkan ke pusat komersial baru bersama terminal bas dan teksi.

Katanya, Mahkamah Syariah Pasir Mas juga akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang terletak beberapa ratus meter dari Bandar Tasek Raja.

Selain itu, Tan berkata, memandangkan permintaan sentiasa meningkat dalam industri sarang burung walit yang memberi pulangan lumayan, Bandar Tasek Raja turut menawarkan pilihan yang sesuai untuk mereka yang terlibat dalam industri itu.

”Pusat komersial baru ini dijangka membuka banyak peluang kepada usahawan, perniagaan dan syarikat yang mengenal pasti kaedah kreatif untuk meluaskan operasi mereka ke luar bandar Pasir Mas, yang akan melakar nama sebagai pusat komersial baru untuk bandar itu,” katanya.

Hotel Renaissance KB & Kota Sri Mutiara

FBO Bhd, yang tersenarai di Bursa Malaysia, merupakan pemilik Hotel Renaissance Kota Bharu, manakala EBF memiliki pusat membeli belah Kota Sri Mutiara di Kota Bharu serta bertanggungjawab terhadap kejayaan menyiapkan 159 unit kondominium Mutiara.

- Bernama  


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails