Saturday, September 4, 2010

Istimewanya Lailatul Qadar...

Saturday, September 4, 2010
Semalam ada mengikuti Al-Kulliyyah  yang disampaikan oleh ahli panel Yang Berbahagia Dato' Hassan Din Al-Hafiz kat TV3. Topik yang agak menarik iaitu "Lailatul Qadar". Kata beliau kita sekarang sedang berada dalam zon Lailatul Qadar - 10 akhir Ramadhan dan semalam antara malam ganjil yang dijangka berlakunya Lailatul Qadar, wallahualam. Antara ilmu-ilmu yang saya dapat :

  1. Al-Quran itu diturunkan sebanyak tiga kali/peringkat : 1) Peringkat Luh Mahfuz 2) Peringkat Baitul Izzah - Langit dunia 3) Seterusnya diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad S.A.W.
  2. Tidak diketahui bila Al-Quran diturunkan di peringkat Luh Mahfuz kerana tidak ada dalil yang menyebut masanya.
  3. Lailatul Qadar berlaku apabila Allah menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah iaitu di langit dunia pada 10 akhir Ramadhan. Malam tersebut menjadi rahsia Allah S.W.T. dan sebagai anugerah yang besar kepada umat Muhammad untuk beribadat kepadanya.
  4. Ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. adalah sama dengan 1000 bulan bersamaan 83.33 tahun. Mashaallah, umur kita pun belum tentu akan mencapai tempoh tersebut.
  5. Peringkat terakhir Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur bermula pada 17 Ramadhan yang kita kenali sebagai Nuzul Al-Quran.
  6. Turunnya malaikat pada malam Lailatul Qadar bagi melihat hamba-hamba Allah beribadat dan mencatit segala amalannya pada malam tersebut.
  7. Orang yang bersungguh-sungguh beribadat pada malam tersebut nescaya akan dihapuskan segala dosa-dosanya.
  8. Malam Lailatul Qadar adalah malam dimana Allah menetapkan segala urusan bagi hamba-hambanya untuk tahun yang berikutnya. Seandainya kita beroleh malam tersebut, sangat sesuai untuk kita memohon kepada Allah untuk segenap segi urusan kita bagi tahun yang berikut seperti rezeki, jodoh, iman yang teguh, kejayaan di dunia dan Akhirat dan lain-lain.
  9. Jika Allah mahu menganugerahkan Lailatul Qadar kepada seorang perempuan yang pada kebiasaannya pada hari tersebut dia akan datang haid, maka Allah akan melewatkan kedatangan haid mereka.
  10. Jika ada wanita yang datang haid dan kebetulan malam tersebut adalah malam Lailatul Qadar, walaupun tidak dapat menunaikan solat dan membaca Al-Quran, mereka masih boleh melakukan ibadat lain seperti berzikir, selawat dan sebagainya.
Kebanyakan  daripada kita obses dengan tanda-tanda untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar . Ada lebih baik kita terus beribadat pada 10 akhir bulan Ramadhan dan pada salah satu malam tersebut kita pasti akan memperoleh malam Lailatul Qadar.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails