Thursday, September 2, 2010

GPMS buat laporan polis Facebook 'Melayu Babi'

Thursday, September 2, 2010
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Selangor (GPMS) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, hari ini berhubung kewujudan satu laman sosial 'Facebook' yang menggunakan nama 'Melayu Babi'.

Pengerusinya Mohd Faizal Mohd Salleh berkata beliau dimaklumkan tentang laman itu oleh rakannya pada Sabtu lalu dan kemudian melihat sendiri kandungan itu.

"Laman itu menggunakan gambar babi. Ternyata mempersendakan Islam dan sensitiviti orang Melayu yang boleh membawa perpecahan kaum di negara ini serta berbaur hasutan," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis itu.

Sehubungan itu, beliau meminta polis dan kerajaan segera menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya termasuk menimbangkan pelucutan hak kewarganegaraan.

Sementara itu, Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional membuat laporan polis di IPD sama untuk meminta polis menyiasat klip video berbaur perkauman yang dihasilkan Wee Meng Chee atau Namewee.

Ketuanya Safarizul Mustafa berkata polis perlu mengambil tindakan sewajarnya walaupun Namewee menyatakan dia menyokong gagasan 1Malaysia.

"Kalau betul dia menyokong gagasan 1Malaysia, dia tidak akan membuat klip video seperti itu kerana ia tidak menghormati perasaan orang lain, Melayu khususnya," katanya.

Namewee, dari Muar, Johor seperti yang disiarkan dalam laman web YouTube, membuat klip video berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 Ogos lalu.

Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

Namewee pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan menerusi sebuah klip video pada 2007.

- Bernama

ffataah : Jangan beri muka kepada golongan sebegini. Kalau ISA tu betul, kenapa tidak dikenakan ke atas mereka. Atau lucutkan sahaja kerakyatan satu tindakan yang mungkin bijak.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails