Monday, September 27, 2010

Sikap Perempuan yang diminati lelaki?

Monday, September 27, 2010

Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelaah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya.

Sesanda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.

Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.


Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak 'ganas' dalam bergaul.

Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.


> Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

> Suka dimanja.
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

> Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

> Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

> Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

>Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

> Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

> Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

> Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

> Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

> Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

> Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

> Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

> Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

> Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

> Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

> Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

> Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

> Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

> Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

> Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

> Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

> Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

> Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

> Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

> Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

Kredit - Zulinda Othman
             Riz'ley the shot

0 comments

Sunday, September 26, 2010

Sendirian Mengadu...

Sunday, September 26, 2010



Bohong...tipulah....x benar....tp mungkin jgk. Oh tidak tidak...ahhh kacau-kacau..Disebalik kebetahan  terbuku satu suara yang x terucap...kelu kah atau bisu kah. Attitude yang berbeda tika berkhalayak tapi yang sebenar sendirinya mengadu diam lagi membisu...ada yang masih belum kamil....Allah.....................

0 comments

Saturday, September 25, 2010

Pesanan Imam Al-Ghazali Kepada Anak Muridnya Tentang Kehidupan Di Dunia....Renung-Renungkanlah

Saturday, September 25, 2010



Dulu pernah mengikuti satu kuliah dimana penyampainya seorang ustaz telah menceritakan tentang pesanan seorang Imam terkenal iaitu Imam al-Ghazali kepada anak muridnya dan amat berguna kepada kita umat Islam. Masa tu xde bawak ape2 tuk catit n lepas tu tak ingat dah. Tadi masa duk google2 terjumpa la balik pesanan-pesanan tersebut seperti di bawah. Jom baca, hayati dan amalkan..Inshaallah.. 

Persoalan dan Pesanan Imam al-Ghazali kepada anak muridnya tentang kehidupan di dunia :
  1. Apakah yg paling dekat dgn kita di dunia ini?Anak muridnya menjawab “Org tua, guru, sahabat, kaum kerabat”.Imam al-Ghazali menjawab “Semua itu benar tetapi paling hampir dengan kita adalah ‘mati’. Allah s.w.t. berjanji setiap benda bernyawa pasti akan mati..
  2. Apakah yg paling jauh dengan kita di dunia ini? Anak muridnya menjawab “Negara China,bulan, matahari, bintang..Imam al-Ghazali menjawab “Semua itu benar tetapi paling jauh dengan kita adalah ‘masa lalu’ walau apapun keadaan kita, kenderaan kita, kita x boleh kembali ke masa lalu..Oleh itu kita harus menjaga hari ini dan hari2 yg akan dtg dengan amalan yg diwajibkan oleh agama Islam.
  3. Apakah yg paling besar di dunia ini? Anak muridnya menjawab “Gunung-ganang, bumi dan matahari”..Jawab Imam al -Ghazali “Semua itu benar tetapi paling besar adalah “nafsu”.Berhati2 lah dengan nafsu.Dengan nafsulah kita boleh terjerumus ke dalam neraka..
  4. Apakah yg paling berat di dunia? Muridnya menjawab ” Baja, besi, gajah”. Semua itu benar tetapi paling berat adalah “memegang amanah”.Ketika Allah s.w.t bertanya kepada makhluk ciptaanNya untuk menjadi khalifah, Gunung-ganang yang besar hancur lebur kerana tidak mampu tetapi manusia dengan sombong menyahut pertanyaan Allah s.w.t itu untuk menjadi khalifah di bumi ini sehingga ramai di kalangan manusia masuk ke dalam neraka kerana tidak memegang amanah meraka sendiri..
  5. Apakah yg paling ringan di dunia ini?Mereka menjawab “Kapas, debu, angin, daun”. Semua itu juga benar tapi paling ramai adalah “meninggalkan solat”. Solat adalah perkara pertama yg akan di hisab sebelum amalan2 lain di akhirat kelak. Tiada gunanya kalau kita membuat amalan baik yg lain tetapi meninggalkan solat.
  6. Apakah yg paling tajam di dunia ini? Muridnya dengan serentak menjawab “Pedang!”Jawab Imam al-Ghazali “Semua itu benar tetapi paling tajam adalah “lidah manusia”. Melalui lidah manusia boleh menyakitkan saudaranya sendiri, memberi pandangan masyarakat menghancurkan negara. Fitnah itu lebih berat dari membunuh..



      0 comments

      Yang Terindah...


      Semenjak kau hadir dalam hidupku

      Tiada lagi keresahan

      Kau mengetuk pintu hatiku

      Tanpa sedar hingga ku izinkan

      Kau yang bernama cinta

      Kau yang memberi rasa

      Kau yang ilhamkan bahagia

      Hingga aku terasa indah

      Maaf jikaku tidak sempurna

      Tika bahagia mula menjelma

      Bila keyakinan datang merasa

      Kasih disalut dengan kejujuran

      Mencintai dirimu

      Merindui dirimu

      Memiliki dirimu

      Hingga akhir hayat bersama kamu

      Kau yang bernama cinta

      Kau yang memberi rasa

      Kau yang ilhamkan bahagia

      Hingga aku terasa indah

      Kau yang bernama cinta

      Hingga aku rasa indah


      0 comments

      Friday, September 24, 2010

      Makan-makan Umah Abe Lib Staf Kelkon Sdn. Bhd.

      Friday, September 24, 2010



      Kebosanan melanda diri lantas ku merobek hensetku tuk mencari kalau-kalau ada pics yang best tuk dikongsi. Banyak-banyak pics yang ada tertarik plak dengan pics masa gi makan kenduri umah Abe Lib dekat Kutan. Abe Lib ni dia wat makan-makan sempena raya bersekali dengan kenduri arwah untuk anaknya yang telah pergi ke rahmatullah, dah dua bulan kot, kerana terlibat dalam kemalangan.

      Ni dia pics exclusive yang belum dipublished kat mana-mana samada blog ataupun facebook...
      Em..sedap gulai daging Abe Lib masak nih..
      Kitorang yang first sampai, makan pun siap awal..
      Hihi..
      Abe Lib dengan mesranya menyambut tetamu2 yang dtg..


      0 comments

      Thursday, September 23, 2010

      Kelebihan Puasa Enam

      Thursday, September 23, 2010



      Sabda Rasululluh saw yang diriwayatkan dari Ayyub r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Barang siapa berpuasa Ramadhan dan meneruskannya dengan puasa enam hari di bulan Syawwal, bererti dia telah berpuasa satu tahun." (HR. Imam Muslim dan Abu Dawud)

      Hikmah disyari'atkannya puasa enam hari di bulan Syawwal adalah sebagai pengganti puasa Ramadhan yang dikhuatiri ada yang tidak sah. Demikian juga untuk menjaga agar perut kita tidak lepas kontrol setelah sebulan penuh melaksanakan puasa, kemudian diberi kesempatan luas untuk makan dan minum. Lebih dari itu, puasa Syawal adalah ibadah sunnah yang sangat dianjurkan oleh ajaran agama kita.
       




      0 comments

      Wednesday, September 22, 2010

      Pesanan...

      Wednesday, September 22, 2010



      Tiba-tiba jadi kaku. butuh idea. kelu kata-kata. ada cerita yang mahu dikongsi tapi entah kenapa tidak terluah pula.Berperang dengan emosi. sekian lama menghimpit diri. walau munculnya berkali-kali. terpaksa dinafi. Sampai bila? sampai mati. baru dapat menghindari.

      Setiap masa terpana. langkah demi langkah berusaha. gelora. gelojak. Ia janganlah berulang. Biarkan saja seperti sediakala. Tanpa ada.... menerima satu pesanan. fikiran menerawang. janganlah datang. kalau untuk menyakitkan....

      Pun begitu. mahu lihat yang satu. mendapat yang terbaik dalam seribu. Jangan ada yang menganggu. Matahari telah pun datang. Setelah tadinya hujan. Pelangi yang lagi mengindahkan. Pergilah. Rasailah nikmat tuhan dan bersyukurlah..

      0 comments

      Sunday, September 19, 2010

      WOW Jimat Giler...!!!

      Sunday, September 19, 2010




      Harini aku telah pun menge'test' "Max Power Controller (MPC)". Alaa..alat penjimat minyak yang aku beli semalam. Ada kat entry sebelum ni. Hasilnya..wow! memang jimat la minyak. Bukan tu saja..enjin terasa pick up semacam jerk..tdi baru rasa best memotong kenderaan yang ada kat atas jalan raya tu...

      Jarak perjalanan pergi balik dari rumah ke ofis lebih kurang dalam 57km. Sebelum ni penanda aras minyak akan berkurang sebanyak satu bar. Jarak perjalanan tadi ditambah skit kerana pergi ke kenduri dengan jarak pergi balik mungkin lebih 20km menjadikan jarak keseluruhan harini lebih kurang 77km. Emm..sukar nak percaya penanda aras belum lagi berkurang walau satu bar.

      Emm..ni dah kira bagus ni...Kalau nak tahu sebenarnya banyak lagi fungsi MPC ni, antaranya :

      * Menjimatkan minyak kenderaan anda sehingga 45%
      * Sesuai untuk semua jenis kenderaan Pertol dan Diesel
      * Melindungi sistem elektronik kereta
      * Menambah "pick-up"

      * Meningkatkan kuasa enjin

      * Mengurangkan tekanan terhadap enjin

      * Menstabilkan arus elektrik
      * Meningkatkan kesejukkan "aircond"

      * Melembutkan penukaran gear
      * Menambah keterangan lampu
      * Menambah baik sistem audio
      * Memanjangkan jangka hayat bateri dan plug
       
      Sekarang ni rasa bertambah excited nak tahu camne hasil untuk keseluruhan minggu ni....kita tunggu hasilnya nanti. Ok akan diupdate lagi lepas ni...

      0 comments

      Saturday, September 18, 2010

      Mari Test Power "Max Power Controller (MPC)"

      Saturday, September 18, 2010

      Agak lama jugak aku duk survey alat-alat penjimat minyak untuk dipasang pada kereta SAGA SE 1.3 aku. Dalam pasaran sekarang ni terdapat macam-macam jenis alat penjimat minyak untuk kenderaan. Antaranya Maxsaver, Surbo dan Max Power Controller. Alat penjimat yang aku nak mesti ada banyak fungsi bukan sekadar menjimatkan minyak sahaja. Ianya mestilah mempunyai pelbagai fungsi seperti meningkatkan kuasa dan pick up.

      Kalau dulu aku pernah guna Maxsaver. Kesannya boleh tahan, minyak pun agak jimat. Kali ni aku nak cuba plak MPC ni. So td aku call ejen MPC ni untuk dapatkan sebiji. Yang best nye pasal MPC ni ia senang dipasang dan boleh dicabut kalau nk pasang kat kenderaan lain plak. Ok esok kite test power die...



      0 comments

      Friday, September 17, 2010

      Tentang Cinta

      Friday, September 17, 2010
      1. 24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

      0 comments

      Apa Komen Anda Sebagai Seorang Wanita? : 30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

      30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

      1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

      2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

      3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

      4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

      5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

      6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

      7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

      8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

      9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

      10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

      11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

      12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

      13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

      14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

      15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

      16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

      17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

      18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 

      19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

      20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

      21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

       22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

      23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

      24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

      25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

      26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

       27. Senjata wanita adalah airmata!!

       28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

      29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

      30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

      Sumber : Mtd Kota Lama

      0 comments

      Thursday, September 16, 2010

      Doa Istikharah

      Thursday, September 16, 2010


      Maksudnya :

      "Ya Allah, aku mohon pemilihanmu menerusi pengentahuanmu dan aku mohon ketentuanmu dengan kekuasaanmu, dan aku pohon kepadamu sebahagian daripada limpah kurniamu yang sangat besar. Sesungguhnya engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

      Ya Allah, sekiranya engkau mengetahui bahawa perkara ini......(sebutkan hajat disini)......adalah baik bagiku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku serta natijah pada urusanku, kini dan  akan datang, maka tetapkanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia untukku, dan berkatilah aku padanya.

      Dan sekiranya engkau mengetahui perkara ini.....(sebutkan hajat disini).....membawa keburukan kepadaku, dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku serta natijah pada urusanku, kini dan  akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian redhakanlah aku dengannya".

      ffataah : Ketika kita buntu dalam membuat apa-apa keputusan, ambillah wuduk dan lakukan solat sunat istikharah 2 rakaat. Sesudah itu bacalah doa di atas, nescaya Allah akan tunjukkan apa yang terbaik untuk kita. Dan yakinlah apa yang ditunjukkan oleh Allah itu sememangnya yang terbaik yang telah diaturkannya untuk kita.

      0 comments

      Mari Tengok Kerbau...




      Haa..kali ni nak kongsi plak pasal kerbau. Hari Raya yang keempat lepas ada majlis kenduri di rumah sepupu. Anak dia kawin, kiranya jadi anak sepupu la dengan aku kot..tak pandai sangat pasal susur galur ni, orang kelate cakap 'titeh'.

      Tugasnya biasa la kalau ada kenduri macam ni kitorang dijemput siang daging secara gotong royong. Dekat kampung memang macam ni, nak jumpa catering jarang sekali. So, pagi-pagi lagi kitorang pergi memenuhi jemputan ni. Lembu sebanyak dua ekor telah pun tumbang untuk dijadikan hidangan kepada tetamu-tetamu yang akan datang..Eh! mana cite kerbau nyer...

      Sebenarnya sepupu ni memang sorang tokey lembu kerbau. Nak dapatkan daging untuk kenduri tak jadi masalah diorang ambik je lembu-lembu yang ada beratus-ratus ekor dekat kandang tu. Bisness diorang telah berkembang dengan baik dua tiga tahun kebelakangan ni.

      Lepas siang daging tadi sempat la gi melawat kandang lembu kerbau yang berada tidak jauh dari belakang rumah dia. Kandang ni kecik je berbanding satu lagi yang ada dekat Tok Deh tapi ada jugak dalam 30 ekor kot kerbau kat dalamnya.

      Ok ni dia gambar kerbau-kerbaunya...
      Kerbau Oh Kerbau Kenapa Engkau Kurus?
      Comel jugak kerbau yer sekali tengok..
      Haiwan ni sebenarnya binatang ternakan yang aku paling takut..tengok tanduknya!!

      0 comments

      Ketupat Atas Pokok..


       Benda yang aku paling obses sekarang mungkin ni lah bendanya, anyaman ketupat. Mana tak nya asal jumpa daun kelapa benda ni lah yang aku nampak. Haa kali ni aku wat pelik skit, buat kat atas pokok tanpa cerakan daun dengan dia punya pelepah. Rasa-rasanya belum ada lagi orang buat. Ni dah kire boleh masuk Ripley's Believe It Or Not nii...

      0 comments

      Jalan-Jalan Di Mydin Wholesale Hypermarket Kubang Kerian...




      Petang tadi abang baru balik dari Kubang Kerian setelah pergi shopping-shopping. Dia bagitau la yang dia pergi shopping kt Mydin Hypermarket. Cam best je dia duk ceritera yang Mydin tu besau, macam-macam ada, barangan basah pun ada. Semenjak Mydin kat Kubang Kerian ni buka aku belum pernah pun pergi. Jom kite pi malam ni..tiba-tiba terkeluar idea daripada mulut anak sedara sorang..Setujuu...aku plak balas..kerana rasa nak jugak pi rasmi Mydin yang dikatakan terbesar tuu....Sape lagi nk join? Ok jgk, jawab adik n abang sorang....ok malam ni kita berempat pi rasmi Mydin Kubang Kerian.

      Tak sah kalu pergi saje n tak ambil gambar...ni die gambar-gambar yang aku sempat snap...

      Main Entrance
      Hadapan Mydin KK
      Ni dah masa on the way balik..saje snap around bandar KB..

      0 comments

      Wednesday, September 15, 2010

      How About Love?

      Wednesday, September 15, 2010

      Below is a nice words i just pick up from a facebooker...

      "To love someone is nothing,
      To be loved by someone is something,
      To be loved by someone you love is exciting,
      To be loved by Allah is everything"

      ffataah: nobody can live without love..



      0 comments

      Saturday, September 11, 2010

      Hari Raya Pertama...1 Syawal 1431H

      Saturday, September 11, 2010





      Ayoh Tah, esk raya lagi ke? ngomel si Haziq, anak buah yang umo 5 tahun. Seronok kan kalu tak puasa? katanya Zakuan plak, si abang.  Raya tahun ni mereka dapat rasakan kelainan mungkin, kerana mereka dapat berpuasa penuh sebulan. Mungkin inilah kemenangan bagi mereka sebagai kanak-kanak. Kepenatan berpuasa di bulan Ramadhan dibalas dengan keseronokan berhari raya. Berkumpul bersama sepupu sepapat yang sebaya dengan mereka dan bermain bersama. Paling best sebab dapat kumpul duit raya banyak-banyak. Pergi je beraya umah sedara mara mesti ada yang bagi kat diorang duit raya.

      Setahun sekali dapat berkumpul pada pagi raya memang menyeronokkan. Walaupun ada adik bradik yang beraya di rumah mertua masing-masing tapi bila dah petang dapat berkumpul semua sekali kat umah, umah peninggalan arwah ayah. Raya tahun ni dapat pergi ziarah kubur hanya selepas waktu zohor. Mungkin masa yang agak singkat kerana perlu mengerjakan sembahyang Jumaat plak. Pagi-pagi selepas sembahyang sunat Aidilfitri kena melayan tetamu dahulu kerana ramai yang datang beraya di rumah.
      Fakhry, Haziq, Azri, Azizi, Hakimi & Hafizi
      Fakhry pun nk jdi cameraman jgk..abis semua orang dia snap..
      Makan nasi briani umh kak ila..
      Nak gi solat Aidilfitri..baru separuh je ada..
      Balik sembahyang singgah umh kak ila makn nasi briani..
      Braya umh mak sdara...




      0 comments

      Thursday, September 9, 2010

      Raya 2010...Syawal 1431H

      Thursday, September 9, 2010





      Esok Raya!..yes, mood raya datang lagi..taun ni agak meriah nampaknya. Semua adik bradik pun semua balik berkumpul kat kampung. 10 orang adik bradik campur dengan anak-anak buah yang kecik-kecik tu...fuh penuh satu rumah..gelagat anak-anak buah plak toksah cakap..meriah habis!!

      Arini dah mula buat persiapan untuk raya esok..ketupat palas, ketupat kelapa, rendang dan banyak lagi, semua mesti siap dan tersedia harini untuk menyambut raya esok. alamatnya tak tido la diorang malam ni nak siapkan tu semua.
      Gambar-gambar kat atas ni masa malam last Ramadhan. Bagi budak-budak ni main bunga api, suka tengok gelagat mereka dapat peluang main bunga api sampai melompat-lompat. Boleh jer bagi mereka ni main tp kena ada pengawasan, walaupun ianya hanya bunga api tapi boleh jadi bahaya jugak dan boleh mencederakan. 

      Sekarang ni dah pun malam raya. dekat luar hingar bingar dengan bunyi mercun dari mula berbuka puasa tadi lagi tak berhenti-henti. Seluruh pelusuk kampung ada jer bunyi mercun silih berganti. Macam ni la setiap tahun, tiba malam raya je bunyi mercun akan berkumandang sehinggalah ke lewat malam. Diorang ni memang spare khusus mercun-mercun untuk diletupkan pada malam raya. Dah jadi macam zon perang pun ada..

      Siang tadi bersama-sama kitorang menganyam ketupat kelapa. Ni la hasilnya...lebih kurang 60 biji semua...



      0 comments

      Tuesday, September 7, 2010

      Iklan Raya TV3 Ditarik Balik

      Tuesday, September 7, 2010


      Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

      Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.

      Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.

      Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.

      Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.

      Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.

      - KOSMO!


      0 comments

      Saturday, September 4, 2010

      Istimewanya Lailatul Qadar...

      Saturday, September 4, 2010
      Semalam ada mengikuti Al-Kulliyyah  yang disampaikan oleh ahli panel Yang Berbahagia Dato' Hassan Din Al-Hafiz kat TV3. Topik yang agak menarik iaitu "Lailatul Qadar". Kata beliau kita sekarang sedang berada dalam zon Lailatul Qadar - 10 akhir Ramadhan dan semalam antara malam ganjil yang dijangka berlakunya Lailatul Qadar, wallahualam. Antara ilmu-ilmu yang saya dapat :

      1. Al-Quran itu diturunkan sebanyak tiga kali/peringkat : 1) Peringkat Luh Mahfuz 2) Peringkat Baitul Izzah - Langit dunia 3) Seterusnya diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad S.A.W.
      2. Tidak diketahui bila Al-Quran diturunkan di peringkat Luh Mahfuz kerana tidak ada dalil yang menyebut masanya.
      3. Lailatul Qadar berlaku apabila Allah menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah iaitu di langit dunia pada 10 akhir Ramadhan. Malam tersebut menjadi rahsia Allah S.W.T. dan sebagai anugerah yang besar kepada umat Muhammad untuk beribadat kepadanya.
      4. Ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. adalah sama dengan 1000 bulan bersamaan 83.33 tahun. Mashaallah, umur kita pun belum tentu akan mencapai tempoh tersebut.
      5. Peringkat terakhir Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur bermula pada 17 Ramadhan yang kita kenali sebagai Nuzul Al-Quran.
      6. Turunnya malaikat pada malam Lailatul Qadar bagi melihat hamba-hamba Allah beribadat dan mencatit segala amalannya pada malam tersebut.
      7. Orang yang bersungguh-sungguh beribadat pada malam tersebut nescaya akan dihapuskan segala dosa-dosanya.
      8. Malam Lailatul Qadar adalah malam dimana Allah menetapkan segala urusan bagi hamba-hambanya untuk tahun yang berikutnya. Seandainya kita beroleh malam tersebut, sangat sesuai untuk kita memohon kepada Allah untuk segenap segi urusan kita bagi tahun yang berikut seperti rezeki, jodoh, iman yang teguh, kejayaan di dunia dan Akhirat dan lain-lain.
      9. Jika Allah mahu menganugerahkan Lailatul Qadar kepada seorang perempuan yang pada kebiasaannya pada hari tersebut dia akan datang haid, maka Allah akan melewatkan kedatangan haid mereka.
      10. Jika ada wanita yang datang haid dan kebetulan malam tersebut adalah malam Lailatul Qadar, walaupun tidak dapat menunaikan solat dan membaca Al-Quran, mereka masih boleh melakukan ibadat lain seperti berzikir, selawat dan sebagainya.
      Kebanyakan  daripada kita obses dengan tanda-tanda untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar . Ada lebih baik kita terus beribadat pada 10 akhir bulan Ramadhan dan pada salah satu malam tersebut kita pasti akan memperoleh malam Lailatul Qadar.


      0 comments
      Related Posts with Thumbnails