Monday, August 16, 2010

Rasai Kemeriahan Tarawih Di Qariah Ramadhan Kota Bharu

Monday, August 16, 2010
Berbaki dua puluh empat hari lagi, silalah berkungjung ke Qariah Ramadhan yang bertempat di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu. Ini kerana anda akan berpeluang merasai kemeriahan menunaikan solat Tarawih berjemaah bersama ribuan rakyat negeri ini yang sentiasa memenuhi Qariah tersebut pada setiap malam.

Program tahunan yang diadakan pada setiap bulan Ramadhan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan rakyat negeri Kelantan. Program bermula pada setiap hari seawal waktu waktu berbuka, solat Maghrib berjemaah diikuti solat Isya'. Kemuncaknya semua jemaah menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah. Pada tahun ini kerajaan telah menambah satu lagi acara iaitu majlis tilawah Al-Quran yang disertai oleh kakitangan kumpulan perkhidmatan awam yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Rakyat di negeri ini sungguh bertuah kerana berpeluang menunaikan solat berjemaah dengan diimamkan oleh qari jemputan khas. Ini kerana Kerajaan Negeri telah membawa 2 orang imam yang didatangkan khas daripada Mesir. Seorang imam merupakan tambahan seorang daripada mereka dimana hanya seorang imam sahaja dibawa pada tahun lepas. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan fasih dan bersemangat daripada imam-imam ini membuat keseluruhan jemaah tidak merasa jemu sedikit pun untuk menghabiskan lapan rakaat solat sunat Tarawih bahkan dengan sabar menunaikan penuh keseluruhan rakaat walaupun ayat-ayat yang dibaca oleh imam jemputan tersebut agak panjang.

Rebutlah dan rasailah peluang beribadat di bulan yang mulia ini dengan mengunjungi Qariah Ramadhan kerana anda pasti akan merasai kelainan berbanding ditempat lain. Semoga Allah akan memberi rahmat kepada kita dan menghapuskan segala dosa-dosa dan dihindarkan kita daripda seksa api neraka selama mana kita beramal terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails